Siapa mahu kerja kat Ganu?? Dapat gaji boleh makan keropok lekor sokmo. Takpun lepak bersnokelling dekat pantai nan indah sambil
shake hand dengan penyu. Hihi ;p
Nah baca ni. Sumber dari emel rasmi yang saya dapat hari ini..
Majlis Perbandaran Dungun mengiklan
20 kekosongan jawatan, iaitu :
1. Jurutera Gred J44 (1kekosongan)
2. Jurutera Gred J41 (1kekosongan)
3. Arkitek Gred J41 (1 kekosongan)
4. Arkitek Landskap Gred J41 (1kekosongan)
5. Pegawai Undang-Undang Gred L41 (1 kekosongan)
6. Juruaudit Gred W41 (1 kekosongan)
7. Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 (3 kekosongan)
8. Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred N27 (1 kekosongan)
9. Pembantu Arkitek Landskap Gred J29 (1 kekosongan)
10. Penolong Juruukur Bahan Gred J29 (1 kekosongan)
11. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29 (1 kekosongan)
12. Penolong Pegawai Senibina Gred J29 (1 kekosongan)
13. Penolong Pegawai Penerangan Gred S27 (1 kekosongan)
14. Penolong Akauntan Gred W27 (1 kekosongan)
15. Penolong Pegawai Belia Dan Sukan Gred S27 (1 kekosongan)
16. Juruteknik Ukur Bahan Gred J17 (1 kekosongan)
17. Juruteknik Perancang Bandar Dan Desa Gred J17 (2 kekosongan)
18. Juruteknik (Awam) Gred J17 (4 kekosongan)
19. Tukang K1 (Mekanikal)Gred R17 (2 kekosongan)
20. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17 (4 kekosongan)
Setiap permohonan hendaklah menggunakan Borang MPD. TR. 1 dengan harga RM1.00 yang bolah didapati di Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Perbandaran Dungun ATAU dengan menghantar sampul surat berukuran 22cm x 35cm yang bersetem dan beralamat sendiri ATAU dengan memuat turun daripada laman web
http://mpd.terengganu.gov.my. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah ditulis nama jawatan di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan hendaklah dikemukakan kepada :
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN
JALAN YAHAYA AHMAD
23000 DUNGUN, TERENGGANU
Cepat!cepat! Tarikh tutup permohonan adalah pada
11 Julai 2010.
Dah dapat kerja jangan tiru meow ni pulak ;p
Selamat berjaya!Cheers~ Suka tak??