16 September merupakan antara tarikh bermakna dalam hidup saya. Selain diiktiraf sebagai tarikh Hari 1 Malaysia/ Penubuhan Malaysia, ia juga merupakan tarikh kelahiran encik pakwe tersayang (I'm so jelous your birthday tiba2 jadi public holiday tau sayang ;p). Apart from that, 16 September 2010 bermakna genap 3 tahun saya mencurah bakti berkhidmat dalam sektor awam jauh dari pandangan keluarga dan saudara mara di
Wow, cepat masa berlalu. Saya tidak lagi seorang budak fresh grad yang kurus dengan kaca mata merah dan handphone merah sedondon pujaan hati sepertimana 3 tahun dulu. Sekarang mata i warna-warni dan badan pula bertambah lemak tepu hasil sumbangan jamuan mesyuarat dan kursus yang dihadiri. Hehe..
Can you spot me? ;)
Saya bersyukur dengan nikmat rezeki yang Allah berikan. Perjalanan hidup selama 25 tahun sering dipermudahkan. Saya pernah merasa gagal, tidak disayangi dan membenci keluarga sendiri kerana konflik yang tak berkesudahan. Tapi itu dulu... Kesakitan lalu menjadikan saya insan yang tegar hari ini. Alhamdulillah.. Disebalik setiap kesedihan lampau, Allah murahkan rezeki saya hari ini. Semoga saya terus mampu berdiri sendiri tanpa mengharap ihsan dan menyusahkan orang sekeliling. Saya mau terus jadi anak yang baik seterusnya menjadi pekerja yang cemerlang. Aminn
Salam Aidilfitri untuk semua dan Selamat Hari Merdeka!
Bebaskan diri dari dijajah oleh minda yang sempit. Dunia itu luas sifatnya.. Terokai sepuasnya selagi usia masih bersisa.
Cheerss!
(^^,)V
salam selamat menyambut hari kemerdekaan... :)
ReplyDeletemy latest entry:
http://aidyshahiezad.blogspot.com/2010/08/mini-novel-sebelum-terlewat-chapter-1.html