Showing posts with label tips kehidupan. Show all posts
Showing posts with label tips kehidupan. Show all posts

Thursday, October 6, 2011

Seminar e-Dagang di UPSI : Evolusikan Perniagaan Anda (Perniagaan Internet)

 Pengumuman! ;)

Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Seni, Komputeran & Industri Kreatif (FSKIK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDN) akan menganjurkan Seminar E-Dagang: Evolusikan Perniagaan Anda seperti berikut:

         Tarikh        : 11 Oktober 2011 (Selasa)
         Masa         : 8.30 pagi – 5.30 petang
         Tempat      : Dewan Konvensyen, Tingkat 5, Bangunan E-Learning, UPSI
         Yuran         : PERCUMA

Seminar E-Dagang ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para usahawan mengenai dunia pemasaran secara maya (online business) yang boleh diaplikasikan untuk memajukan perniagaan para peserta yang hadir. Menerusi seminar ini juga, para peserta berpeluang mendengar sendiri pengalaman beberapa orang usahawan internet yang telah berjaya di dalam dunia maya ini.

Untuk makluman, masih terdapat tempat-tempat kosong yang boleh diisi oleh kakitangan UPSI yang berminat. Seminar ini juga adalah terbuka kepada orang luar yang berminat dan ia adalah percuma. Justeru itu, besarlah harapan kami agar Y.Bhg Tan Sri/Dato’/Tuan/Puan dapat bersama-sama mewarwarkan seminar ini kepada rakan-rakan, saudara-mara, dan orang-orang awam yang ada di luar sana agar dapat meluangkan masa untuk hadir ke seminar ini. Bersama-sama ini dilampirkan aturcara lengkap Seminar E-Dagang ini. Maklumat berkaitan kehadiran ke seminar ini boleh dimaklumkan melalui email ke nurasyikin@upsi.edu.my / rasidah@upsi.edu.my.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Sekretariat Seminar E-Dagang (Pn. Harnani 054505168 / Cik Asmara 054505036 / Pn Nurasyikin / Pn Rasidah 054505921 (pejabat am FSKIK).

seposhen-dua: Kepada yang berminat, jemput le datang ye dan jangan lupa hubungi sekretariat  ;)
Suka tak?? www.tips-fb.com

Saturday, July 23, 2011

Hi girlfriend! How would you describe your dream guy?? ;)

Olla,

Rasa dah lama tak menulis sesuatu yang berjiwa muda walaupun takdela muda lagi pun. Rakan sebaya pun dah beranak-pinak dengan jayanya dah. Heh! Bistu, kalo asik citer pasal kerja je bowring lagi stress dowh, betoi tak? So, entry kali ini setakat berbasi-basi untuk bacaan ringan ala-ala gossip girl gitu. Teringat zaman duduk hostel duduk atas katil ramai-ramai sambil berkongsi jajan atau coklat bar pemberian secret admirer sambil bergosip lebat lepas tu kena remind baik punya suh tegangkan balik cadar. Haha! Hidup gossip dulu kini dan selamanya!!  ;p

Berbalik kepada tajuk entry nih (ewah!),  dengan ini saya mau kasi kecoh sekampung pasal ciri-ciri lelaki idaman yang bisa (ewah lagi!) mencairkan hati wanita bernama eddziela nih. Blerghh! Muntahla ko sebaldi, ado den kesah? Hikhik ;p

Eh eh eh.. Encik pakwe pun talak pernah tau ini ciri-ciri yang ai minat woh. Nanti kalo ada ketidaksamaan ciri hahaii ampun maap dipinta sempena nak menyambut Ramadhan yang mulia ini hahaii pasni sape-sape lelaki yang ada kesemua ciri-ciri idaman nak add facebook sila lah hahahahahaiii.. Tettt! (^_^)V

Geggegee...

Untuk entry ni kita lupakan ayat-ayat cinta cliche yang biasa dijawab oleh gadis semasa pemalu bila dapat soalan cepumas 'apakah ciri lelaki idaman anda' iaitu nak lelaki baik, cemerlang gemilang terbilang etcetere etcetera...*menguap lebar-lebar*  <- ahah..main2 je ;p

Jom keluar dari kebiasaan and jom ekspresikan minda kreatif untuk berfikir dengan lebih giat supaya gossip lebih best. Cepat tanya diri sendiri pasal ciri lelaki idaman, cepat! Ni i punya jawapan.. Semangat gitu. Weee!

#1 : A Man who do house chores + know how to cook. 
Saya suka makan dan tak bape suka mengemas dan tak bape pandai masak (ops bocor rahsia!). Blame 9 years of hostel life + 4 years of living far far away from family. BUT, (ceh ada TAPI TAPI plak..hehe) i seorang yang sangat cepat belajar. So sangatlah semangat kalau ada jejaka yang boleh sama-sama membuat house chores + pergi pasar + mencoba resepi masak memasak. Tidak la i suffer sengsorang menjadi kuli suri rumah ;p

#2 : A men who love kids + hold their kids.
Oh, haruslah lelaki menyukai kanak-kanak. Baru la ada tokoh kebapaan and will be a good father figure. Respek pada lelaki yang boleh handle anak-anak yang suka mengamuk in public. Budak-budak ni pun psiko ikut mood. Biasanya i akan nampak mak mak je yang sibuk tenteram kan anak while daddys dok jauh-jauh cam tanak ngaku tu anak dia. Apedaa! So, lelaki yang pandai handle budak-budak is on my top list. Ini tidak bermaksud i suka suami orang okay. Aip aip!

I suka cara mat saleh communicate dan menunjukkan rasa sayang pada anak. Nanti dah kawen boleh la tiru sikit-sikit plus add on sikit adat ketimuran. Kang terlalu western hilang la identiti kejawaan i.. Oh tidak jawa hilang di dunia. Hehe

#3 : A man who is confident + smart but not supersmart ;p
I can be quiet or super talkative depending on my mood or weather. Sometimes i do love to ask too many questions and membebel mumbling mumbling especially when i am overexcited. Contohnya 'omaigod banyaknya menu sedap tak tau nak pilih yang mana..nak yang ABC or yang XYZ?' atau ' u tau tak CEO Air Asia nak buat rancangan The Apprentice versi Malaysia?'.. DAN..

Adalah sangat cool jika lelaki yang smart dengan confident menjawab ' I suggest  u pilih XYZ instead of  ABC sebab it's less calorie & good for your tummy' atau ' Yeah, i heard that too. It's gonna be interesting to see Tony Fernandes says YOU ARE FIRED. Air Asia surely dapat banyak lagi untung. Definitely another good marketing strategy'.. OK DAH MELTING..;p SO lelaki idaman kenalah cukup bijak melayan soalan-soalan i dan yang paling penting takdela membetulkan kesalahan i setiap masa macam kamus Besta. Heh!

#4 : Funny :D
A sense of humor is a must because if he isn't funny there's going to be a lot of awkward silences in our life


#5 :  Taller than me..
which is pretty easy because i am short . Man with slender body and perfect body toned pun lagii la ok je dong. (abs would be nice!)..Droolingg~ Haha ;p

#6 :  A man who take serious care on oral hygiene + cleanses his face. 
Macam lelaki metroseksual je ek hoh peduli apa. Lelaki yang menjaga kebersihan pada mata i sungguh seksi. Seksi ok. Tak perlu elaborate lebih-lebih. Seksi menjelaskan segalanya. Hihi ;p

# 7 : A man who can lead a prayer + teach their kids to read Al-Quran. 
Sojuk ati ai termasuk ati makabah ai dan toknenek ai dan sedara mara ai dapat laki camni. Lelaki yang nak jadi ketua keluarga mestilah ada ciri ni untuk mendidik dan membimbing family menuju jalan yang diredhai. Jangan ingat dunia je weh..

# 8 : Lelaki yang pandai menyesuaikan diri. 
Ni merangkumi serba serbi etiket pemakaian, pergaulan, dan sedar tentang limitations. Tamau lelaki yang antisocial. Tamau lelaki yang berkata manis dengan semua perempuan sampai dengan perempuan yang dia sayang pun takde beza. Takmau laki yang pegi kenduri tapi pakai baju tshirt pagoda dengan sluar senteng berselipar jepang dan tidak bercukur bajet nak cool bela jenggot santa clause. Ko pehal? Big NO!

# 9 : Lelaki yang pandai merancang keluarga. 
Owh bukan merancang berapa anak kamu mahu ye tapi merancang masa depan family contohnya tabungan kecemasan, tabung pendidikan anak, kumpul asset more than liabilities and bukan asek nak tukar sport rim patploh kali tapi baju anak isteri tak berganti. Hihi.. Pendek kata, merancang untuk menyediakan payung sebelum hujan. As the pakar-pakar motivasi selalu kata, gagal merancang adalah merancang untuk gagal.


Last but not least,

# 10 : A man who love me for me.
Owh I am a typical girl who always dream big and most of the time give non coherent action of what my brain ask me to do. I am just a normal happy girl with flaws here and there but there will always a room for improvement, don't u think so? So a man who truly love me for whateva crappy things I've said or whateva silly dance I've made is my dream guy, indeed. Ececeh, bajet romatik cakap omputeh ;p

Sengal camni pun ada orang nak ;p



Sekian terima kasih.

Seposhen-dua: I dedicate this entry to Fauzan Adli Zulkifli. Only you know me best. Thanks for the wonderful gempak birthday present (gila dah lama baru nak tulis..ya ampun). Oh your birthday next 2 month kan ok i mula masuk duit dalam tabung ayam mulai esok. Hari ni tak boleh sebab nak makan mekdi.. HIHI ;p






Suka tak?? www.tips-fb.com

Monday, January 10, 2011

Khasiat buah Markisa aka passion fruit

Hai ;)

Pasti ramai antara korang suka makan buah-buahan. Bagi saya pula, buah-buahan dan eddjiela umpama lagu dan irama..bagai aur dengan tebing..bagai isi dengan kuku.. bagai sate dengan kuah kacang (eh? merepek sudaaa..) ;p

Minat kepada buah ni lebih kepada pengaruh dan didikan emak. Dolu-dolu mak selalu cerita, waktu mengandungkan saya, mak suka minum susu, makan buah durian belanda dan pisang. Tu semua petua orang dulu-dulu untuk dapat anak comey putih melepak gebu gedebuss. Waktu mengandungkan adik, mak kata beliau ada tabiat buruk suka meratah serbuk kopi. Sebab tu adik tak berapa nak cerah waktu lahir. Logik jugak teori ni..Hehe. Kalau difikir-fikir, mungkin mak patut makan banyak-banyak kacang panjang masa mengandungkan saya. Nescaya, tidak lah saya ketot bagai pohon bongsai seperti hari ini ;p

Kudapan dikala boring


Ingat lagi waktu saya kecik saya tak berapa suka makan. Tapi suka sangat makan buah terutamanya betik dan pisang. Segala produk daripada pisang tu memang saya suka giler. Dan lagi teruk saya tak suka beli makanan di kantin sekolah dan tetap dengan pendirian membawa bekal ke sekolah. Mak baik sangat memenuhi permintaan saya buat aneka kuih muih sampai la ke menu pasta goreng untuk buat bekalan. Paling syok mak buatkan cekodok, lempeng pisang, pisang goreng dan kuih lepat pisang (Macam hantu kg pisang je aku ni. Err..). Owho, semangat giler pegi sekolah bawak bekal. Waktu kelas tak sabar nak tunggu bunyi loceng rehat. Haha!
Apa pandang-pandang? Nak kena buat cekodok?


Bekal membekal ni berlarutan sampai la saya darjah 5. Tu pun darjah 6 tak bawa bekal sebab setiap kali ujian bulanan, setiap subjek yang dapat A akan diberi kupon kantin sebanyak seringgit oleh Guru Besar kesayangan iaitu Cikgu Taslim. Oleh sebab setiap bulan saya asyik dapat kupon RM4 - RM5 (makcik kantin benci dengan saya dulu..ampun makcik ;p ), so tak baik membazir. Dapat la mak berehat untuk tak menyiapkan bekalan anak sebab anak dia dah berjimba makan di kantin sekolah macam orang kaya baru. Haha ;p

Waktu bercuti di kampung tahun lepas, mulut ni gatal sangat tanya kepada mak abah tentang rupa dan rasa buah markisa atau buah susu. Waktu tu ala-ala jakun jugakla.  Tu pun sebab terpengaruh tengok rancangan masak-masak mat saleh kat astro tuh. Alih-alih, waktu sebelum saya bertolak untuk balik ke Perak, tengok-tengok abah menghulur 1 plastik dengan buah bulat yang berkedut-kedut.

Abah: Nah buah markisa. Abah beli kat kedai buah nun
Saya: Hah? Abah beli? Susah-susah je. Macehhh! *terharu* ;)
 (Oh abah saya nampak garang, tapi hati bagai cinderella)
(^_^)

Mak dan abah saya ni jenis tak boleh diam kalau anaknya sebut pasal makanan.. Diceruk mana pun cuba digagahkan untuk dicari. Bimbang kempunan. 

Ni dia rupa buah markisa..

 Rasanya masam-masam manis


Markisa kaya dengan dengan pro-vitamin A, vitamin C, niasin (Vitamin B3) dan riboflavin (Vitamin B2). Vitamin A untuk mata manakala vitamin C baik untuk kulit dan untuk elak selsema. Vitamin B kompleks baik untuk mata, hati, kulit dan jantung


Ingin kan yang lebih segar? Kupas la sendiri. Eh, macam iklan air buah pulak. Hehe ;p

Suka tak?? www.tips-fb.com

Tuesday, January 4, 2011

Cara pengiraan dividen ASB

Hi ;)
 
Rasanya ramai dah tahu tentang peratusan dividen ASB untuk tahun 2010 iaitu 7.5 % dan bonus sebanyak 1.25%.

Tapi...

Mesti ramai tak tahu cara pengiraan dividen dan pemberian bonus ni kan 
(sama la macam sang penulis blog ni..)

(^^,) Hehhee..

Gambar yang tiada kaitan.. ;p


So, dalam usaha mencari jawapan saya terjumpa dengan 1 laman web yang bagus dan perlu dikongsikan dengan semua. Sebelum ni ada juga jumpa penerangan tapi susah nak faham.. Yelah, bahasa  orang bank n pakar ekonomi.. Kami ni budak bioteknologi yang sesat dalam dunia admin.. kawe dok pehe bahsa deme.. Hehe.

 Korang tahu tak, pengiraan dividen ASB adalah berdasarkan pada setiap bulan keatas baki minimum dalam sesuatu bulan? Aha..Buat-buatla terkejut kalaupun dah tahu ye ;p

Untuk penerangan serta contoh yang lebih jelas moh pegi melawat laman web http://perjalananku.com/?p=2119

Semoga beroleh manfaat.

Tata~
Suka tak?? www.tips-fb.com

Monday, January 3, 2011

Jom bercuti naik bas ke Singapura

Hi there! Happy new year to all :)


Hujung minggu yang lepas - lepas (double lepas coz waktu cuti krismas. Hehe), me and boyfiey bercuti2 johor. Seronoklah dapat menghabiskan baki cuti tahun yang tinggal dua hari yang patutnya disimpan untuk menghantar my mum pergi umrah tahun 2010.. Unfortunately, umrah ditunda ke tahun 2011. So, dapatlah melapangkan diri menghadiri beberapa kenduri kawen di johor termasuklah kenduri my x-roomate mase kat UKM. Beriya dia susah-susah call dan sms plus pos kad kawen dengan setem 6posen (mahal setem sekarang ye..huhu). Selamat Pengantin Baru Kak Azrin dan moga berbahgia selalu!



Kali ni Cik eddjiela mahu stori-mori pasal short trip ke singapura.. Oleh sebab tak rajin nak menulis sangat, jom kita layan gambar. Let the pictures tell u d story eaa.. I buh caption jugak untuk guide u all kot-kot ada yang nak buat trip ala koboi cam kami buat ni.. hehe :)

Trip ke Singapura ni asalnya tak plan pun, so memang agak kelam kabut. Tapi, at the end of the trip, rasa puas banget sebab berbaloi lah dengan bajet yang tak berapa lumayan serta masa yang terhad.. Hehe. I kan the only girl in group, so ada termaktub perintah berkurung (curfew) disitu.. Kena rush-rush pulak kang ayahnda murka. Hihi
 

Pukul 12.30 tengahari lepas balik kenduri, still gigih menunggu bas di Terminal Larkin, JB. Asalnya nak naik bas kuning, tapi hampes.. Lambat macam siput tak muncul-muncul. Last-last kami pilih bas tong tong ni.. Tadaaa..~


 Naik bas SBS Transit nombor 170 dan beli tiket ke Queen Street dengan harga RM2.40 = SGD 1. Tiket beli dalam bas je. Simpan tiket sampai la korang jejak ke Singapura ye. Jangan buang sebab kena turun naik bas untuk urusan imigresen di tambak johor dan woodlands, singapura.




 

Masa menunggu secara berduet.. ;p





 Daripada Larkin bas akan jalan sampaila ke JB Sentral (tambak Johor) untuk urusan imigresen Malaysia. Untuk urusan imigresen ni macam acara berlumba pun ada sebab orang ramai sangat rebut-rebut nak naik eskelator nak mintak cop pasport. Ish..ish..ish..






 Lepas setel naik bas yang sama (SBS no. 170) dan tunjuk tiket tadi, untuk bergerak ke Woodlands Terminal untuk urusan imigresen Singapura pulak.




 Pemandangan di Terminal Woodlands. Spot the yellow 'siput' bus .. Kami setia dengan SBS transit lepas cop pasport di Woodlands ;)

Tempat-tempat yang kami sempat pergi haritu, 
  1. Little India - Rasa cam kat Bombay.. hehe
  2. Orchard Road - Banyak shopping complex tengah sale
  3. Raffles place - River cruise, Merlion
Nak gerak dari 1 tempat ke tempat lain guna je kemudahan public transport MRT.

Beli kad dan top up ikut destinasi yang dipilih.












Jom lepas ni ke Universal Studio pulak ;D
Suka tak?? www.tips-fb.com

Monday, November 8, 2010

Pengeluaran KWSP bagi yang memilih skim pencen

Tett..tett..tett.. (konon bunyi kalkulator kira duit sekupang dua sebagai intro penulisan..hehe)

Hari ini sempat tak sempat berjaya juga menyempatkan diri ke pejabat KWSP di Kajang untuk menyetelkan urusan yang tertangguh (cekgu BM marah buat ayat guna perkataan berulang camni.. Adik-adik sila jangan tiru!). 

Selain susah nak dapat parking dan macam-macam hal remeh temeh kehidupan, rasanya elok saya kongsikan serba sedikit ilmu bermanfaat hasil sembang-sembang dengan kakak kaunter yang nampak garang tapi ramah dan berbudi bahasa. Ehem, kena kasi bodek lebih sikit.. Hehe. Mulut I memang tak berapa reti diam especially bila dok depan kaunter sementara kakak kaunter membuat apa yang patut dengan borang yang dihantar. Walaupun kaunter tu takde tulis pun 'kaunter pertanyaan', tapi tetap suka gatai2 je nak bertanya memandangkan hasil carian kat pakcik Google sebelum ni kureng memberangsangkan lah.. Bak kata pepatah (mula dah..!) 'Malu bertanya sesat jalan..Malu mengoogle sesat ilmu' (apekah?)
(--,)''

Bagi yang tak berapa paham, sesiapa yang masuk ke perkhidmatan kerajaan/badan berkanun bagi tempoh 3 tahun pertama akan diwajibkan mencarum dalam KWSP. Selepas 3 tahun tu kita akan diberi opsyen/pilihan sama ada nak  teruskan dengan KWSP atau nak masuk ke skim pencen. Bagi sesiapa yang memilih untuk menukar ke skim pencen, korang diberi kemudahan untuk mengeluarkan sebahagian duit dalam akaun korang tuh. Iye..iye.. Pokcik kayo! Hahha.

Dalam rujukan online, ada yang kata kita boleh keluarkan amaun dalam salah satu akaun sahaja (KWSP ni ada akaun 1 dan akaun 2).  Tapi hasil daripada sembang-sembang kaunter, kita akan dapat dalam 45% daripada jumlah keseluruhan duit dalam akaun. Baki 55% lagi akan dipulangkan kepada kerajaan langit.. Hekhek. Ada paham?

Bagi yang musykil pasal pembahagian duit dalam akaun 1 dan akaun 2 tuh pasaipa dalam akaun 1 lagi banyak dari akaun 2, orang KWSP kata pembahagiannye cmnih:
Akaun 1: 70% daripada jumlah keseluruhan terkumpul
Akaun 2 : 30 % daripada jumlah keseluruhan terkumpul

Bagi yang musykil lagi kenapa ada akaun 1 dan akaun 2, ada 1 akaun kan lagi senang ye tak? Ok, pegi la tanya sendri dengan orang KWSP or pokcik google ah. Hehe. Tu pun tak tau. Eden malas nak naip ah.

ah ah ah~

Ada sesiapa nak beli muffin? Eh eh? Gambar sekali lagi tiada kaitan dengan penulisan ;p


seposhen-dua: Siapa yang sebar fitnah kat office kata saya amik half day pegi buat blood test untuk kawen hah? hah? Susah betul jadi orang poyo glamer nih.. Berdas das soklan kena jawab bila masuk opis.. Hahaha. No komen~ ;p



Suka tak?? www.tips-fb.com

Wednesday, October 20, 2010

Cinta jarak jauh umpama bak kata orang, kalau takut dipukul ombak jangan berumah di tepi pantai sayang oii !

Hei hei hei hei..
Aku tak percaya cinta..
Hahah..Apa kes tiba-tiba nyanyi lagu Liyana Jasmay?

(-_-")


Ramai kenalan/sedara yang mengetahui hubungan saya dengan encik pakwe suka menerjah umpama abang rambut ketak dalam rancangan melodi dengan soalan-soalan cepu emas. Antaranya (disusun mengikut rangking terhangat):
  1. Bila mau kawen?
  2. Bila encik pakwe habis stadi?
  3. Bila mau tunang?
  4. Kenapa pilih orang jauh? Tak takut ke beliau curang. Pilih orang dekat je senang! <-jahat soalan ni taw.. Ahai ;p
  5. Tak jemu ke bercinta lama? 
  6. Camne la ko boleh setia sangat?
  7. Tak takut kena tinggal kalau kawen dengan doktor?
  8. Stok kebaya baru ada tak? Eh eh? Tersalah tanya pulak. Hehe ;p
Kalau rajin saya jawablah pertanyaan-pertanyaan tuh. Kalau naik jemu, saya balas dengan sedekah je iaitu senyum. Hehe..

Bak kata kenalan mak yang berbangsa Cina, hidup ini penuh dengan pilihan. Kita boleh pilih mau susah dahulu, senang kemudian..atau sebaliknya.  So, rasanya saya pilih jalan yang susah secara zahir tapi mudah dahulu. Kenapa susah tapi mudah?

Susah sebab perlu berjauhan tapi mudah sebab jarang gaduh coz rindu selalu..

Susah sebab boring selalu tak boleh dating macam orang lain  tapi mudah sentiasa ada alternatif mengisi masa. contohnya, buat bisnes, belajar masak, belajar menghafal note keyboard/piano, panjang langkah nak ke mana-mana tanpa halangan dengan geng bachelorette..thee hee hee sambil mengorat tol gate boy <- Ahem! Gatai ko ye! Eyp!
Susah sebab makan hati kena compare dengan kawan sebaya yang sudah kawen timang anak tapi mudah sebab saya punya banyak ruang dan peluang untuk balajar seni rumah tangga tanpa paksaan. At the same time, saya masih 'on track' dengan perancangan hidup yang saya rancang sejak zaman sekolah. Alhamdulillah..Ada hikmah saya bercinta secara jarak jauh ;)


Susah sebab rasa jemu kawan bercerita pasal anak pasal suami yang tak memahami tugas isteri muda yang berkerjaya tapi mudah sekarang sebab saya tak perlu fikir lagi pasal masalah rumah tangga, perihal lampin dan susu serta tak cukup tidur.. Saya mahu bersedia mental dan fisikal untuk menghadapi alam rumah tangga ditambah dengan terlalu banyak kisah rumah tangga jenis 'ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari' yang berlaku dalam keluarga besar saya untuk dijadikan tauladan. Bukan apa, tidak lah nanti saya merungut macam dalam drama 'Ini semua salah abang! Abang letak semua urusan rumah tangga di bahu saya. Saya penat tahu tak'. Haha. Drama apa aku lupa daa..


Susah sebab kena repeat jawapan macam radio rosak setiap kali orang tanya soalan peribadi tapi mudah sebab bila soalan mereka dibalas oleh soalan 'kamu/pakcik/makcik mau sponsor kalau saya kawen sekarangkah? Mahukah? atau mau saya suruh mak abah pinang mana-mana lelaki sekarang untuk diri ini..'. Nescaya, mereka akan terus diam. Hihi..

Susah sebab sedih mereka kata umur saya ini kategori berkarat kalau tak kawen lagi tapi mudah sebab bila belum kawen duit tak luak sangat. Perbelanjaan bulanan boleh diatur cantik dan setiap kali saya shopping macam-macam saya boleh tunjuk dengan mereka ini hasil titik peluh saya bekerja untuk diri sendiri dan keluarga di kampung. Bila nanti dah lama kerja dan duit banyak sikit, lepas tu dah kawen..bolehlah saya panjangkan rezeki kepada keluarga mertua pulak kan? Tidaklah keluarga sendiri terasa hati kerana tak sempat puas merasa ampau dari eddjiela sebelum disebarluas kepada orang lain. Hihi




Kalau disenaraikan semua rasanya tak habis-habislah.Sememangnya saya kagum dengan rakan-rakan perempuan yang berkahwin dalam usia muda. Mereka memang cepat matang dan gagah dalam serba serbi. Tabik spring 8 kali kat diorang.


Pada korang yang muda mudi dan bersemangat mau kawen, saya suggest untuk baca buku ini:

Buku ni diperkenalkan oleh adik saya. Isi kandungannya bagus sebab merupakan catatan nasihat dan pengalaman seorang suami iaitu Ustaz Hasrizal yang beristerikan seorang doktor. Penulisannya mudah difahami, sedikit lucu tetapi penuh dengan mesej tentang pengertian cinta dan perkahwinan. 

 Yang paling menarik bagi saya  beliau turut mengulas perbezaan lelaki dan wanita yang sebahagian besar inspirasi beliau adalah dari buku ‘Men are from Mars, Woman From Venus’. Beliau secara jelas menggambarkan bagaimana menjadikan perbezaan itu sebagai rahmat, dan bukan alasan untuk berperang sesama suami isteri.


seposhen-dua: Currently busy memikirkan hal dan masalah orang dari hal sendiri. Owh, btw encik pakwe dah nak grad next month! Yay! Tahniah sayang! ;)

Encik pakwe buat perangai sebelum kena paksa buat muka gembira sebab dapat hadiah 'Nini Cokolat Celup' sempena konvokesyen (kat Indonesia depa panggil wisuda) beliau bulan depan.  Haha.. Sorry dear me  tak dapat pi. Huhu ;p
Suka tak?? www.tips-fb.com

Friday, October 15, 2010

Emas Putih vs Platinum : Halal atau haram untuk lelaki

Kamu nak tahu tak.. (baca dengan gaya perempuan kaki report bersanggul tinggi sedang kunyah-kunyah chewing gum sireh)





Hari tu masa hujung minggu dipenuhi aktiviti makan free di rumah bekas kawan sekolah MRSM sambil ber-school-gathering memakai baju raya vogue kami jumpa Hanis Zalikha dan pura-pura memandang sebelah mata sahaja terhadap beliau kerana jeles dengan tahap kejelitaannya serta rambut perang gerbang-gerbang trademark beliau ituh! (Hah!Semput deh giler taip ayat tak putus sebab emosi..ahah)


Buat muka tak heran. Apa ku kesah dengan hamis jalikha (berbaju coklat gelap).. Hihi (dalam hati: Omg!kamu sgt cantek la hanissss mau mintak sign please please please!) ;p


Nota kaki: Kami terdiri daripada Cik Embun, Cik Melor, Cik Rerama dan Cik Tulip. Memang ternyata bukan nama sebenar  ;p



Selepas sibuk menganyam ketupat mengilai-ngilai disiang hari dan berfotografi semahu-mahunya, kami menuju ke destinasi pilihan untuk merabak duit raya di pekan Shah Alam.

Ceria dapat makan free. Thanks Dr. Shaleela! ;)

Namun, walaupun intro entry ini begitu menjengkelkan kerana tidak selari dengan tajuk, saya harap para pembaca tetap bersabar ye. Terlalu banyak untuk diceritakan, maka begini la jadinya.
*senyum*



Ok Ok. Aktiviti penutup kami hujung minggu itu dihabiskan dengan melepak di sebuah kedai barang kemas yang pastinya bukan tempat pilihan saya untuk melepak di hari-hari biasa. Tak percaya? Kamu rasa ada ke orang pergi lepak kat kedai emas sebab sakit kaki pakai kasut tumit tinggi mahu tumpang duduk dekat kerusi cantek sambil siap dihidangkan jasmine tea segala bagai and sarung cincin dekat RM10k setiap satu sampai 10 jari? Pastu siap bergurau ceria dengan Ah Boy sang jurujual main pinjam-pinjam itu teropong mata mau check ini diamond tulen ka talak tulen. Pastu berdebat pasal harga pasaran emas 916 dengan emas putih dengan itu platinum? Pastu pura-pura minat sama couple ring yang takde la cantek mana tapi harga gila mahal. Pastu kawan anda mengaku mau bawak lari cincin depan cctv nasib tak kena kejar dengan manager. Lepas tu gadoh-gadoh tanak bagi no. tepon atau emel takut kena spam. Haiya! Ada ke? Ada ke? 
T_T







 


Well well well..Memang hujung minggu kami havoc dengan pelbagai aktiviti yang agak gilos-gilos dan happening dan rabak poket tanpa sebab yang kukuh kerana saya memandu dan terlupa mengambil duit baki daripada tol gate boy yang ganteng sehingga dijerit oleh beliau "Duit baki takmo kah?" dan sy yg tertekan pedal minyak kerana malu (Ahem!) terus menjerit.."takpe..keep the change!" ;P

Berbalik kepada persoalan asal, adakah emas putih sama dengan platinum? Halal atau haramkah emas putih dipakai oleh lelaki?



Selepas membuat sedikit rujukan atas talian, rumusan yang boleh dibuat adalah:
  • Emas putih dan platinum merupakan dua unsur kimia yang berbeza:
    • Pi check jadual berkala yang kena hafal masa Form 4. Emas putih = aloi emas (Au) dan mengandungi campuran perak (silver) dan palladium. Nilai ukuran emas putih sama seperti emas kuning iaitu karats.
    • Platinum pula terdiri daripada unsur (Pt). Platinum adalah sebuah logam transisi/logam peralihan yang berat, "malleable", "ductile", berharga dan berwarna putih-keabuan. Platinum adalah bahan tahan karat dan terdapat dalam beberapa bijih nikel dan copper (kuprum/tembaga).
  • Emas putih haram dipakai oleh lelaki Muslim
  • Platinum boleh dipakai oleh lelaki Muslim
Sudah faham? Harap dapat memberi manfaat serba sedikit. Sumber dari laman web jakim dan cik wiki kesayangan ;) 





Seposhen-dua: Lain kali mahu berkongsi ilmu tulis pasal diamond pula hasil daripada siasatan undercover terhadap Ah Boy Kedai Jewelery

Adios!





Suka tak?? www.tips-fb.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails