Monday, January 10, 2011

Khasiat buah Markisa aka passion fruit

Hai ;)

Pasti ramai antara korang suka makan buah-buahan. Bagi saya pula, buah-buahan dan eddjiela umpama lagu dan irama..bagai aur dengan tebing..bagai isi dengan kuku.. bagai sate dengan kuah kacang (eh? merepek sudaaa..) ;p

Minat kepada buah ni lebih kepada pengaruh dan didikan emak. Dolu-dolu mak selalu cerita, waktu mengandungkan saya, mak suka minum susu, makan buah durian belanda dan pisang. Tu semua petua orang dulu-dulu untuk dapat anak comey putih melepak gebu gedebuss. Waktu mengandungkan adik, mak kata beliau ada tabiat buruk suka meratah serbuk kopi. Sebab tu adik tak berapa nak cerah waktu lahir. Logik jugak teori ni..Hehe. Kalau difikir-fikir, mungkin mak patut makan banyak-banyak kacang panjang masa mengandungkan saya. Nescaya, tidak lah saya ketot bagai pohon bongsai seperti hari ini ;p

Kudapan dikala boring


Ingat lagi waktu saya kecik saya tak berapa suka makan. Tapi suka sangat makan buah terutamanya betik dan pisang. Segala produk daripada pisang tu memang saya suka giler. Dan lagi teruk saya tak suka beli makanan di kantin sekolah dan tetap dengan pendirian membawa bekal ke sekolah. Mak baik sangat memenuhi permintaan saya buat aneka kuih muih sampai la ke menu pasta goreng untuk buat bekalan. Paling syok mak buatkan cekodok, lempeng pisang, pisang goreng dan kuih lepat pisang (Macam hantu kg pisang je aku ni. Err..). Owho, semangat giler pegi sekolah bawak bekal. Waktu kelas tak sabar nak tunggu bunyi loceng rehat. Haha!
Apa pandang-pandang? Nak kena buat cekodok?


Bekal membekal ni berlarutan sampai la saya darjah 5. Tu pun darjah 6 tak bawa bekal sebab setiap kali ujian bulanan, setiap subjek yang dapat A akan diberi kupon kantin sebanyak seringgit oleh Guru Besar kesayangan iaitu Cikgu Taslim. Oleh sebab setiap bulan saya asyik dapat kupon RM4 - RM5 (makcik kantin benci dengan saya dulu..ampun makcik ;p ), so tak baik membazir. Dapat la mak berehat untuk tak menyiapkan bekalan anak sebab anak dia dah berjimba makan di kantin sekolah macam orang kaya baru. Haha ;p

Waktu bercuti di kampung tahun lepas, mulut ni gatal sangat tanya kepada mak abah tentang rupa dan rasa buah markisa atau buah susu. Waktu tu ala-ala jakun jugakla.  Tu pun sebab terpengaruh tengok rancangan masak-masak mat saleh kat astro tuh. Alih-alih, waktu sebelum saya bertolak untuk balik ke Perak, tengok-tengok abah menghulur 1 plastik dengan buah bulat yang berkedut-kedut.

Abah: Nah buah markisa. Abah beli kat kedai buah nun
Saya: Hah? Abah beli? Susah-susah je. Macehhh! *terharu* ;)
 (Oh abah saya nampak garang, tapi hati bagai cinderella)
(^_^)

Mak dan abah saya ni jenis tak boleh diam kalau anaknya sebut pasal makanan.. Diceruk mana pun cuba digagahkan untuk dicari. Bimbang kempunan. 

Ni dia rupa buah markisa..

 Rasanya masam-masam manis


Markisa kaya dengan dengan pro-vitamin A, vitamin C, niasin (Vitamin B3) dan riboflavin (Vitamin B2). Vitamin A untuk mata manakala vitamin C baik untuk kulit dan untuk elak selsema. Vitamin B kompleks baik untuk mata, hati, kulit dan jantung


Ingin kan yang lebih segar? Kupas la sendiri. Eh, macam iklan air buah pulak. Hehe ;p

Suka tak?? www.tips-fb.com

1 comment:

  1. Pesakit radang paru-paru Copd

    En. Abd Kadir bin Sumardi berusia 42 tahun ialah pengguna produk jus Jutawan herbs. Beliau telah disahkan mengidap kanser radang paru-paru pada akhir tahun 2020. Petanda awal sakit yang dihidapinya ialah batuk tak berhenti selama 3 bulan. Batuk yang berkahak dan adakalanya berdarah. Setelah mendapatkn rawatan di pelbagai klinik kerajaan dan swasta ,batuk beliau tetap tak sembuh selain itu juga sukar bernafas dan dada terasa sakit sangat.
    Banyak rawatan alternatif dari produk luar yang beliau ambil tapi tak berkesan. Kemudian rawatan hospital diteruskan termasuk prosedur X-ray dan sebagainya. Doktor pun mengesahkan beliau mengidap radang paru-paru akibat dari pencemaran alam sekitar yang mengandungi bahan kimia.

    Untuk makluman, En. Ab Kadir bekerja dalam persekitaran yang mengandungi pencemaran bahan kimia. Dengan bantuan sahabatnya yg telah berkongsi testimoni pengguna-pengguna produk Jutawan Herbs yang lain di facebook Jutawan Herbs, beliau pun menghubungi saya untuk mencuba jus tersebut. Beliau mendapatkan nasihat dan pandangan daripada saya lalu saya mengesyorkan beliau jus-jus yang sesuai dengan radang paru². Alhamdulillah dalam masa 2 minggu minum jus tersebut ,katanya sekejap saja kesan sudah terasa. Batuk samakin berkurang, nafas semakin lancar dan lega, beliau terus mengamalkan 2 jenis jus yang disyorkan selama beberapa bulan sehingga masalah pernafasan dan batuk terus semakin baik. Dari pengalaman yang saya berjumpa pesakit-pesakit sebelum ini, penyakit radang paru-paru copd adalah penyakit yang tiada ubatnya dan pesakit perlu menggunakan oksigen sekiranya semakin teruk. Tapi Alhamdulillah sehingga kini beliau makin sihat dan terus mengamalkan jus ini. Syukur pada tuhan atas kesumbuhan yang diberikan. Semoga maklumat yang sedikit ini dapat membantu pesakit lain juga di luar sana untuk sembuh.
    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..๐Ÿ˜‰

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap saya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ๐Ÿ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐Ÿคฒ๐Ÿผ


    Call order wasap@call saya- En mohd zuhairi- 0174687570

    ๐Ÿ˜kalau wasap saya blas lambat (biasa nya sebab ramai yg wasap saya.)
    Tak pa nanti sy balas wasap pelan2 taw
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring
    En. Mohd Zuhairi ,Pengasas Jutawan Herbs- 017468 7570

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails