Thursday, September 30, 2010

Dia yang putih dan berbulu

Sudah lama tidak kelihatan

Dia yang putih dan berbulu..

Yang sering memandang..

Dan membuat kami KAGET.. ;p

Lalu kami menjerit gila dan menyorok lajuuu..

Dialah siputih yang berbulu..

Yang menumpang tidur selalu..
 
Putih berbulu! Kamu haram disentuh!

Huhuuhu...

Anjing malang itu.. Masih putih dan berbulu..

dan kami namakan ia..
 
FRESHandWHITE

;'(

***********

Walaupun kamu anjing jalanan, kamu makhluk tuhan juga. Pergi lah ke tempat lain ye.. Kami tidak boleh membela kamu.. Jangan memandang saya dengan pandangan mata sebegitu. Sedih!!

Huhuhuhu

*Fikir* Dey..haiwan ini yang besar atau saya yang kecil? Huu..

Seposhen-dua : Mungkin saya patut jadi doktor veterinar dulu. Dalam hati ada zoo. Heh! (--,)"

Suka tak?? www.tips-fb.com

Saturday, September 25, 2010

Bila Cinta Mulai Pudar Dalam Sebuah Perkahwinan

I found an interesting story and feel incredibly excited to share it with you guys..

It's a romantic-kind-of-story ala-ala hindustan sikit. Walaupun heboh di sana sini tentang lelaki melayu tidak romantik, saya masih optimis bhw masih ramai populasi lelaki dalam hati ada taman di luar sana yang memang sedia romantik dengan cara tersendiri.

Eceh!

T_T

****
Suami saya adalah serorang jurutera..
saya mencintai sifatnya yang semulajadi..
saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.
3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan..
saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih...
lelah..
alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan..
Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus..
Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil..
yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya..
Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi..
Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan..
Rasa sensitifnya kurang..
Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam
perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.
.
Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya..
bahawa saya inginkan penceraian.

"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut.
"Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan."
Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya..
nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu..
padahal tidak.
. Kekecewaan saya semakin bertambah..
seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya..
apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya?
Dan akhirnya dia bertanya.
.
"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?"
Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti,
Siti akan mengubah fikiran Siti..

Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung..
dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu..
Abang akan mati..
Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?"
Dia termenung dan akhirnya berkata..
"Abang akan memberikan jawapannya esok."
Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.
.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah..
dan saya menenui selembar kertas..
dengan coretan tangannya..
dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan...


'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu..
tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya."

Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya.

Namun, saya masih terus ingin membacanya.
"Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya..
dan akhirnya menangis di depan monitor..
Abang harus memberikan jari-jari Abang..
supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."


"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar..
dan Abang harus memberikan kaki Abang..
supaya boleh menendang pintu..
dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."


"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs..
tetapi selalu tersasar..
dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi..
Abang harus mencari Siti..
dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain..
mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."


"Siti selalu sengal-sengal badan..
sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan..
dan Abang harus memberikan tangan Abang..
untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu."


"Siti lebih suka duduk di rumah..
dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'..
Dan Abang harus membelikan sesuatu..
yang dapat menghiburkan Siti dirumah..
atau meminjamkan lidah Abang..
untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."


"Siti selalu menatap komputer..
membaca buku..
dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti..
Abang harus menjaga mata Abang..
agar ketika kita tua nanti..
abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."


"Tangan Abang akan memegang tangan Siti..
membimbing menelusuri pantai..
menikmati matahari pagi dan pasir yang indah..
Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah..
seperti cantiknya wajahmu."


"Tetapi sayangku..
Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati..
Kerana..
Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir..
menangisi kematian Abang."


"Sayangku..
Abang tahu..
ada ramai orang yang boleh mencintaimu..
lebih daripada Abang mencintai Siti."


"Untuk itu sayang..
jika semua yang telah diberikan..
oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti..
Abang tidak akan menahan diri Siti..
dari mencari tangan, kaki dan mata lain..
yang dapat membahagiakan Siti."
Airmata saya jatuh ke atas tulisannya..
dan membuatkan tintanya menjadi kabur..
tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.
"Dan sekarang..
Siti telah
selesai membaca jawapan Abang..
Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini..
dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini..
tolong bukakan pintu rumah kita..
Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menungg
u jawapan Siti."


"Puaskah Siti sayangku..?"

"Jika Siti tidak puas hati, sayangku...
biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang..
dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu..
Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia."
Saya terpegun.
Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat.
Lalu saya segera berlari membukakan pintu..
dan melihatnya berdiri di depan pintu..
dengan wajah gusar..
sambil tangannya memegang susu dan roti..
kesukaan saya.
. T___T

Oh!
Kini saya tahu..
tidak ada orang yang pernah mencintai saya..
lebih dari dia mencintai saya..
Itulah cinta..
di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita..
kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta..
dalam
'kewujudan' yang kita inginkan..
maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan'..
yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.

****
Ahem..Hah, hati terbuai-buai la tuh!...Heehhe. Dah dah jangan touching2 ;p

Daa~
Suka tak?? www.tips-fb.com

Tuesday, September 21, 2010

Riang Ria Raya

Salam to all!

Sekian lama bercuti untuk raya dan blogging, rasa cam liat banget nak memulakan kerja minggu ini. Adatlah kan..Bila terlebih makan ketupat rendang dan kuih tunjuk-tunjuk di kampung, faktor M pun berleluasa dalam diri ;) 
   

Segar dari ladang



Bersyukur sangat dapat pulang beraya lama giler di kampung melepas rindu pada keluarga dan haiwan ternakkan iaitu kucing-kucing pelahap. 2 minggu jugaklah merasa jadi bibik suri rumah terhormat, buruh kasar dan  petani berjaya serta kembali menjadi anak manja tidur sebantal dengan emak disebabkan kerja-kerja ubahsuai bilik dan dapur rumah di kampung yang belum selesai. Maka ramai-ramai tidur di ruang tamu macam zaman dolu-dolu. Hihi ;p





Tak macam blogger lain yang rajin menulis aktiviti raya masing-masing. Disebabkan faktor M, so I buat sumbat semua dalam 1 post jela ye.




Rentetan riang ria raya versi eddziela:
  1. Konon nak balik raya saing adik, so tak lah kena drive sengsorang. Tapi adik suka suki buat cuti sendiri dari Hari Merdeka tak balik-balik kampus and I kena drive ditemani Rocky si lembu goyang yang setia. Cis! Envy you adik!
  2. Tidak shopping raya sakan macam tahun sebelum ni kerana cuba menghayati erti sebenar Ramadhan. It's weird sebab rasa bahagia dan tenang dengan hanya borong kuih-kuih dan baju raya for my parents and hear them saying 'tima kasey angah' can simply make me cry. I'm such an emo girl *batlling eyelashes*
  3. Rumah di kampung sangat bersepah sehingga pagi raya memandangkan petang sebelum raya tu pun ada pekerja indon datang buat kerja renovation serta pasang pintu and tingkap. Bila duduk diam-diam terfikir kawasan rumahku macam dalam scene Bersamamu TV3 pun ada juga. Hihi ;D
  4. Bergotong-royong dengan adik mencabut pokok ulam raja kat laman. Kalau jual pokok ni boleh kaya nih, banyak gila. Sambil tu buat aksi spastik naik kereta sorong dan paksa adik tolak. Haha. Kakak mu memang mereng. Bersabarlah ye..
  5. Lambat mandi sunat hari raya sebab kena buat magik ngemas rumah dalam masa dua jam. Haha! Untung jadi lelaki boleh execuse pergi masjid pastu balik tadah pinggan nyanyi 'mintak mak kuih sepotong, mahu makan kerna perut kosong' ;p 
  6. En. pakwe tepon wish hari raya daripada Bandung and sempat sembang with his soon-to-be mami mentua (ntah bila tahun la kan?). Hihi..Then he asked, pakai baju raya warna apa tuh? Dengan selamba I jawab, ' still pakai baju tidur lah. Mbekk mbek tak mandi lagi ;p 
  7. Raya pertama, terima kunjungan batalion family emak. Owh kenapalah emak takde ramai anak perempuan. Bersilat me and adik kat dapur selongkar kotak cari  cawan and pinggan. Bancuh air tu ntah bape kali tak terkira. Makcik pakcik tinggal hulur balang kuih kosong mintak refill. Wahwah, indahnye jadi tetamu ;p. Pastu pegi ikut konvoi raya umah sedara. Abah oh abah, pastikan dapur siap untuk raya haji nanti ye..Pleaseeeeee~
  8. Raya kedua, kawan-kawan mak abah zaman diorg kerja sepejabat dolu datang tak ingat nak balik umah. Banyak yang disembangkan sampai me and adik dah tertidur and dikejutkan untuk salam-salam. Ngee~
  9. Raya ketiga, tentera bersekutu daripada family belah abah pula menyerang. Hehe  Dah bujang-bujang and hensem2 pulak my adik-adik cousin nih and mulut masing - masing pun boleh tahan tanya bila kakak ziela nak kawen. Haihh, diam adik - adik. Ko jangan sebok!                                                                                     
  10. Mak dan abah diasak soalan..Bila nak dapat menantu? Hahhaha..Not just us, our parents pun stress dengan soalan-soalan camni ;D
  11. Abanglong dapat projek mengecat stor di hari raya..Hihi. Cayokk!
  12. The day my bro balik ke Putrajaya, kami berempat pergi kedai pilih cat untuk bilik dan dapur. Bila tengok my parents cam nak gado je I cepat-cepat ubah topik. Hihi..Releks-releks, jangan gaduh pilih cat :D
  13. Lepas adik balik kampus, kami singgah pergi beli tiles and mosaics untuk stor. Me and mak sepakat pilih yang paling cun. Bila tgk balik memang sedondon dengan warna keretaku. Patutla sengih je indon yang kat gudang tu.
  14. Pergi melawat kawan abah yang terkena serangan jantung dan tersalah pergi hospital serta menimbulkan kecoh kat kaunter Hosp. KPJ, JB kerana tiada bilik bernombor 502 disitu. Haha. Rupanya, kawan abah dirawat di Hosp. Pantai Puteri yang dekat dengan Terminat Larkin, JB. Ayoyo! Apa la lu cik pilot..Haha.





Acara bersantap


 Petani curik tulang


 
Pak Supir yang ganteng


 Wahwah..Banyak betul aktiviti bila balik kampung kali ni tapi bagi saya yang dah lama xbalik ni rasa best gilos! Kucing beranak pun I kecoh lompat-lompat. Excited! ;)




Selamat Hari Raya semua.
Maaf Zahir dan Batin.

^^




Suka tak?? www.tips-fb.com

Thursday, September 2, 2010

Resepi Puding Roti Planta

Hai semua jelitawan dan cik abe (haha..nak tulis kacakwan cam xsesuwai taw) ;)

Sempena bulan puasa ni nafsu bermain masak-masak bagitu membuak-buak. Lain macam pulak ayat ni..Tak pose ea?? *Diam!* ;p

Memandangkan mak tercinta pernah berkata di suatu ketika dolu, 'selagi tak pandai masak, rombongan meminang adalah dilarang berkunjung' (pilu sang anak mendengar ayat ini). Maka dengan semangat berkobar-kobar saya pun rajin-rajin la kembali membelek resepi cik google dan mengendeng resepi daripada para ibu-ibu kat pejabat. Owh, btw mak I memang suka ayat dramatis. Like mother like daughter. Hehe..

Maka, disuatu petang yang hening dan aman maka chef eddjiela pun mula la mengasah skill membuat menu yang diubahsuai sendiri dengan bahan-bahan yang mudah dicari dan difahami oleh orang bujang yang dah lama xpergi market dan masuk dapur..Ngee


Tadaaaa..Mempersembahkan!

Puding Roti Planta ;)

Bahan:


Roti sandwich
1 liter susu segar UHT
3 biji telur
200g gula <--resepi asal gula kastor. What is gula kastor?? Pendekar Mastor taula..Haha;p
1 sudu teh esen vanilla
kismis hitam
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
150 g marjerin planta <--resepi asal pakai mentega. Mooo..

Cara:

1. Susun roti secara berlapis dalam acuan yang telah disapu mentega/marjerin. Tabur kismis pada setiap lapisan.
2. Pukul telur,gula, mentega sampai sebati.
3. Masukkan bahan (No.2) ke dalam periuk yang telah diisi dengan susu segar yang dipanaskan pada api sederhana kemudian masukkan serbuk kayu manis (I hentam je part didihkan susu ikut logik coz nak cairkan marjerin berketul-berketul. To be honest, kena panaskan dalam periuk sebab I terlupa masukkan telur. I putar gula,marjerin dan masuk susu. Tak ke berketul2 terapung2 berenang2 marjerin dan kuning telur tuh dalam susu! Haha..So messy! Eddjiela ngoii~
4. Tuang bancuhan yang telah sebati (tak perlu tunggu mendidih) ke dalam acuan yang telah disusun roti. Tekan adunan dengan sekata supaya roti menyerap bancuhan tadi.
5. Bakar dalam ketuhar pada suhu 150 C selama 40 minit. I suka ada kuah dan lembik2 sikit, so nampak atas puding dah turn to brown je dah enough tak tunggu 40 minit pung =)

Sebelum


Selepas


Selamat mencuba. Ada berani?? Hehe

seposhen-dua : Seronok main masak2 tiru resepi. Teringat zaman kena buat eksperimen sambil follow lab manual dolu ;)
Suka tak?? www.tips-fb.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails