Thursday, September 2, 2010

Resepi Puding Roti Planta

Hai semua jelitawan dan cik abe (haha..nak tulis kacakwan cam xsesuwai taw) ;)

Sempena bulan puasa ni nafsu bermain masak-masak bagitu membuak-buak. Lain macam pulak ayat ni..Tak pose ea?? *Diam!* ;p

Memandangkan mak tercinta pernah berkata di suatu ketika dolu, 'selagi tak pandai masak, rombongan meminang adalah dilarang berkunjung' (pilu sang anak mendengar ayat ini). Maka dengan semangat berkobar-kobar saya pun rajin-rajin la kembali membelek resepi cik google dan mengendeng resepi daripada para ibu-ibu kat pejabat. Owh, btw mak I memang suka ayat dramatis. Like mother like daughter. Hehe..

Maka, disuatu petang yang hening dan aman maka chef eddjiela pun mula la mengasah skill membuat menu yang diubahsuai sendiri dengan bahan-bahan yang mudah dicari dan difahami oleh orang bujang yang dah lama xpergi market dan masuk dapur..Ngee


Tadaaaa..Mempersembahkan!

Puding Roti Planta ;)

Bahan:


Roti sandwich
1 liter susu segar UHT
3 biji telur
200g gula <--resepi asal gula kastor. What is gula kastor?? Pendekar Mastor taula..Haha;p
1 sudu teh esen vanilla
kismis hitam
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
150 g marjerin planta <--resepi asal pakai mentega. Mooo..

Cara:

1. Susun roti secara berlapis dalam acuan yang telah disapu mentega/marjerin. Tabur kismis pada setiap lapisan.
2. Pukul telur,gula, mentega sampai sebati.
3. Masukkan bahan (No.2) ke dalam periuk yang telah diisi dengan susu segar yang dipanaskan pada api sederhana kemudian masukkan serbuk kayu manis (I hentam je part didihkan susu ikut logik coz nak cairkan marjerin berketul-berketul. To be honest, kena panaskan dalam periuk sebab I terlupa masukkan telur. I putar gula,marjerin dan masuk susu. Tak ke berketul2 terapung2 berenang2 marjerin dan kuning telur tuh dalam susu! Haha..So messy! Eddjiela ngoii~
4. Tuang bancuhan yang telah sebati (tak perlu tunggu mendidih) ke dalam acuan yang telah disusun roti. Tekan adunan dengan sekata supaya roti menyerap bancuhan tadi.
5. Bakar dalam ketuhar pada suhu 150 C selama 40 minit. I suka ada kuah dan lembik2 sikit, so nampak atas puding dah turn to brown je dah enough tak tunggu 40 minit pung =)

Sebelum


Selepas


Selamat mencuba. Ada berani?? Hehe

seposhen-dua : Seronok main masak2 tiru resepi. Teringat zaman kena buat eksperimen sambil follow lab manual dolu ;)
Suka tak?? www.tips-fb.com

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails