Thursday, November 4, 2010

Resepi Strawberry & Lemon Cheesecake (Tidak dibakar)

Wahai tuan puan cik mek molek sekalian.

Hari ini saya mau kongsi resepi mudah, best lagi menggebukan..Hehe ;p

Tadaaa! Mempersembahkan...



Straberry & Lemon Cheesecake

Resepi

Bahan untuk topping
  • 1 mangkuk strawberry
  • 1/2 cwan air
  • 1 cawan gula

Cara
  • Masukkan strawberry dalam periuk dan masukkan air
  • Bila mendidih baru masukkan gula
  • Kacau hingga pekat
  • sejukkan sebelum sapu atas kek
Atau...Sila guna cara ekspress cam I buat..

  • Beli jem strawberry..jem yg ada buah kasar-kasar lagi yummy
  • Masukkan setengah botol jem dalam periuk dan lebih kurang 5 sudu besar air masak
  • Cairkan jem atas api sederhana
  • Sejukkan sekejap dan sapu atas kek (jangan sampai jem beku)

Bahan untuk base cheesecake
  • 2 sudu besar mentega (cairkan)
  • 1 sudu besar gula
  • Biskut (oreo, tiger chocolate)
 Cara
  • Tuangkan campuran mentega dan gula yang dah dicairkan dalam biskut yang telah dihancurkan kemudian gaul rata
  • Tekan dalam base loyang
  • Masukkan dalam fridge sementara prepare untuk buat adunan cheesecake
Bahan untuk cheesecake
  • Perahan jus 1 biji lemon serta sedikit parutan kulit lemon
  • 230g plain yogurt
  • 600g cream cheese (suhu bilik)
  • 2 biji kuning telur
  • 1 cawan icing sugar
  • 2 sudu besar gelatin halal (rendam dengan 40ml air dan cairkan secara double boil sampai larut)
  • 1/2 cawan whipping cream
Cara
  • Pukul cream cheese sampai lembut then masukkan icing sugar. Pukul sampai sebati
  • Masukkan kuning telur dan pukul sampai kuning telur sebati dengan adunan
  • Masukkan plain yogurt, whipping cream, lemon juice & parutan kulit lemon. Pukul semua adunan sampai sebati
  • Masukkan gelatin yang dah dicairkan dan kacau rata
  • Masukkan adunan dalam loyang yang telah diletakkan base biskut.
  • Sejukkan dalam peti ais semalaman.
  • Hias dengan topping jem strawberry.


Selamat mencuba ;)

seposhen-dua: Burppp!!..Alhamdulillah.. Hehe ;p
Suka tak?? www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails