Saturday, July 17, 2010

Sabar itu sebahagian daripada iman..

Sudah lama tak menulis. Agak sibuk sebab perlu bekerja siang malam. Siang kerja jadi kuli di pejabat. Malam jadi boss dan kuli untuk bisnes di rumah. Otak, badan dan emosi saya sangat penat. Mata juga macam panda. Harap-harap tak perlu suntik botox cepat sangat (Hah, muntah bluwekk! Hehe). 

Bestnya kalau dapat pergi spa dan buat facial merehatkan badan. Memanjakan diri dengan padicure dan manicure pun best ni. Tapi bila teringat adik saya yang jawa tapi tak suka tempe yang akan cakap 'toksah membaziaqqqq!' dengan loghat bajet terer cakap utara tuh, saya kiv dulu la kehendak ngengada tuh. Saya perlu jadi contoh kakak yang bijak dan tidak boros. (Nada berlagak) Hihih.

Di pejabat petang tadi saya rasa agak emosi kerana kena marah. Apabila tension/tertekan, saya suka membebel sendiri dan berniat membuat sesuatu yang jahat. Petang tadi saya berniat mahu mencalarkan kereta seseorang (memang sah syaitan tengah hasut-hasut ni..hee). Kalau terlampau marah, biasanya menangis sahajalah sampai rasa lega. Kalau masih belum lega, saya akan sambung nangis lagi secara marathon. Tapi petang tadi memang tidak mahu nangis. Saya nekad menjadi jahat. Siap sempat buat pepatah ' kereta tergores boleh dilihat, hati terguris siapa yang tahu..' Huauauaua <---devil laugh! ;p

Tapi, ada lagi pepatah berhantu mengatakan 'buat baik berpada-pada,  buat jahat jangan sekali'. Saya hanya sempat berniat jahat dan terus on the spot dibalas cash oleh Tuhan yang satu. Masa nak berjalan ke kereta dalam hujan lebat, entah macam mana tersilap langkah tiba-tiba dua-dua kaki masuk longkang yang penuh dengan air deras dan saya tergolek terduduk comel. Saya ntah ke mana, payung entah ke mana. Habis basah lencun kain gua beb..Hahaha.

Lepas terjatuh, sebagaimana cepat saya bangun untuk membetulkan kedudukan, secepat itu juga  perasaan sedih dan tension saya hilang. Saya mengambil masa untuk bertenang daripada tergelak sorang-sorang sebelum betul-betul stabil untuk memandu. Sekarang ni pun terasa nak gelak lagi sampai keluar air mata.
Hahaha...
Nasib ler takde org nampak. Maluuuuuuuu!


Moral of the story, belajar untuk lebih sabar dan rasional ye eddjiela. Ada hati buat jahat konon, citpodah! Hahaha.. Jom gelak!
Weee~

(^^,)

Suka tak?? www.tips-fb.com

4 comments:

  1. hai ziela. saje nak komen nk bgtau im visiting ur belog. tgh boring, so layan la blogmu ini. hee. nsib baik org tak nmpk kan?xpela, da lame tak jatuh kot, dulu kecik2 je slalu jatuh =)

    ReplyDelete
  2. Hai musyekk!rindu kamuuu~ Balik raya kt msia ke nanti? thanx ye singgah. btul tu besh jugak jatuh dalam longkang skali sekala ;)

    ReplyDelete
  3. ahhahah.pe kes jth longkang ni daten??nk gelak jugak.kekekek~

    pstttt.kete sape yg nk dicalarkn tuh???

    ReplyDelete
  4. hihihi..well, Pn. Sri..i hanya merancang utk tidak jatuh longkang. tapi qada' dan qadar menulis i akan tetap jatuh..hehe..urgh, my bon2 lebam sbb jatuh..sobsobs..

    kereta spe?theee heee heee..biarlah rahsiaaaa ;p

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails