Showing posts with label moments. Show all posts
Showing posts with label moments. Show all posts

Friday, April 13, 2012

Masa kecil dulu...


Assalamualaikum,
 
Masa kecil dulu...
Saya kerap sakit. Alergik dengan beberapa jenis makanan. Tak boleh silap makan, padahnya gatal dan naik merah-merah seluruh badan. Kalau terkena waktu di kampung nenek, habis kena mandi dengan air cengkih sebaldi sebelum diangkut ke spital. Huhu

Masa kecil dulu.. 
Saya tak boleh travel jauh. Memandangkan parents dok pindah merata tempat (paling jauh di Pahang), setiap kali nak balik kampung, nak tak nak memang kena travel jauh. Saya cepat mabuk bila naik kereta/bas. Tak tau kenapa. Sama ada saya elergik dengan bau kereta atau saya elergik dengan perjalan jauh (hahaha, ayat bajet innocent!). Dalam kereta, abah selalu pesan.. kalau nak muntah bagitahu awal. Boleh berenti tepi jalan and muntah kat luar. Tapi itu sangat jarang berlaku. Most of the time, muntah sepuasnya baru bagitahu. Hihi.. Pernah, abah suruh gantung plastik kat telinga untuk standby supaya saya tak muntah dalam kereta kesayangan abah. Sebab tu ke abah selalu tukar kereta? Abah sayang kereta dari anak dia. Nasib baik saya pun tak ditukar. Sobs.. Tragis.. :(

 Masa kecil dulu...
Arwah nenek bidan kampung. Oleh sebab nenek risau saya asek muntah dalam kereta, nenek selalu urut dan jampikan urat tali dari batang pisang dan ikat di perut saya. Untuk elak mabuk katanya. Huhu.. tak stylo betul ikat tali batang pisang. Haha..

Masa kecil dulu...
Saya bagai budak tak cukup vitamin kerana selalu kelihatan pucat. So, sebelum ke sekolah, mak akan pakaikan lipstik nipis-nipis kat saya. 'Biar tak nampak pucat', kata mak setiap kali mengoles gincu... Sekolah rendah dah pakai lipstik ke skolah, tahu?.. kau hado? Hikhik

Masa kecil dulu...
Waktu kelas terakhir subjek math darjah 3 (gila tak boleh lupa scene ni), saya hampir muntah di dalam kelas sebelum ketua darjah menjerit, "cekguuuu...fadzillah nak muntahhhh". Ouh, gila psiko ketua darjah ni, alert betul. Akhirnya, saya meneruskan aktiviti muntah di tepi longkang kelas sambil dibantu oleh Cikgu Zaiton Oh, mana mungkin saya lupakan cekgu yang begitu concern dan baik hati menenangkan saya sehingga abah datang menjemput. Sobs :')

Masa kecil dulu...
Saya kuat nangis. Pergi kenduri kawen pun menangis. Tanak berenti pulak tu. Mak abah sampai tak kuasa nak layan. Kalau merajuk, pergi menangis dan menyorok tepi almari. Takde port lain. Ish ish..

Masa kecil dulu...
Saya pernah berlari melintas jalan 4 lane yang sedang sibuk dengan trafik kerana abah terlepas memimpin tangan saya. Syukur, umur saya masih panjang. Selain menimbulkan huru hara sekejap, kena hon dengan pemandu kenderaan yang sememangnya terkejut beruk dan menyumpah dalam hati. Sampai di seberang jalan, saya dimarahi pula oleh orang-orang disekitar yang nampak kejadian tu. Tak cukup dengan itu, mak abah berkejar mendapatkan saya yang bingung. Lepas tu, masuk dalam kereta, dimarahi oleh mak abah tanpa saya mengerti puncanya. Yelah, waktu tu tak faham apa nilai nyawa dan erti bahaya. Lokasi kejadian, di area Pantai Lido, JB.

Masa kecil dulu...
Saya suka kepada kawan abanglong saya yang selalu lalu depan rumah untuk solat berjemaah waktu subuh di masjid berdekatan rumah. Nak pagi masjid mesti kena lalu depan rumah saya. Waktu tu duduk di quarters felda,pintu rumah memang terbuka sebab abah subuh-subuh pun ke masjid. So, boleh skodeng kawan abanglong. Nama dia Hakimi (Hahaha, kecit2 dah gatal). Rasanya waktu tu, saya di darjah 1. :P (ok, yang ni takde kaitan dengan cerita kat atas dan takde ke sinambungan langsung. Hahaha)

Masa kecil dulu...
Saya dan abanglong pernah menunggang adik waktu dia baru pandai merangkak. Hahaha.. Gembira hanya seketika, lepas tu mak menyingaaa. Auummm! Ha, amekkk!

Sayu teringat memori waktu kecil. Insaf kerana selalu membuat mak abah risau dan marah. Terasa banyaknya menyusahkan diorang. Terima kasih mak dan abah atas segala pengorbanan. Ampunkan salah silap kakak.

 Tarikh 17 March 2012, saya selamat bertunang dengan encik pakwe. Itupun, mengambil masa 1 tahun selepas both parents berjumpa untuk abah menerima realiti, anak dia yang 'fragile' dan 'menyusahkan' ini dah dewasa dan dah sampai masa untuk dilepaskan. Itupun, selepas puas dipujuk dan dibebel oleh mak. Hehe. Kalo tak, tahun ni pun tak tunang lagi kot. Kehkeh..

 Bila dah bertunang, makin emo. Rasa takut, cuak, sedih memikirkan mak abah bakal melepaskan tanggungjawab menjaga saya kepada orang lain yang bakal bergelar suami. Bolehkah bakal suami menjaga dan menyayangi saya sebagaimana mak dan abah? Saya tau kenapa abah berat hati.. Bimbang saya muntah dikereta lelaki lain dan diminta gantung plastik ditelinga, mungkin? (Hahaha, err..Gurau je abah. Ampunnn)
:P


seposhen-dua: Lagi 3 hari birthday abah. Happy birthday ayahanda!! :)



Suka tak?? www.tips-fb.com

Friday, October 15, 2010

Emas Putih vs Platinum : Halal atau haram untuk lelaki

Kamu nak tahu tak.. (baca dengan gaya perempuan kaki report bersanggul tinggi sedang kunyah-kunyah chewing gum sireh)





Hari tu masa hujung minggu dipenuhi aktiviti makan free di rumah bekas kawan sekolah MRSM sambil ber-school-gathering memakai baju raya vogue kami jumpa Hanis Zalikha dan pura-pura memandang sebelah mata sahaja terhadap beliau kerana jeles dengan tahap kejelitaannya serta rambut perang gerbang-gerbang trademark beliau ituh! (Hah!Semput deh giler taip ayat tak putus sebab emosi..ahah)


Buat muka tak heran. Apa ku kesah dengan hamis jalikha (berbaju coklat gelap).. Hihi (dalam hati: Omg!kamu sgt cantek la hanissss mau mintak sign please please please!) ;p


Nota kaki: Kami terdiri daripada Cik Embun, Cik Melor, Cik Rerama dan Cik Tulip. Memang ternyata bukan nama sebenar  ;p



Selepas sibuk menganyam ketupat mengilai-ngilai disiang hari dan berfotografi semahu-mahunya, kami menuju ke destinasi pilihan untuk merabak duit raya di pekan Shah Alam.

Ceria dapat makan free. Thanks Dr. Shaleela! ;)

Namun, walaupun intro entry ini begitu menjengkelkan kerana tidak selari dengan tajuk, saya harap para pembaca tetap bersabar ye. Terlalu banyak untuk diceritakan, maka begini la jadinya.
*senyum*



Ok Ok. Aktiviti penutup kami hujung minggu itu dihabiskan dengan melepak di sebuah kedai barang kemas yang pastinya bukan tempat pilihan saya untuk melepak di hari-hari biasa. Tak percaya? Kamu rasa ada ke orang pergi lepak kat kedai emas sebab sakit kaki pakai kasut tumit tinggi mahu tumpang duduk dekat kerusi cantek sambil siap dihidangkan jasmine tea segala bagai and sarung cincin dekat RM10k setiap satu sampai 10 jari? Pastu siap bergurau ceria dengan Ah Boy sang jurujual main pinjam-pinjam itu teropong mata mau check ini diamond tulen ka talak tulen. Pastu berdebat pasal harga pasaran emas 916 dengan emas putih dengan itu platinum? Pastu pura-pura minat sama couple ring yang takde la cantek mana tapi harga gila mahal. Pastu kawan anda mengaku mau bawak lari cincin depan cctv nasib tak kena kejar dengan manager. Lepas tu gadoh-gadoh tanak bagi no. tepon atau emel takut kena spam. Haiya! Ada ke? Ada ke? 
T_T







 


Well well well..Memang hujung minggu kami havoc dengan pelbagai aktiviti yang agak gilos-gilos dan happening dan rabak poket tanpa sebab yang kukuh kerana saya memandu dan terlupa mengambil duit baki daripada tol gate boy yang ganteng sehingga dijerit oleh beliau "Duit baki takmo kah?" dan sy yg tertekan pedal minyak kerana malu (Ahem!) terus menjerit.."takpe..keep the change!" ;P

Berbalik kepada persoalan asal, adakah emas putih sama dengan platinum? Halal atau haramkah emas putih dipakai oleh lelaki?



Selepas membuat sedikit rujukan atas talian, rumusan yang boleh dibuat adalah:
  • Emas putih dan platinum merupakan dua unsur kimia yang berbeza:
    • Pi check jadual berkala yang kena hafal masa Form 4. Emas putih = aloi emas (Au) dan mengandungi campuran perak (silver) dan palladium. Nilai ukuran emas putih sama seperti emas kuning iaitu karats.
    • Platinum pula terdiri daripada unsur (Pt). Platinum adalah sebuah logam transisi/logam peralihan yang berat, "malleable", "ductile", berharga dan berwarna putih-keabuan. Platinum adalah bahan tahan karat dan terdapat dalam beberapa bijih nikel dan copper (kuprum/tembaga).
  • Emas putih haram dipakai oleh lelaki Muslim
  • Platinum boleh dipakai oleh lelaki Muslim
Sudah faham? Harap dapat memberi manfaat serba sedikit. Sumber dari laman web jakim dan cik wiki kesayangan ;) 





Seposhen-dua: Lain kali mahu berkongsi ilmu tulis pasal diamond pula hasil daripada siasatan undercover terhadap Ah Boy Kedai Jewelery

Adios!





Suka tak?? www.tips-fb.com

Tuesday, September 21, 2010

Riang Ria Raya

Salam to all!

Sekian lama bercuti untuk raya dan blogging, rasa cam liat banget nak memulakan kerja minggu ini. Adatlah kan..Bila terlebih makan ketupat rendang dan kuih tunjuk-tunjuk di kampung, faktor M pun berleluasa dalam diri ;) 
   

Segar dari ladang



Bersyukur sangat dapat pulang beraya lama giler di kampung melepas rindu pada keluarga dan haiwan ternakkan iaitu kucing-kucing pelahap. 2 minggu jugaklah merasa jadi bibik suri rumah terhormat, buruh kasar dan  petani berjaya serta kembali menjadi anak manja tidur sebantal dengan emak disebabkan kerja-kerja ubahsuai bilik dan dapur rumah di kampung yang belum selesai. Maka ramai-ramai tidur di ruang tamu macam zaman dolu-dolu. Hihi ;p





Tak macam blogger lain yang rajin menulis aktiviti raya masing-masing. Disebabkan faktor M, so I buat sumbat semua dalam 1 post jela ye.




Rentetan riang ria raya versi eddziela:
  1. Konon nak balik raya saing adik, so tak lah kena drive sengsorang. Tapi adik suka suki buat cuti sendiri dari Hari Merdeka tak balik-balik kampus and I kena drive ditemani Rocky si lembu goyang yang setia. Cis! Envy you adik!
  2. Tidak shopping raya sakan macam tahun sebelum ni kerana cuba menghayati erti sebenar Ramadhan. It's weird sebab rasa bahagia dan tenang dengan hanya borong kuih-kuih dan baju raya for my parents and hear them saying 'tima kasey angah' can simply make me cry. I'm such an emo girl *batlling eyelashes*
  3. Rumah di kampung sangat bersepah sehingga pagi raya memandangkan petang sebelum raya tu pun ada pekerja indon datang buat kerja renovation serta pasang pintu and tingkap. Bila duduk diam-diam terfikir kawasan rumahku macam dalam scene Bersamamu TV3 pun ada juga. Hihi ;D
  4. Bergotong-royong dengan adik mencabut pokok ulam raja kat laman. Kalau jual pokok ni boleh kaya nih, banyak gila. Sambil tu buat aksi spastik naik kereta sorong dan paksa adik tolak. Haha. Kakak mu memang mereng. Bersabarlah ye..
  5. Lambat mandi sunat hari raya sebab kena buat magik ngemas rumah dalam masa dua jam. Haha! Untung jadi lelaki boleh execuse pergi masjid pastu balik tadah pinggan nyanyi 'mintak mak kuih sepotong, mahu makan kerna perut kosong' ;p 
  6. En. pakwe tepon wish hari raya daripada Bandung and sempat sembang with his soon-to-be mami mentua (ntah bila tahun la kan?). Hihi..Then he asked, pakai baju raya warna apa tuh? Dengan selamba I jawab, ' still pakai baju tidur lah. Mbekk mbek tak mandi lagi ;p 
  7. Raya pertama, terima kunjungan batalion family emak. Owh kenapalah emak takde ramai anak perempuan. Bersilat me and adik kat dapur selongkar kotak cari  cawan and pinggan. Bancuh air tu ntah bape kali tak terkira. Makcik pakcik tinggal hulur balang kuih kosong mintak refill. Wahwah, indahnye jadi tetamu ;p. Pastu pegi ikut konvoi raya umah sedara. Abah oh abah, pastikan dapur siap untuk raya haji nanti ye..Pleaseeeeee~
  8. Raya kedua, kawan-kawan mak abah zaman diorg kerja sepejabat dolu datang tak ingat nak balik umah. Banyak yang disembangkan sampai me and adik dah tertidur and dikejutkan untuk salam-salam. Ngee~
  9. Raya ketiga, tentera bersekutu daripada family belah abah pula menyerang. Hehe  Dah bujang-bujang and hensem2 pulak my adik-adik cousin nih and mulut masing - masing pun boleh tahan tanya bila kakak ziela nak kawen. Haihh, diam adik - adik. Ko jangan sebok!                                                                                     
  10. Mak dan abah diasak soalan..Bila nak dapat menantu? Hahhaha..Not just us, our parents pun stress dengan soalan-soalan camni ;D
  11. Abanglong dapat projek mengecat stor di hari raya..Hihi. Cayokk!
  12. The day my bro balik ke Putrajaya, kami berempat pergi kedai pilih cat untuk bilik dan dapur. Bila tengok my parents cam nak gado je I cepat-cepat ubah topik. Hihi..Releks-releks, jangan gaduh pilih cat :D
  13. Lepas adik balik kampus, kami singgah pergi beli tiles and mosaics untuk stor. Me and mak sepakat pilih yang paling cun. Bila tgk balik memang sedondon dengan warna keretaku. Patutla sengih je indon yang kat gudang tu.
  14. Pergi melawat kawan abah yang terkena serangan jantung dan tersalah pergi hospital serta menimbulkan kecoh kat kaunter Hosp. KPJ, JB kerana tiada bilik bernombor 502 disitu. Haha. Rupanya, kawan abah dirawat di Hosp. Pantai Puteri yang dekat dengan Terminat Larkin, JB. Ayoyo! Apa la lu cik pilot..Haha.





Acara bersantap


 Petani curik tulang


 
Pak Supir yang ganteng


 Wahwah..Banyak betul aktiviti bila balik kampung kali ni tapi bagi saya yang dah lama xbalik ni rasa best gilos! Kucing beranak pun I kecoh lompat-lompat. Excited! ;)




Selamat Hari Raya semua.
Maaf Zahir dan Batin.

^^




Suka tak?? www.tips-fb.com

Saturday, August 28, 2010

Tahun ke-3 Sebagai Seorang Pegawai Tadbir Universiti


16 September merupakan antara tarikh bermakna dalam hidup saya. Selain diiktiraf sebagai tarikh Hari 1 Malaysia/ Penubuhan Malaysia, ia juga merupakan tarikh kelahiran encik pakwe tersayang (I'm so jelous your birthday tiba2 jadi public holiday tau sayang ;p). Apart from that, 16 September 2010 bermakna genap 3 tahun saya mencurah bakti berkhidmat dalam sektor awam jauh dari pandangan keluarga dan saudara mara di The Famous Pau In Tanjung Malim, Perak.

Wow, cepat masa berlalu. Saya tidak lagi  seorang budak fresh grad yang kurus dengan kaca mata merah dan handphone merah sedondon pujaan hati sepertimana 3 tahun dulu. Sekarang mata i warna-warni dan badan pula bertambah lemak tepu hasil sumbangan jamuan mesyuarat dan kursus yang dihadiri. Hehe..

Can you spot me? ;)

Saya bersyukur dengan nikmat rezeki yang Allah berikan. Perjalanan hidup selama 25 tahun sering dipermudahkan. Saya pernah merasa gagal, tidak disayangi dan membenci keluarga sendiri kerana konflik yang tak berkesudahan. Tapi itu dulu... Kesakitan lalu menjadikan saya insan yang tegar hari ini. Alhamdulillah.. Disebalik setiap kesedihan lampau, Allah murahkan rezeki saya hari ini. Semoga saya terus mampu berdiri sendiri tanpa mengharap ihsan dan menyusahkan orang sekeliling. Saya mau terus jadi anak yang baik seterusnya menjadi pekerja yang cemerlang. Aminn

Salam Aidilfitri untuk semua dan Selamat Hari Merdeka! 
Bebaskan diri dari dijajah oleh minda yang sempit. Dunia itu luas sifatnya.. Terokai sepuasnya selagi usia masih bersisa.
Cheerss!
(^^,)V

Suka tak?? www.tips-fb.com

Sunday, August 22, 2010

Hari Kegembiraan: Ice Skating @ Sunway Piramid

Hye guys! Sedar tak dah 12 hari kita berpuasa. Sekejap je kan masa berlalu.
Kalau berjalan ke pekan, tokey pun dah meriahkan kedai diorang dengan lagu-lagu raya..Huhu. Patut pasang lagu merdeka la kan? Patriotik la sikit. KIta kan bangsa Malaysia ;)

Anyway, bukan nak citer pasal puasa atau merdeka pun. Just nak share kegembiraan bermain ice skating a week before Ramadhan haritu. Gila berhabuk lama ah baru tulis. Hehe..

3 gadis pingitan dengan seorang mak dara yang paksa hubby jaga baby sebab nak skating. Hihi ;p

Jom join!


Ngeee..Ketaq lutut cheq dek non oiii~

Ihikss..Muka-muka yang sering tergolek atas ais


Skatting lesson schedule
Setakat ni, itu baru kali ke-2 saya melasakkan diri main ice skating ni. Memang best tapi sakit giler time jatuh. I lagi hangin kalo jatuh sebab dijatuhkan oleh orang sebelah..Huu..Jatuh sendiri-sendri takpe lagi. Nama pun amatur. Lebam-lebam dan luka tu biasa la. Baru ganazzz!

Sekarang harga tiket nak masuk dah naik compared to last time i datang masa belajar kat UKM. Kalo nak murah datang masa weekdays. Harga tiket dewasa RM13 je. Orang pun tak ramai. Kalo weekend harga diorang up jadik RM18. Tu tak termasuk harga sarung tangan dan stokin yang wajib pakai. Kalu ada bawak sendiri sarung tangan dengan stokin siap2. Jimat beb jimat..

Kalau nak tengok details pasal ice skating boleh tengok website rasminya kat sini

seposhen-dua : We all lagi enjoy tengok sepasang couple yang main ice skating hari tu. Interesting sebab the pakwe keep on tergolek-golek and the aweks so sweet pimpin-pimpin suh pakwe tatih2..alololo..cumelllll la kamu! ;D
Suka tak?? www.tips-fb.com

Tuesday, August 3, 2010

Minah Posing : Gaya, Mutu, Keunggulan

Fuh, dah bersawang blog nih. Cik blogger buat-buat busy ker? Amboih..Bz bebenor kamu yer? Hape? Laundry buat semingggu sekali inikan pula menulis blog? Teettttttttt!! ;p

Yennadeyyy!! Monolog melalut lebih-lebih nampak.
*fokus..fokus...fokus...*

Malam-malam syahdu begini, dikala tak boleh berdating di alam cyber kerana encik pakwe kena stay back kat spital menjalankan misi mulia nun dikejauhan..Ku pilih menyendiri melayan gambar-gambar lama sambil gelak-gelak sorang. Pathetic bukan? Haha.. Shadappp u!
*guling-guling juling-juling*
(^_^)

 

Mana tak gelak. Huhu..Tak perasan selama ni kalau amik gambar, i posing sesuka hati tanpa mengira perasaan jurugambar-jurugambar dan public yang lalu lalang sekalian. Heh!

Nah sila tengok.Nak bagi markah posing pun boleh. Nak bagi dialog pun boleh. Sila..sila..Jangan memalu. Hihi ;p

Amaran: Gambar gedik sopan santun je dipilih bagi menjaga kesopanan dan kesusilaan. Siapa ada epilepsi terhadap gambar gedik i pg main jauh-jauh.

Naik sheikh tiba-tiba. Dont play play with me arr, huh!

Bajet praktis nak pg ujibakat teater untuk watak hulubalang hensem durhaka.
(Babak sebelum dihalau oleh guard muzium)


Wuu..Ko kentot kan? Kan?

Saya lah waris jari hantu menggantikan Maya Karin..Meoww~

Posing ala ala pinggang terkehel sebab butt implant berat sebelah

Hai Jejaka..Nama saya Melor anak Tok Penghulu..Boleh berkenalan? Hahaha
*muntah*

Weee.. (tiada motif)

Disuduuuttttttt..memorii dukaaaaaaa...abaadiiiiiiii~
Err, i nyanyi lagu Ning la. Bukan nasyid yer ;p

Hee... (apa aku buat ni??) ;p

 
Miahaha. I'm just being me..I love acting in front of the camera walaupun nampak macam mereng & sewel juga.



Seposhen-dua: Saya pernah bercita-cita nak masuk ASWARA. Percaya tak? ;)
Entry ditulis sambil angguk-angguk geleng-geleng layan lagu Mizz Nina Ft Colby O Donis
Suka tak?? www.tips-fb.com

Saturday, July 24, 2010

Everlasting Friendship

A true friend reaches for your hand and touches your heart.


 A true friend accepts us just the way we are yet helps us to be what we should.


Good friends share and cheerish most of your obsession.


 They share good meals and drinks too.



When you've made a fool of yourself, they doesn't feel you've done a permanent job.



Friendship isn't a big thing - it's a million little things.



No road is long enough with good company.



Best friends are always there through thick....

....and thin air.

The language of friendship is not words but meanings.



Once a friend, always a friend…… ;)

Suka tak?? www.tips-fb.com

Monday, July 19, 2010

Saya, kamu dan kasut tumit tinggi ;)

I love high heels! I love wedges! I love fancy flip flop! I love pump shoes!
 I love... (Dah la woi, Dush!)

T_T



Antara kasut dan handbag, saya pilih kasut! Antara kumpul duit kawen dan beli kasut, saya pilih beli kasut! Antara kasut dan makan, saya pilih..err..MAKAN! (Hahahah...)



Tidak tahu lah kenapa, membeli kasut sungguh membahagiakan. Saya boleh gila melihat kasut cantik warna warni. Jenama tidak penting. Paling utama mesti selesa dan cantik di kaki. Lagi seronok kalau ada diskaun berpuluh-puluh peratus. Owh, gembiranya bagai di kayangan.. (^^,)"



Memilih kasut sama seperti memilih pasangan hidup. Kamu mahukan yang selesa untuk bersama sepanjang hari, yang cantik dan sedap dipandang oleh kamu dan orang lain yang memandang, yang sejiwa dan ada kimia (ada chemistry la..hihi). Jika kasut menepati kriteria, membuat kamu sentiasa yakin dan tidak pernah menyakitkan walau sekali, kamu akan setia dengannya kemana-mana..Betul tak? Betul tak? 

Walauapapun pilihan kamu, pastikan kamu gembira dan bahagia bersamanya ye kerana saya pun tengah bergembira dan bahagiaaaa sekarang ini..Weeee~



Suka tak?? www.tips-fb.com

Saturday, July 17, 2010

Sabar itu sebahagian daripada iman..

Sudah lama tak menulis. Agak sibuk sebab perlu bekerja siang malam. Siang kerja jadi kuli di pejabat. Malam jadi boss dan kuli untuk bisnes di rumah. Otak, badan dan emosi saya sangat penat. Mata juga macam panda. Harap-harap tak perlu suntik botox cepat sangat (Hah, muntah bluwekk! Hehe). 

Bestnya kalau dapat pergi spa dan buat facial merehatkan badan. Memanjakan diri dengan padicure dan manicure pun best ni. Tapi bila teringat adik saya yang jawa tapi tak suka tempe yang akan cakap 'toksah membaziaqqqq!' dengan loghat bajet terer cakap utara tuh, saya kiv dulu la kehendak ngengada tuh. Saya perlu jadi contoh kakak yang bijak dan tidak boros. (Nada berlagak) Hihih.

Di pejabat petang tadi saya rasa agak emosi kerana kena marah. Apabila tension/tertekan, saya suka membebel sendiri dan berniat membuat sesuatu yang jahat. Petang tadi saya berniat mahu mencalarkan kereta seseorang (memang sah syaitan tengah hasut-hasut ni..hee). Kalau terlampau marah, biasanya menangis sahajalah sampai rasa lega. Kalau masih belum lega, saya akan sambung nangis lagi secara marathon. Tapi petang tadi memang tidak mahu nangis. Saya nekad menjadi jahat. Siap sempat buat pepatah ' kereta tergores boleh dilihat, hati terguris siapa yang tahu..' Huauauaua <---devil laugh! ;p

Tapi, ada lagi pepatah berhantu mengatakan 'buat baik berpada-pada,  buat jahat jangan sekali'. Saya hanya sempat berniat jahat dan terus on the spot dibalas cash oleh Tuhan yang satu. Masa nak berjalan ke kereta dalam hujan lebat, entah macam mana tersilap langkah tiba-tiba dua-dua kaki masuk longkang yang penuh dengan air deras dan saya tergolek terduduk comel. Saya ntah ke mana, payung entah ke mana. Habis basah lencun kain gua beb..Hahaha.

Lepas terjatuh, sebagaimana cepat saya bangun untuk membetulkan kedudukan, secepat itu juga  perasaan sedih dan tension saya hilang. Saya mengambil masa untuk bertenang daripada tergelak sorang-sorang sebelum betul-betul stabil untuk memandu. Sekarang ni pun terasa nak gelak lagi sampai keluar air mata.
Hahaha...
Nasib ler takde org nampak. Maluuuuuuuu!


Moral of the story, belajar untuk lebih sabar dan rasional ye eddjiela. Ada hati buat jahat konon, citpodah! Hahaha.. Jom gelak!
Weee~

(^^,)

Suka tak?? www.tips-fb.com

Wednesday, July 7, 2010

My Weekend

It was cloudy and very breezy morning. I love the weather and woke up with an urge to take a morning walk at the park alone. I did bring my pink camera too (Heh!). Since there's no sun, I decided to snap some pictures of anything that is yellow in colour (or related with yellow, of course) to replace the absence of the sun.

Let me show you the catch ;)

Flowers that seem to sing and dance

An enviromental friendly and handsome Mr. pili bomba ;)

My neighbour is a taxi driver. Awesome!

Rubber hose is having his very own rest time

Sweet  yellow sugarcane..Love 'em!

'Hey, give us a break! We need privacy here!'

Isn't it fun to discover new things that you didn't bother to notice before at your own neighbourhood ??

*sheepish grin*


Suka tak?? www.tips-fb.com

Thursday, June 10, 2010

Rumahku Syurgaku

Sudah lama tidak menulis. Hari ini pun tidak mahu menulis. Mau tepek gambar sahaja.

***

'Dasar pemalas! Pergi masak nasik tomato sekarang!' kata ibu tiri Cintalela.

Eh..eh? Tertukar channel drama daaa..hihih

Sebenarnya mau tempek gambar ini. Tadaaa!


Owh, apa ini? Macam rumah dalam cerita kartun Anak-Anak Sidek je. Tu yang kecik kat belakang tu jamban ke? Fuiyoo!

Eh, bukanlah! Itu bilik kurungan burung untaa..haha ;p

Ish..ish..ish..

Tempek ini pula. Sempena cuci-cuci mata 1 Malaysia!

 
Plan baru approve. Harga kos plan dan upah arkitek memang berjaya membuat oppa gundah gulana.

*mari kira pakai sempoa*

'Kamu semua kerja rajin-rajin. Boleh buat rumah idaman sendiri,' kata oppa kepada anak-anaknya.

Everyone say...BAIKKKKK!!!
Thee..hee..hee..

Sekian
Suka tak?? www.tips-fb.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails