Showing posts with label tips anggun. Show all posts
Showing posts with label tips anggun. Show all posts

Monday, June 28, 2010

Tips Senaman Mengurangkan Selulit / How to Reduce Cellulite With Exercise

Ahem semua! Berhenti mengunyah, mari bersenam! ;)
*tiba-tiba je ko ni nyah*
(^_^) thee..hee..hee



Saya bukanlah seorang yang lasak dan gemar bersukan. Tidak suka jogging. Takut bola. Boleh kata kaki bangku lah. Erkk!  Looser betul..Haihh ;(


Pancit sudah..hihi

Walaupun begitu, saya pernah juga terpilih mewakili sekolah dalam sukan bola jaring (sehingga kini tidak percaya. Bip GK, GS dan WA dahulu pernah menjadi milik saya. Haha!). 

Oleh sebab umur dah makin bertambah, badan dah mula sengal-sengal la tidak bersenam. Maka saya mencari sesuatu yang seronok untuk saya lakukan berseorangan supaya tidak rasa looser gila kena compare dengan others. Haha. Bila sorang-sorang, kita lah the number 1 =)

Saya  sukakan aktiviti melibatkan seni dan muzik. Dengan kerjaya sekarang, mustahil untuk saya teruskan aktiviti seni yang sangat disukai sebelum ini iaitu menari. 


Oleh itu, saya menyeru rakan-rakan yang dihantui masalah selulit untuk mencuba senaman ni. Pasang muzik kegemaran dan mula beraksi! Saya dah cuba rutin senaman yang lebih kurang sama untuk 3 minggu. Badan rasa lebih cergas dan tidak cepat penat. Lagi bagus, biasakan untuk membuat lompat tali (skipping) sebanyak 100 kali setiap hari (3 kali seminggu pun dah ok). Bagus untuk pergerakan keseluruhan badan sekaligus membakar lebih kalori.


Jom cuba!

Suka tak?? www.tips-fb.com

Wednesday, April 21, 2010

Petua Melegakan Sakit Tekak Akibat Batuk dan Selsema

Hello everybody!!
Dulu cita-cita saya mahu jadi doktor. Tapi kan...eh eh??uiks??Takde kena mengena dengan tajuk je intro ni..Baiklah, cita-cita zaman dulu kita story dalam post lain. Hehe

Kembali kepada tajuk asal. Tips melegakan sakit tekak ni saya perolehi semasa mengikuti kursus Protokol dan Etiket Sosial pada 30-31 Mac haritu. Macam-macam maklumat dan ilmu rasmi/tak rasmi saya dapat. Tuan penceramah pun terlalu gembira dengan peserta yang responsif sampai kerap kali terkeluar topik. hehe..Saya layan ajelah. Syok dengar dia cerita pasal ' yellow river' a.k.a masak lomak cili api, resepi cekodok lembut, resepi lempeng oat, gerai jual kuih roda impian a.k.a kuih keria dekat rumah dia :) See..takde kaitan dengan protokol pun kan??. Untuk rekod, penceramah tersebut adalah lelaki yang sangat pandai memasak. (Ahem, saya salin woh resepi2 yang dia bagi macam xikhlas tu sebab cakap laju2 sehingga ditegur rakan india kat sebelah!..'aik?resepi pun u salin ka???) Haha..Suka atilah, bukan aku suh ko salinkan pun. Nyeh3..

Senang je nak buat ubat sakit tekak mengikut cara En. Jalal iaitu penceramah yang suka yellow river dan asik cakap pasal yellow river selama 2 hari..;p Caranya ialah:


Cara 1:
  1. Amik mangkuk ayun kegemaran 
  2. Scoope la banyak mana hangpa suka aiskrim mahal cekik darah Haagen dazz perisa vanilla ke dalam mangkuk tersebut. Diulangi vanilla sahaja dan brand Haagen dasz sahaja ye. Kalau perisa lain nanti suara jadi Donald duck ayooo!
  3.  Amik sudu dan mulakan aksi makan. Yum Yum!
 Cara 2:
  1. Bancuh kordial sunquick mix fruit. 
  2. Tambah la ketul ais yang kecik2 sesedap rasa. 
  3. Hidangan sedia untuk dinikmati!! 
Hey hey! Jangan lupa baca doa sebelum makan muge tekak cepat sembuh boleh bekerja dan dapat gaji untuk beli aiskrim mahal lagi..hehe

Selamat mencuba!!


Seposhen-dua : Tiada tikus makmal yang dipaksa makan aiskrim sewaktu resepi ini ditaip.Siapa dah cuba resepi di atas sila bagi komen/testimoni..hehe







Suka tak?? www.tips-fb.com

Tuesday, February 16, 2010

Peria Terhebat

Wahwah tajuk entry poyo je. Mahu bercerita tentang pakwe kah??Heh! Sila kecewa..(-_-")

Bukan apa, tengahari tadi saya merajinkan diri membantu emak menyediakan menu tengahari. Saya berkerut dahi mengangkat kening bila emak kata nak masak peria. Dalam hati terdetik, 'mesti pahit buwek takmo den makan aih..'

Waktu memasak seperti biasa emak akan bercerita tentang khasiat makanan dan tatacara kebersihan. Emak juga membebel tentang perbezaan rasa masakan sekiranya menggunakan minyak jagung atau minyak biji matahari (amboi mak melupai minyak sawit tengahri tadi..hihi). Saya anggukan sahaja tanda paham, tapi termangu-mangu juga memikirkan hebat tu lidah emak boleh differentiate rasa makanan berdasarkan minyak masak yang diguna!!ahaaha..Emak memang awesome!

Dipendekkan cerita, sewaktu makan saya cuba-cuba juga merasa menu peria masakan emak..Uish, ngapain xpahit?? Lantas(sila abaikan jika penanda wacana tersebut tak sesuai ye..ahaha), saya pun korek la petua dapur daripada emak. Boleh juga dipraktik nanti kot-kot suatu hari saya teringin pula masuk pertandingan memasak peria (apa punya melalut daa..)

Kata emak,

Senang je nak bagi peria tak pahit. Kakak rendam dalam air garam. Dalam 10 minit dah cukup pastu bilas. Dalam masa yang sama nanti peria kita ni xkeras kejung. Tengok mak masak, peria dia lembut kan?

Wahwah emak, sempat lagi masuk bakul angkat sendiri sewaktu memberi petua.Hihi..

Apa-apapun, peria tengahari tadi memang terhebat!!:)



seposhen-dua : Sambal belacan tomato yang emak sediakan memang bestt sehingga saya tak boleh berhenti makan dedaun ulam pegaga dan ulam raja. Mungkin ini rahsia emak kurus dan awet muda. Boleh tiru nih kawan-kawan;p Suka tak?? www.tips-fb.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails