Wednesday, February 9, 2011

Ini bed time story pasal asal usul nama tempe

Hai bebeh ;)

Dah malam tapi tak boleh tido. Otak masih fikir tentang kaunter pameran kesihatan yang periksa jari manis tangan kiri aku petang tadi. Gile superb leh check urat darah pakai mikroskop elektron dan detect masalah kesihatan. Dulu aku pake mikroskop elektron tu untuk check klorofil, floem, mitokondria dan sel-sel dalam pokok jeh. Nyeh3. Hidup plant biotech!;p

Bila aku tanya, pasaipa check kt jari manis je? Kakak tu jawab, urat kat jari manis terus sampai ke jantung. Perghh.. Sebab tu pakai cincin cinta di jari manis yer. Nescaya cinta terus menuju ke jantung! Blerghhhh~ ;p

Berbalik kepada bed time story, dulu kecit-kecit mak selalu temankan sebelum tidur dengan baca buku-buku cerita kisah nabi, citer dongeng omputeh, cerita pasal memori mak zaman kanak-kanak, pasal abah ngorat mak (Haha! Lawak okeh) dan tak lupa kena recite doa2 hafazan ikut poster yang mak tampal kat bilik tidur aku & adik. Kecuali masa aku darjah 6, setiap malam sebelum tido mak suh baca sifir macam burung kakak tua. Nanti aku jadi emak pun aku nak buat camtuh ah. Anakku sila baca sifir 18! Hehe.. 

Cuti raya cina aritu, mak macam biasa melepas kan rindu bercerita macam-macam. Antaranya pasal tempe. Dialog mak dan aku lebey kurang cegini.

Mak: Kakak tau tak mana datang asal usul nama tempe?

Aku: Dari perkataan jawa lah kot

Mak: Tak lah. Perkataan omputeh tau. Asalnya ni makanan orang susah. Orang jawa dulu jual kat kebun-kebun dan estet bila time pekerja dapat gaji. Diorang panggil hari gaji tu 'time pay'.

Aku : wooo..woo..( melopong kusyuk )

Mak: Waktu tu tempe ni takde nama lagi. So orang-orang dulu bila ingat hari gaji je ingat la nak beli benda tu jadi diorang otomatik sebut 'time pay'.. Sebut banyak-banyak kali 'time pay' jadik la tempe.

Aku: Hahaha..Mana acii.. Mak tipuuuuuuuuuuuu. Tak kan la camtuh.

Mak: Eh betul lah. ada orang cerita..

Aku: Siapa cerita mak? Atok ke?

Mak : Alaa.. artis Abon tuh. Dia cerita kat tv. Hehhehe..

 Heheheh.. Senyum sampai hari ni. Mak memang comel. Sayang mak! :)


Cuti-cuti tioman jom ;D
seposhen-dua : Lihat dunia dari mata burung, atau dari dalam tempurung. Yang mana satu engkau pilih?



Suka tak?? www.tips-fb.com

Tuesday, February 1, 2011

cerita semalam

'Pucatnya.. Kenapa ni?' Tanya kakak kaunter klinik

'Sakit kepala' jawab saya malas-malas sambil cuba untuk senyum

***
'Bla..bla..bla.. stress headache..bla..bla..mari buat ujian mata...bla..bla. caused by gravity..bla..bla.. awak kena minum banyak air.. bla..bla..bla.. jangan stress..' kata doktor yang sekejap-sekejap terpejam-pejam mata cuba mengingat fakta.


'Tapi..tapi..saya rasa sebab kena hujan je kot or sbb pms' jawab saya laju-laju sebab doktor taknak benti bebel.


'Oh..U jgn stress kalo period. U kena happy. Jangan tertekan..Nanti wujud rangsangan sakit kepala..' 


*cengkerik berbunyi*
Huhuhu.. Buat-buat paham



***
'Stress ke?' tanya kakak kaunter lagi sambil menghulur ubat.


'Err.. biasalah banyak fikir' jawapan malas lagi


***
Dah jumpa doktor kat klinik haruslah mengadu pada doktor peribadi kan.. ;)

'Bi..doktor bagi pil stress.. peliknya. orang kena hujan je. Huhu.' mengadu comel-comel la kunun.

'Eh? Hahaha... Tu tanda sayang ada sakit jiwa.  Ayooo!' kata encik pakwe

'Mana adaaaaaaaaa..' majuk ;p

Ish..ish..ish.. Doktor peribadi kijam. Jadi takut nak makan ubat ;p


Suka tak?? www.tips-fb.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails