Saturday, November 7, 2015

Tenggelam Timbul Si Ikan Paus



Last Post 2012
.
.
.
.
.
.
.
 now....

NOVEMBER 2015

Huh?

APA??


APAAAAAAA???????

*Dush!*
(bunyi tamparan wanita)


T_T


Lamaaaaaanyaaaaa saya meninggalkan blog ini. Kalau ia sebuah rumah, pasti usang penuh habuk dan dihuni oleh
 makhluk kecil dan makhluk ghaib (eh?)

Hihi

Bila tengok balik posting-posting lama rasa macam masuk mesin masa. Saya memilih berehat dari blog sebab kembali kepada penulisan manual guna pen dan kertas. Pada 1 tahap, dunia blog kelihatan agak menakutkan dan mengancam privacy. Jadi, Jurnal kulit keras disimpan tepi katil tulah yang membuatkan sel-sel otak saya berkembang bila gian nak mencoret. mencoret ye bukan mencarut mahupun mencirit. Paling-paling yang tertangkap curi-curi baca adalah encik suami. (Dey hubby, im watching u! ALWAYS! :D)


Banyak perubahan hidup dalam tempoh 3 tahun meninggalkan blog. Antaranya:


dulu bujang trang tang tang.. sekarang dah kawin lalalala..

dulu riang ria ribena.. sekarang riang ria ribena kurang manis (kena join ceramah diet control weh minggu lepas sebab suspect diabetis)

dulu S.. sekarang M menuju L (tidakkkkk....)

dulu balik kampung johor je.. sekarang balik kampung... eh nak balik johor ke kedah?? (kena osom atau baling syiling. LOL)

dulu nak makan terus beli... sekarang nak makan fikir nak masak ke beli ke masak ke beli ke masak ke beli ke... (tanya sejuta kali. LOL)


dulu takde jerawat.. sekarang menternak jerawat (kohkoh.. mungkin ini proses kematangan menjelang 3 series, bukan 1 lagi tanda baru masuk ke alam puberty.. ngos!)

dulu jiwang... sekarang juling... (Mr. F je faham ni.. hahaha)

dulu kalau malas tak iron baju pergi keje.. sekarang malas pun kena iron baju laki tapi baju aku tetap tak iron.. hahaha ;p

Ada banyak lagi lah kalau nak list.. haha.. Kesimpulannya, alhamdulillah semuanya perubahan yang baik.

Baiklah. Yang pasti nampaknya tak berubah, masih suka tulis merapu. hehe..
Semoga berkesempatan menulis lagi.

NOTA: Terasa nak menulis kembali pun selepas minggu lepas terima What's App dari officer dept lain.. Habis modal agaknya beliau buat teki teki dalam group WA dan jawapannya merujuk kepada blog ni.  Hehehe. Btw, thanks MR AJF :)
Suka tak?? www.tips-fb.com

1 comment:

  1. Hello Blogger!
    Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails