Tett..tett..tett.. (konon bunyi kalkulator kira duit sekupang dua sebagai intro penulisan..hehe)
Hari ini sempat tak sempat berjaya juga menyempatkan diri ke pejabat KWSP di Kajang untuk menyetelkan urusan yang tertangguh (cekgu BM marah buat ayat guna perkataan berulang camni.. Adik-adik sila jangan tiru!).
Selain susah nak dapat parking dan macam-macam hal remeh temeh kehidupan, rasanya elok saya kongsikan serba sedikit ilmu bermanfaat hasil sembang-sembang dengan kakak kaunter yang nampak garang tapi ramah dan berbudi bahasa. Ehem, kena kasi bodek lebih sikit.. Hehe. Mulut I memang tak berapa reti diam especially bila dok depan kaunter sementara kakak kaunter membuat apa yang patut dengan borang yang dihantar. Walaupun kaunter tu takde tulis pun 'kaunter pertanyaan', tapi tetap suka gatai2 je nak bertanya memandangkan hasil carian kat pakcik Google sebelum ni kureng memberangsangkan lah.. Bak kata pepatah (mula dah..!) 'Malu bertanya sesat jalan..Malu mengoogle sesat ilmu' (apekah?)
(--,)''
Bagi yang tak berapa paham, sesiapa yang masuk ke perkhidmatan kerajaan/badan berkanun bagi tempoh 3 tahun pertama akan diwajibkan mencarum dalam KWSP. Selepas 3 tahun tu kita akan diberi opsyen/pilihan sama ada nak teruskan dengan KWSP atau nak masuk ke skim pencen. Bagi sesiapa yang memilih untuk menukar ke skim pencen, korang diberi kemudahan untuk mengeluarkan sebahagian duit dalam akaun korang tuh. Iye..iye.. Pokcik kayo! Hahha.
Dalam rujukan online, ada yang kata kita boleh keluarkan amaun dalam salah satu akaun sahaja (KWSP ni ada akaun 1 dan akaun 2). Tapi hasil daripada sembang-sembang kaunter, kita akan dapat dalam 45% daripada jumlah keseluruhan duit dalam akaun. Baki 55% lagi akan dipulangkan kepada kerajaan langit.. Hekhek. Ada paham?
Bagi yang musykil pasal pembahagian duit dalam akaun 1 dan akaun 2 tuh pasaipa dalam akaun 1 lagi banyak dari akaun 2, orang KWSP kata pembahagiannye cmnih:
Akaun 1: 70% daripada jumlah keseluruhan terkumpul
Akaun 2 : 30 % daripada jumlah keseluruhan terkumpul
Bagi yang musykil lagi kenapa ada akaun 1 dan akaun 2, ada 1 akaun kan lagi senang ye tak? Ok, pegi la tanya sendri dengan orang KWSP or pokcik google ah. Hehe. Tu pun tak tau. Eden malas nak naip ah.
ah ah ah~
Ada sesiapa nak beli muffin? Eh eh? Gambar sekali lagi tiada kaitan dengan penulisan ;p |
seposhen-dua: Siapa yang sebar fitnah kat office kata saya amik half day pegi buat blood test untuk kawen hah? hah? Susah betul jadi orang poyo glamer nih.. Berdas das soklan kena jawab bila masuk opis.. Hahaha. No komen~ ;p