Tik tok teko..Tik tok teko..
Sedar tak sedar..Pejam celik tonggang terbalik, dah 25 tahun umor den. Tak sangka cepat betul masa berlalu. Semakin bertambah umur ni, makin banyak pulak orang tanya bila nak kawen. Miahaha..
Ada juga yang tanpa usul periksa tiba-tiba terus bagi nasihat, 'sabarlah la ye..ada jodoh kamu ni!Jangan putus asa...bla..bla...' Hehehe!! (nasib kakak tu tak suruh pergi mandi bunga bawah jambatan) =) Tima kasih..tima kasih...Itu menunjukkan beliau prihatin banget.
Kepada rakan-rakan yang sambut birthday hari ini (23 April), Selamat Hari Lahir! Semoga murah rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik untuk meneruskan perjuangan hidup. Semoga diberi umur yang panjang bagi membantu, menceriakan dan menyenangkan keluarga dan insan yang memerlukan. Saya selalu berdoa agar selalu diberi kekuatan dan mampu berdikari dalam ape jua keadaan agar tidak menyusahkan sesiapa. Amin!
Kepada encik pakwe, terima kasih sebab temankan ke Ikea semasa cuti haritu dan belikan drawer cabinet-idaman-cap-ikea-kena-pasang-sendiri-padan-muka-aku...Kui3..Balik Malaysia nanti belikan baju lagi ye..Nak banyak banyak banyak! Lepas tu boleh beli almari idaman pulak.. Hehehehe (Saya memang tamak..Sila akur)
Terima kasih jugak kepada semua yang mengucapkan happy birthday. Orang-orang bertuah akan sy call sebelum jam 12.00 tgh malam. Al maklum, boleh tepon free sampai telinga panasssss..hehe
Baiklah, berhenti sekarang! Macam ucapan terima anugerah pula..Hihi ;D
Motif : 12 ros = 12 bulan bermain cintun dengan encik pakwe merangkap birthday+anniversary gift di UKM dolu. Ahemm ahem~
Sumber gambar: Haaha, gambar arkib tahun 2006 ;p~Manisss Sampai Sekarang~
Bluwekk ;p
No comments:
Post a Comment