Monday, June 28, 2010

Tips Senaman Mengurangkan Selulit / How to Reduce Cellulite With Exercise

Ahem semua! Berhenti mengunyah, mari bersenam! ;)
*tiba-tiba je ko ni nyah*
(^_^) thee..hee..hee



Saya bukanlah seorang yang lasak dan gemar bersukan. Tidak suka jogging. Takut bola. Boleh kata kaki bangku lah. Erkk!  Looser betul..Haihh ;(


Pancit sudah..hihi

Walaupun begitu, saya pernah juga terpilih mewakili sekolah dalam sukan bola jaring (sehingga kini tidak percaya. Bip GK, GS dan WA dahulu pernah menjadi milik saya. Haha!). 

Oleh sebab umur dah makin bertambah, badan dah mula sengal-sengal la tidak bersenam. Maka saya mencari sesuatu yang seronok untuk saya lakukan berseorangan supaya tidak rasa looser gila kena compare dengan others. Haha. Bila sorang-sorang, kita lah the number 1 =)

Saya  sukakan aktiviti melibatkan seni dan muzik. Dengan kerjaya sekarang, mustahil untuk saya teruskan aktiviti seni yang sangat disukai sebelum ini iaitu menari. 


Oleh itu, saya menyeru rakan-rakan yang dihantui masalah selulit untuk mencuba senaman ni. Pasang muzik kegemaran dan mula beraksi! Saya dah cuba rutin senaman yang lebih kurang sama untuk 3 minggu. Badan rasa lebih cergas dan tidak cepat penat. Lagi bagus, biasakan untuk membuat lompat tali (skipping) sebanyak 100 kali setiap hari (3 kali seminggu pun dah ok). Bagus untuk pergerakan keseluruhan badan sekaligus membakar lebih kalori.


Jom cuba!

Suka tak?? www.tips-fb.com

Thursday, June 24, 2010

Contest : Gadis Paling Comel

Auwww~
Tiba-tiba ada mood join contest. Hikhik.
Jom gadis-gadis comel kiut mari join ramai-ramai contest ni. The more the merrier =)


Gambar penyertaan. Bajet comel buat 'peace' (- -,)"

Contest comel ni dibuka mulai 21 JUN 2010 hingga 21 JULAI 2010. Syarat penyertaan mudah banget. Jomla join..jomla! ;p
Tidak pasti tahap kecomelan anda? Masih bingung tentang pertandingan comel?
Nak tahu lebih lanjut jenguk-jenguklah blog comel Nurain.
Hadiah misteri (pasti comel) menanti pemenang.

-Sila la kira berapa banyak perkataan comel yang ada kat atas. hehehe-

Benda paling comel/kiut yang saya suka adalah..jeng3

My sweet adorable yuyun @ atun yang dah kiok..sobsebsss ='(

Bila dah letak gambar comel anda dan dah jawab soalan benda comel yang paling disukai, anda kena tag / invite blogger lain untuk join contest ini. 
So, saya mahu cik hid hid untuk join!
Hip hip horayy! 

Selamat Malam semua comel-comel sekalian (Heh!)
Suka tak?? www.tips-fb.com

Tuesday, June 22, 2010

Lelaki vs Wanita : Men vs Women

Nyeh nyeh nyeh..

Tiba -tiba mahu post pasal isu gender hari ini.
Pagi-pagi lagi handphone saya dah berbunyi. Rupanya adik mengadu minta buah fikiran sebab dia sedang dalam buah delima.

Ingatkan ada masalah mengorat pakwe dan mahu minta tips baru (Haha!), tapi rupanya pasal tak tahu mahu dengar cakap abah atau mak. Antara mak atau abah, ibu atau bapa, mama atau papa...Yang manakah yang paling perlu didahulukan pendapatnya?
*Fikir dengan tekun*

Isunya kecil saja. Abah menelefon adik meminta dibelikan sesuatu barang tetapi emak menelefon dia semula melarang adik dari membelikan barang itu. Apekah barang itu? Tetttttt! Sila teka. Hehe
Klu:  Sejenis makanan yang amat manis :D

Menggunakan hujah yang ada, saya pun cubalah bantu adik membuat keputusan yang menguntungkan dua-dua pihak. Hati kedua ibu bapa mesti dijaga tak mahu salah seorang merajuk hati walaupun kalau difikir, benda kecil dan kelakar je tu pun nak gaduh-gaduh. Adik pun akur dan mengakhiri sms dengan 'Bila la mereka nak berbaik..'

Nyeh nyeh nyeh.. Dear adik, itu cara mereka memeriahkan rumah tangga mereka. No worries =)

Itu baru sedikit contoh tentang ketidaksepakatan lelaki dan wanita dalam keluarga saya. Cerita kamu bagaimana pula?

Saya rasa sampai bila-bila lelaki dan wanita akan bertelagah selagi tiada komunikasi berkesan serta sikap 'give and take'. Dalam setiap perhubungan, kadang-kadang kita cuba bersikap 'selfish' untuk menarik perhatian pasangan. Tapi kalau selalu diamalkan, tiadalah kemanisan dalam perhubungan. Betul tak?


Apa yang lelaki fikirkan tentang wanita dan apa yang wanita fikirkan tentang lelaki?
Jawapan persoalan di atas ada kat bawah ni. Sumber : Google 


Seposhen-dua : Yang baik jadikan ikutan =)
Suka tak?? www.tips-fb.com

Monday, June 21, 2010

Cara letak button LIKE dan Share Facebook pada blogspot

Haluu,
Perasan tak saya dah bubuh button 'like' dan 'share' kat blog ni.
 Gigih merajinkan diri tuh..Ihikss
(^^,)

Tapi dalam banyak-banyak tutorial online yang ada, saya suka dengan semua tutorial yang ada kat blog liyanaa. Mudah you! (Psstt..Resepi roti telur mata kamu menarik la.hehe)
We like liyanaa =)


Kalau korang pun tengah blur-blur fikir cara nak buat button tu, sila klik sini. Apa-apa pun, thanks Liyanaa. Kamu memang sempoi!
Suka tak?? www.tips-fb.com

Sunday, June 20, 2010

Saya Sokong : Mengamalkan Pengurusan Kewangan Berhemah Sebagai Budaya Hidup

Ahemm..
Saya sedang membaca artikel-artikel tentang kewangan peribadi dan perumahan.
Niatnya mahu mengisi masa sebelum tidur. Tapi sekarang jadi tak boleh tidur pula. Kalau baca buku biologi, 5 minit bersamaan dengan sudah menguap 5 kali.
Huhuhu..


Bercerita pasal pengalaman mengurus kewangan peribadi, saya telah dididik dan dibudayakan oleh ibu bapa supaya bersederhana dan sentiasa berjimat. Hasil daripada didikan itu, saya berjimat dalam menentukan perbelanjaan sewaktu belajar di matrikulasi dan universiti dengan bergantung penuh dengan duit biasiswa kementerian serta biasiswa JPA bagi memastikan selepas habis belajar, baki duit masih ada untuk saya berjoli sakan. Hasilnya, berbaloi-baloi! Selain dapat berjoli, saya turut menggunakan baki duit biasiswa untuk meneruskan kelangsungan hidup sebelum mendapat gaji pertama tanpa perlu minta pada pama. 
*tepuk tangan*

Ahemm lagi..

Budaya vs Pengurusan Kewangan

Budaya kita membentuk pemikiran dan tingkah-laku kita. Manusia mahukan duit kerana budaya kita memberitahu bahawa: Duit menjadikan anda penting. Duit adalah keyakinan diri. Anda adalah pendapatan anda.



Mari kita lihat apa yang duit boleh buat dan tidak boleh buat:
“Ia boleh membeli sebuah rumah, tetapi bukan keselamatan.
Ia boleh membeli sebuah katil, tetapi bukan tidur.
Ia boleh membeli sebuah jam, tetapi bukan masa.
Ia boleh membelikan anda buku, tetapi bukan ilmu pengetahuan.
Ia boleh membelikan anda kedudukan, tetapi bukan penghormatan.
Ia boleh membelikan anda ubat, tetapi bukan kesihatan.
Ia boleh membelikan anda darah, tetapi bukan nyawa.”


Kesimpulannya yeop, duit bukanlah segalanya..



Seposhen-dua: Siapa yang blur macam saya dan mahu tips untuk membeli rumah, sila klik sini.


Suka tak?? www.tips-fb.com

Tuesday, June 15, 2010

Cereka tahi dan lalat menjadi tahi lalat

Ini adalah entry emosi..
Saya tak suka lalat. Sebab lalat sinonim dengan bau busuk dan kotor.
 
Lalat juling dalam mimpi ngeri

Tak suka! Tak suka! ;p

Tapi..kata orang jangan terlalu membenci sesuatu, kelak yang dibenci itulah akan hadir dalam hidup kita.
Untuk kes saya, kehidupan saya telah diselubungi dan dihantui oleh perkara yang dibenci berkaitan lalat juga iaitu tahi lalat!
ArghhhHhhhhhhHHHH!!! Neeeehhhhiiiiiiiii inspektor sahab!!
kawe kecek industan pulok deh. Hehe..

Kamu nak tahu tak?
Bulan Jun 2010, muka saya yang sedia ada 8 tahi lalat kini telah bertambah lumayan menjadi 11. 
Syabas lalat!!
Menteri lalat happy dengan pencapaian KPI menambah 3 tahi baru

Sebab lalat la kehidupan persekolahan saya dibayangi oleh artis-artis glamer seperti Siti Nurhaliza dan Syarifah Aini. Ketika audition untuk  malam bakat semasa bersekolah di JB, saya diminta menyanyikan lagu nyanyian Siti Nurhaliza dan ianya berakhir dengan 'kehilangan' saya. Hehe..Menyorok la beb, selamatkan diri.  Malah ustaz di MRSM pun lebih suka memanggil saya Syarifah berbanding nama betul saya. Mungkin x-makwe ustaz nama Syarifah ataupun ustaz minat giler dengan Kak Pah. Haha ;p

Waktu comel-comel darjah 6, guru kelas iaitu Cikgu Yawahir pula suka bergurau senda mempelawa saya jadi isteri nombor dua beliau disebabkan tahi lalat.
Takmo..Takmo! Cekgu botak!  
(Hai cekgu!.Saya paling ingat cekgu sebab cekgu suka rotan saya walaupun saya jadi Pen. Ketua Darjah yang baik dan cekgu pernah minum bekal air pink saya waktu ajar BM. Sesungguhnya cekgu, waktu rehat hari itu saya sanggup tak minum air sebab takut cekgu jampi saya).
Hehehe..

Selepas merujuk kepada Prof. Google, baru saya tahu nama ilmiah untuk tahi lalat ialah nevus pigmentosus. Tiada kaitan langsung dengan taksonomi nama genus dan spesies lalat yang saya belajar dahulu iaitu Musca Domestica
Orang Melayu sahaja yang bubuh nama tahi lalat merujuk kepada tompok hitam di muka untuk tujuan rebranding mungkin.
Ambil gambar goyang-goyang supaya tak nampak tahi lalat

Baiklah, lain kali mahu cerita pasal lalat lagi.
Babai


Suka tak?? www.tips-fb.com

Thursday, June 10, 2010

Rumahku Syurgaku

Sudah lama tidak menulis. Hari ini pun tidak mahu menulis. Mau tepek gambar sahaja.

***

'Dasar pemalas! Pergi masak nasik tomato sekarang!' kata ibu tiri Cintalela.

Eh..eh? Tertukar channel drama daaa..hihih

Sebenarnya mau tempek gambar ini. Tadaaa!


Owh, apa ini? Macam rumah dalam cerita kartun Anak-Anak Sidek je. Tu yang kecik kat belakang tu jamban ke? Fuiyoo!

Eh, bukanlah! Itu bilik kurungan burung untaa..haha ;p

Ish..ish..ish..

Tempek ini pula. Sempena cuci-cuci mata 1 Malaysia!

 
Plan baru approve. Harga kos plan dan upah arkitek memang berjaya membuat oppa gundah gulana.

*mari kira pakai sempoa*

'Kamu semua kerja rajin-rajin. Boleh buat rumah idaman sendiri,' kata oppa kepada anak-anaknya.

Everyone say...BAIKKKKK!!!
Thee..hee..hee..

Sekian
Suka tak?? www.tips-fb.com

Monday, June 7, 2010

Dua hati menjadi satu : Tahniah Ema & Shidi atas pertunangan

Ahem~
Sempena tarikh cantik 6 haribulan 6 semalam, mesti ramai yang mengabadikan tarikh tu untuk majlis istimewa.

Bagi saya pula, bermula tarikh semalam, diari hujung minggu akan penuh dengan aktiviti menyerang rumah-rumah/dewan pengantin dan petunang (huh?) dengan niat berziarah tulus ikhlas sambil tumpang makan percuma dan beraksi lebih depan kemera

*gembira*
(^_^)

Tarikh 6 Jun 2010 juga merupakan tarikh keramat buat sahabat baik sebilik (A4.2.4) sebantal sepinggan sepakat sebuku sesengal seronggeng waktu saya di Kolej Matrikulasi Melaka dulu. Sepakwe tidak sekali-kali ye..
thee hee..hee ;p

Seperti biasa, tanpa diminta saya akan sukarela menjadi paparazi picisan sambil menyingsing lengan dan dengan veto meminta kawan2 beraksi segala bagai (maaf, hobi saya adalah beraksi depan kamera dan memaksa orang beraksi sama)
Tapi, malang tidak berbau harum..daripada banyak-banyak gambar yang diambil, hanya gambar ini yang tinggal..
Haihh...Teruknye!

Gambar anggun lain telah terdelete kesan daripada kenyanyukan di hari Isnin.
Hari ini moody dengan Eddziela iaitu diri sendiri.


Auuummmmmmm~

P/s - sorry shamira & shira & shidi..eh eh, 3S??;p Hilang sudah gmbar cun semasa majlis dari kamera pink. Tak sempat masuk Facebook ;(
Suka tak?? www.tips-fb.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails