Friday, January 13, 2012

Retak beribu-ribu


Hai !

 Selepas berurusan di pejabat Bahagian Akademik di Bangunan Canselori pada petang 10 Januari 2012, saya kembali ke kereta dan dihadiahkan dengan kejutan..

..


..


..

Tadaaaa!





(T_T)

Retak seribu.. hatikuu.. *ubahsuai lagu Shila Hamzah*

Alhamdulillah.. Saya yakin, saya diuji untuk lebih kuat dan lebih beringat di masa akan datang.

Dalam pada panik dan kalut petang tu, Allah masih permudahkan urusan dan tunjukkan jalan..

Bila difikir-fikir, banyak hikmah tersembunyi disebaliknya. Antaranya :
  1. Mujur saya parking secara reverse, kalau tak, bersedia jelah dengan cermin depan kereta yang pecah.
  2. Takde barang hilang. Dengar bunyi mesin rumput sayup-sayup ntah kat mane. Tidak syak lagi, beliau yang buat cermin kereta saya begini
  3. Abah, mak dan encik pakwe menelefon berkali-kali untuk make sure saya ok. They manage to instruct me on what to do next step by step sebab saya memang taktau nak buat apa waktu tu sebab takde orang lalu pun.
  4. Try to call beberapa kawan tapi semua xangkat, last-last one of my BFF pick up calls and manage to come. Siap  I pesan bawak la any brush, surat khabar etc untuk ketuk cermin. Dia juga tolong google no. syarikat insuran kereta saya waktu tu  (Moral of the story, simpan no. hotline penting2 kat handphone korang)
  5. Cubaan mengetuk cermin secara berduet menggunakan payung gagal. Hahaha.. So baru terbukti hebat gak cermin double layered produa ni.
  6. Kereta dapat masuk bengkel petang tu juga walaupun lewat. Produa tu tutup lambat sebab semata-mata tunggu kereta saya. Macehhhhh Encik Produa!
  7. My BFF perlu outstation ke Serawak esoknya.. Beliau dengan baik hatinya memfolo kereta saya menuju ke bengkel dan turut meminjamkan vios beliau kepada saya. Terharu.. :'') In return, saya kena ambik beliau kat airport bila balik outstation nanti. Oyeah! Mintak ole-ole ;D

Hurmm.. Cukuplah tu. Next time boleh saya tulis apa nak buat kalo benda yang unexpected cmni jadi khasnya kepada pemandu perempuan yang lone ranger.

sepohen-dua : Kereta dah langgar batu, langgar border toll, 3 tayar dah pancit, 2 tayar dah ganti..terbaru, cermin belakang kena tukar. Hohoho.. Manja la sangat kamu ni myvi oiiii ;)

Daaa~

Suka tak?? www.tips-fb.com

Monday, January 9, 2012

Selamat Tahun Baru 2012

Assalamualaikum,

Pejam celik pejam celik dah bertukar tahun. Cepat betul masa berlalu. Banyak perkara yang belum dapat disempurnakan tahun lepas. Nampaknya kena carry forward ke tahun ni lah (alasan retorik setiap tahun untuk mengurangkan rasa bersalah.. hee)

Rasa nak buat entry khas untuk recap most-memorable-moment sepanjang 2011. Nanti-nantilah I buat. Hee.. Mengelat sokmo ^^,

Hai hai 2012.. Please be nice to me.. Minggu pertama 2012 pun dah cukup menduga emosi, fizikal dan semangat. Tapi apalah sangat dengan dugaan dunia ni, kan? Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Semoga hari mendatang lebih baik daripada hari-hari sebelum ini.

Btw,
Tahun ini adalah tahun di mana banyak sangat projek yang perlu disetel. Tak kira lah projek peribadi mahupun projek di pejabat. Superwoman kena lah multitasking. Nak harap keluarga tolong, dok jauh bebenor. Kena la survive, berdikari dan be strong, ye tak? Mood saya kejap ok kejap stress kejap emo kejap gila.. Berat pun kejap naik kejap turun macam yoyo. Tapi  I tetap maintain comel, of course! Hihii.. Haipp..

Lastly, semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua dan semoga setiap pekerjaan yang dilakukan diterima sebagai ibadat untuk bekal kita di akhirat nanti.

Happy New Year!!
*Lompat bintang*

^^,

seposhen-dua : Minggu lepas big bos panggil bagitau I mungkin dapat Dekan baru. Ok, great.. almost 4 bulan di pejabat baru, bos plak kena transfer  jadi Pengarah kat department lain.  I masih kena belajar banyak benda. Bye2 Prof.. Mesti Prof rindu kat bebelan saya pasal kewangan. Nak wat cemana kan Prof. Staf mu ini suka check account tengok duit banyak. Ngee..

Suka tak?? www.tips-fb.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails