Saturday, August 28, 2010

Tahun ke-3 Sebagai Seorang Pegawai Tadbir Universiti


16 September merupakan antara tarikh bermakna dalam hidup saya. Selain diiktiraf sebagai tarikh Hari 1 Malaysia/ Penubuhan Malaysia, ia juga merupakan tarikh kelahiran encik pakwe tersayang (I'm so jelous your birthday tiba2 jadi public holiday tau sayang ;p). Apart from that, 16 September 2010 bermakna genap 3 tahun saya mencurah bakti berkhidmat dalam sektor awam jauh dari pandangan keluarga dan saudara mara di The Famous Pau In Tanjung Malim, Perak.

Wow, cepat masa berlalu. Saya tidak lagi  seorang budak fresh grad yang kurus dengan kaca mata merah dan handphone merah sedondon pujaan hati sepertimana 3 tahun dulu. Sekarang mata i warna-warni dan badan pula bertambah lemak tepu hasil sumbangan jamuan mesyuarat dan kursus yang dihadiri. Hehe..

Can you spot me? ;)

Saya bersyukur dengan nikmat rezeki yang Allah berikan. Perjalanan hidup selama 25 tahun sering dipermudahkan. Saya pernah merasa gagal, tidak disayangi dan membenci keluarga sendiri kerana konflik yang tak berkesudahan. Tapi itu dulu... Kesakitan lalu menjadikan saya insan yang tegar hari ini. Alhamdulillah.. Disebalik setiap kesedihan lampau, Allah murahkan rezeki saya hari ini. Semoga saya terus mampu berdiri sendiri tanpa mengharap ihsan dan menyusahkan orang sekeliling. Saya mau terus jadi anak yang baik seterusnya menjadi pekerja yang cemerlang. Aminn

Salam Aidilfitri untuk semua dan Selamat Hari Merdeka! 
Bebaskan diri dari dijajah oleh minda yang sempit. Dunia itu luas sifatnya.. Terokai sepuasnya selagi usia masih bersisa.
Cheerss!
(^^,)V

Suka tak?? www.tips-fb.com

Friday, August 27, 2010

Menghitung Hari Mengira Detik


Malam tadi lepas telan ubat saya terus lena sampai pagi.

Sedar-sedar ada banyak betul sms dan misscalled dari encik pakwe dan kawan2..Huhu. Ampun! Sumpah tak tersedar. Maaf buat anda semua risau. Salahkan ubat warna oren, biru dan kuning belang hijau tuh ;p

Minggu lepas encik pakwe baru reconfirm tarikh beliau grad which is bulan November ni, InsyAllah. I'm so damn happy! Katanya nanti akan ada dua kali grad. I would love to come masa angkat sumpah doktor since tu yang paling ultimately the best graduation day ever for med student kan. Yay! Almost 6 years encik pakwe di bumi seberang. Cant wait for u to come back for good. Boleh dikatakan saya mengenali hampir semua rakan2 sebatch encik pakwe. Well, of course  la kenal kan coz kami share akaun Facebook kan? Kawanmu kawanku jua kan dear? ;p

Saya doakan tempoh klinikal yang berbaki sebulan dapat dihabiskan dengan baik.  Ya Allah, hindari Fauzan Adli dan rakyat Malaysia yang lain dari ancaman bahaya dan semoga dijauhkan daripada dingorat oleh cik misi yang hot. Haha.. Amin! ;)


Berdua lebih baik ;)
Suka tak?? www.tips-fb.com

Monday, August 23, 2010

Lirik + Lagu Rabbani: Apa Yang Kau Tahu MP3

Sesuai dengan bulan mulia ni jom sirami hati dan jiwa dengar lagu-lagu dakwah ;)


Bacalah.. sebutlah dengan nama
Tuhan yang menciptakan
Segala kejadian di dunia

Bacalah.. tulislah dengan pena
Wahyu yang diutuskan
Risalah kebenaran untuk insan

Seluruh kasihnya telah dia curahkan
Tulus suci mengisi ruang hati
Bagai dalam dingin
Rindu berdakapan
Dengan kata syahdu
Kasih mesra bersatu
Apa yang kau tahu

Bacalah.. lihatlah dengan mata
Selami sanubari
Putaran panorama hidup ini

Bacalah.. tipuan mata hati
Bisikan penuh mimpi
Melamar kelalaian tidak henti

Suruhan larangan telah dia sampaikan
Jangan pilih haluan di murka
Kelak rebah diri
Duka menangisi
Tanpa belas kasih
Disiksa saban waktu
Apa yang kau tahu

Gua Hira’ menggamit kisah silam
Satu peristiwa nabi bersendiri
Iqra’ diturunkan Muhammad ditabalkan
Tersuratlah sudah kalam dari tuhan

Sekian kalinya detik waktu berlalu
Apa terus berbakti untuk dia
Membalasi kasih
Syukur dengan nikmat
Amal yang bertambah
Hikmahnya kan ketemu
Apa yang kau tahu

Kamu suka? Sila la download MP3 ;)




Suka tak?? www.tips-fb.com

Sunday, August 22, 2010

Hari Kegembiraan: Ice Skating @ Sunway Piramid

Hye guys! Sedar tak dah 12 hari kita berpuasa. Sekejap je kan masa berlalu.
Kalau berjalan ke pekan, tokey pun dah meriahkan kedai diorang dengan lagu-lagu raya..Huhu. Patut pasang lagu merdeka la kan? Patriotik la sikit. KIta kan bangsa Malaysia ;)

Anyway, bukan nak citer pasal puasa atau merdeka pun. Just nak share kegembiraan bermain ice skating a week before Ramadhan haritu. Gila berhabuk lama ah baru tulis. Hehe..

3 gadis pingitan dengan seorang mak dara yang paksa hubby jaga baby sebab nak skating. Hihi ;p

Jom join!


Ngeee..Ketaq lutut cheq dek non oiii~

Ihikss..Muka-muka yang sering tergolek atas ais


Skatting lesson schedule
Setakat ni, itu baru kali ke-2 saya melasakkan diri main ice skating ni. Memang best tapi sakit giler time jatuh. I lagi hangin kalo jatuh sebab dijatuhkan oleh orang sebelah..Huu..Jatuh sendiri-sendri takpe lagi. Nama pun amatur. Lebam-lebam dan luka tu biasa la. Baru ganazzz!

Sekarang harga tiket nak masuk dah naik compared to last time i datang masa belajar kat UKM. Kalo nak murah datang masa weekdays. Harga tiket dewasa RM13 je. Orang pun tak ramai. Kalo weekend harga diorang up jadik RM18. Tu tak termasuk harga sarung tangan dan stokin yang wajib pakai. Kalu ada bawak sendiri sarung tangan dengan stokin siap2. Jimat beb jimat..

Kalau nak tengok details pasal ice skating boleh tengok website rasminya kat sini

seposhen-dua : We all lagi enjoy tengok sepasang couple yang main ice skating hari tu. Interesting sebab the pakwe keep on tergolek-golek and the aweks so sweet pimpin-pimpin suh pakwe tatih2..alololo..cumelllll la kamu! ;D
Suka tak?? www.tips-fb.com

Tuesday, August 3, 2010

Minah Posing : Gaya, Mutu, Keunggulan

Fuh, dah bersawang blog nih. Cik blogger buat-buat busy ker? Amboih..Bz bebenor kamu yer? Hape? Laundry buat semingggu sekali inikan pula menulis blog? Teettttttttt!! ;p

Yennadeyyy!! Monolog melalut lebih-lebih nampak.
*fokus..fokus...fokus...*

Malam-malam syahdu begini, dikala tak boleh berdating di alam cyber kerana encik pakwe kena stay back kat spital menjalankan misi mulia nun dikejauhan..Ku pilih menyendiri melayan gambar-gambar lama sambil gelak-gelak sorang. Pathetic bukan? Haha.. Shadappp u!
*guling-guling juling-juling*
(^_^)

 

Mana tak gelak. Huhu..Tak perasan selama ni kalau amik gambar, i posing sesuka hati tanpa mengira perasaan jurugambar-jurugambar dan public yang lalu lalang sekalian. Heh!

Nah sila tengok.Nak bagi markah posing pun boleh. Nak bagi dialog pun boleh. Sila..sila..Jangan memalu. Hihi ;p

Amaran: Gambar gedik sopan santun je dipilih bagi menjaga kesopanan dan kesusilaan. Siapa ada epilepsi terhadap gambar gedik i pg main jauh-jauh.

Naik sheikh tiba-tiba. Dont play play with me arr, huh!

Bajet praktis nak pg ujibakat teater untuk watak hulubalang hensem durhaka.
(Babak sebelum dihalau oleh guard muzium)


Wuu..Ko kentot kan? Kan?

Saya lah waris jari hantu menggantikan Maya Karin..Meoww~

Posing ala ala pinggang terkehel sebab butt implant berat sebelah

Hai Jejaka..Nama saya Melor anak Tok Penghulu..Boleh berkenalan? Hahaha
*muntah*

Weee.. (tiada motif)

Disuduuuttttttt..memorii dukaaaaaaa...abaadiiiiiiii~
Err, i nyanyi lagu Ning la. Bukan nasyid yer ;p

Hee... (apa aku buat ni??) ;p

 
Miahaha. I'm just being me..I love acting in front of the camera walaupun nampak macam mereng & sewel juga.



Seposhen-dua: Saya pernah bercita-cita nak masuk ASWARA. Percaya tak? ;)
Entry ditulis sambil angguk-angguk geleng-geleng layan lagu Mizz Nina Ft Colby O Donis
Suka tak?? www.tips-fb.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails