Monday, November 8, 2010

Pengeluaran KWSP bagi yang memilih skim pencen

Tett..tett..tett.. (konon bunyi kalkulator kira duit sekupang dua sebagai intro penulisan..hehe)

Hari ini sempat tak sempat berjaya juga menyempatkan diri ke pejabat KWSP di Kajang untuk menyetelkan urusan yang tertangguh (cekgu BM marah buat ayat guna perkataan berulang camni.. Adik-adik sila jangan tiru!). 

Selain susah nak dapat parking dan macam-macam hal remeh temeh kehidupan, rasanya elok saya kongsikan serba sedikit ilmu bermanfaat hasil sembang-sembang dengan kakak kaunter yang nampak garang tapi ramah dan berbudi bahasa. Ehem, kena kasi bodek lebih sikit.. Hehe. Mulut I memang tak berapa reti diam especially bila dok depan kaunter sementara kakak kaunter membuat apa yang patut dengan borang yang dihantar. Walaupun kaunter tu takde tulis pun 'kaunter pertanyaan', tapi tetap suka gatai2 je nak bertanya memandangkan hasil carian kat pakcik Google sebelum ni kureng memberangsangkan lah.. Bak kata pepatah (mula dah..!) 'Malu bertanya sesat jalan..Malu mengoogle sesat ilmu' (apekah?)
(--,)''

Bagi yang tak berapa paham, sesiapa yang masuk ke perkhidmatan kerajaan/badan berkanun bagi tempoh 3 tahun pertama akan diwajibkan mencarum dalam KWSP. Selepas 3 tahun tu kita akan diberi opsyen/pilihan sama ada nak  teruskan dengan KWSP atau nak masuk ke skim pencen. Bagi sesiapa yang memilih untuk menukar ke skim pencen, korang diberi kemudahan untuk mengeluarkan sebahagian duit dalam akaun korang tuh. Iye..iye.. Pokcik kayo! Hahha.

Dalam rujukan online, ada yang kata kita boleh keluarkan amaun dalam salah satu akaun sahaja (KWSP ni ada akaun 1 dan akaun 2).  Tapi hasil daripada sembang-sembang kaunter, kita akan dapat dalam 45% daripada jumlah keseluruhan duit dalam akaun. Baki 55% lagi akan dipulangkan kepada kerajaan langit.. Hekhek. Ada paham?

Bagi yang musykil pasal pembahagian duit dalam akaun 1 dan akaun 2 tuh pasaipa dalam akaun 1 lagi banyak dari akaun 2, orang KWSP kata pembahagiannye cmnih:
Akaun 1: 70% daripada jumlah keseluruhan terkumpul
Akaun 2 : 30 % daripada jumlah keseluruhan terkumpul

Bagi yang musykil lagi kenapa ada akaun 1 dan akaun 2, ada 1 akaun kan lagi senang ye tak? Ok, pegi la tanya sendri dengan orang KWSP or pokcik google ah. Hehe. Tu pun tak tau. Eden malas nak naip ah.

ah ah ah~

Ada sesiapa nak beli muffin? Eh eh? Gambar sekali lagi tiada kaitan dengan penulisan ;p


seposhen-dua: Siapa yang sebar fitnah kat office kata saya amik half day pegi buat blood test untuk kawen hah? hah? Susah betul jadi orang poyo glamer nih.. Berdas das soklan kena jawab bila masuk opis.. Hahaha. No komen~ ;p



Suka tak?? www.tips-fb.com

Saturday, November 6, 2010

video + lirik lagu Aishiteru by Zifhilia / Zivilia Band

I was searching for a recipe (googling happily of course ;p) when I came across this song..
The melody & lyric are so sweet & catchy. 

Thot of sharing this song with u guys especially to those who involve in long distance relationship. This song is perfectly perfect for u n me ;)



Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
Saat ku harus bersabar dan trus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu
Entah sampai kapan aku harus menunggu
Sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
Kadang kuberpikir cari penggantimu
Saat kau jauh disana
thanks 4 visiting us www.OriginaLyric.info
*
Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
Entah penantianku takkan sia-sia
Dan berikan satu jawaban pasti
Entah sampai kapan aku harus bertahan
Saat kau jauh disana rasa cemburu
Merasuk kedalam pikiranku melayang
Tak tentu arah tentang dirimu
Apakah sama yang kau rasakan
Reff:
Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan a a a aku
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Akan tulus a a ai aishiteru

Hapus sendiri pikiran melayang terbang
Perasaan resah gelisah
Jalani kenyataan hidup tanpa gairah
Kumohon kau kembali

Kimi ga boku ittemo (meskipun kamu jauh)
Kinou ommoidasu nagaru kara (aku tetap mengingatimu selalu)
Shinjiteru yo..Shinjiteru yo (percayalah..percayalah)

Reff:
Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan a a a aku
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Akan tulus a a ai aishiteru
Oo wo oo..

Suka tak?? www.tips-fb.com

Thursday, November 4, 2010

Resepi Strawberry & Lemon Cheesecake (Tidak dibakar)

Wahai tuan puan cik mek molek sekalian.

Hari ini saya mau kongsi resepi mudah, best lagi menggebukan..Hehe ;p

Tadaaa! Mempersembahkan...



Straberry & Lemon Cheesecake

Resepi

Bahan untuk topping
  • 1 mangkuk strawberry
  • 1/2 cwan air
  • 1 cawan gula

Cara
  • Masukkan strawberry dalam periuk dan masukkan air
  • Bila mendidih baru masukkan gula
  • Kacau hingga pekat
  • sejukkan sebelum sapu atas kek
Atau...Sila guna cara ekspress cam I buat..

  • Beli jem strawberry..jem yg ada buah kasar-kasar lagi yummy
  • Masukkan setengah botol jem dalam periuk dan lebih kurang 5 sudu besar air masak
  • Cairkan jem atas api sederhana
  • Sejukkan sekejap dan sapu atas kek (jangan sampai jem beku)

Bahan untuk base cheesecake
  • 2 sudu besar mentega (cairkan)
  • 1 sudu besar gula
  • Biskut (oreo, tiger chocolate)
 Cara
  • Tuangkan campuran mentega dan gula yang dah dicairkan dalam biskut yang telah dihancurkan kemudian gaul rata
  • Tekan dalam base loyang
  • Masukkan dalam fridge sementara prepare untuk buat adunan cheesecake
Bahan untuk cheesecake
  • Perahan jus 1 biji lemon serta sedikit parutan kulit lemon
  • 230g plain yogurt
  • 600g cream cheese (suhu bilik)
  • 2 biji kuning telur
  • 1 cawan icing sugar
  • 2 sudu besar gelatin halal (rendam dengan 40ml air dan cairkan secara double boil sampai larut)
  • 1/2 cawan whipping cream
Cara
  • Pukul cream cheese sampai lembut then masukkan icing sugar. Pukul sampai sebati
  • Masukkan kuning telur dan pukul sampai kuning telur sebati dengan adunan
  • Masukkan plain yogurt, whipping cream, lemon juice & parutan kulit lemon. Pukul semua adunan sampai sebati
  • Masukkan gelatin yang dah dicairkan dan kacau rata
  • Masukkan adunan dalam loyang yang telah diletakkan base biskut.
  • Sejukkan dalam peti ais semalaman.
  • Hias dengan topping jem strawberry.


Selamat mencuba ;)

seposhen-dua: Burppp!!..Alhamdulillah.. Hehe ;p
Suka tak?? www.tips-fb.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails