Wednesday, October 20, 2010

Cinta jarak jauh umpama bak kata orang, kalau takut dipukul ombak jangan berumah di tepi pantai sayang oii !

Hei hei hei hei..
Aku tak percaya cinta..
Hahah..Apa kes tiba-tiba nyanyi lagu Liyana Jasmay?

(-_-")


Ramai kenalan/sedara yang mengetahui hubungan saya dengan encik pakwe suka menerjah umpama abang rambut ketak dalam rancangan melodi dengan soalan-soalan cepu emas. Antaranya (disusun mengikut rangking terhangat):
  1. Bila mau kawen?
  2. Bila encik pakwe habis stadi?
  3. Bila mau tunang?
  4. Kenapa pilih orang jauh? Tak takut ke beliau curang. Pilih orang dekat je senang! <-jahat soalan ni taw.. Ahai ;p
  5. Tak jemu ke bercinta lama? 
  6. Camne la ko boleh setia sangat?
  7. Tak takut kena tinggal kalau kawen dengan doktor?
  8. Stok kebaya baru ada tak? Eh eh? Tersalah tanya pulak. Hehe ;p
Kalau rajin saya jawablah pertanyaan-pertanyaan tuh. Kalau naik jemu, saya balas dengan sedekah je iaitu senyum. Hehe..

Bak kata kenalan mak yang berbangsa Cina, hidup ini penuh dengan pilihan. Kita boleh pilih mau susah dahulu, senang kemudian..atau sebaliknya.  So, rasanya saya pilih jalan yang susah secara zahir tapi mudah dahulu. Kenapa susah tapi mudah?

Susah sebab perlu berjauhan tapi mudah sebab jarang gaduh coz rindu selalu..

Susah sebab boring selalu tak boleh dating macam orang lain  tapi mudah sentiasa ada alternatif mengisi masa. contohnya, buat bisnes, belajar masak, belajar menghafal note keyboard/piano, panjang langkah nak ke mana-mana tanpa halangan dengan geng bachelorette..thee hee hee sambil mengorat tol gate boy <- Ahem! Gatai ko ye! Eyp!
Susah sebab makan hati kena compare dengan kawan sebaya yang sudah kawen timang anak tapi mudah sebab saya punya banyak ruang dan peluang untuk balajar seni rumah tangga tanpa paksaan. At the same time, saya masih 'on track' dengan perancangan hidup yang saya rancang sejak zaman sekolah. Alhamdulillah..Ada hikmah saya bercinta secara jarak jauh ;)


Susah sebab rasa jemu kawan bercerita pasal anak pasal suami yang tak memahami tugas isteri muda yang berkerjaya tapi mudah sekarang sebab saya tak perlu fikir lagi pasal masalah rumah tangga, perihal lampin dan susu serta tak cukup tidur.. Saya mahu bersedia mental dan fisikal untuk menghadapi alam rumah tangga ditambah dengan terlalu banyak kisah rumah tangga jenis 'ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari' yang berlaku dalam keluarga besar saya untuk dijadikan tauladan. Bukan apa, tidak lah nanti saya merungut macam dalam drama 'Ini semua salah abang! Abang letak semua urusan rumah tangga di bahu saya. Saya penat tahu tak'. Haha. Drama apa aku lupa daa..


Susah sebab kena repeat jawapan macam radio rosak setiap kali orang tanya soalan peribadi tapi mudah sebab bila soalan mereka dibalas oleh soalan 'kamu/pakcik/makcik mau sponsor kalau saya kawen sekarangkah? Mahukah? atau mau saya suruh mak abah pinang mana-mana lelaki sekarang untuk diri ini..'. Nescaya, mereka akan terus diam. Hihi..

Susah sebab sedih mereka kata umur saya ini kategori berkarat kalau tak kawen lagi tapi mudah sebab bila belum kawen duit tak luak sangat. Perbelanjaan bulanan boleh diatur cantik dan setiap kali saya shopping macam-macam saya boleh tunjuk dengan mereka ini hasil titik peluh saya bekerja untuk diri sendiri dan keluarga di kampung. Bila nanti dah lama kerja dan duit banyak sikit, lepas tu dah kawen..bolehlah saya panjangkan rezeki kepada keluarga mertua pulak kan? Tidaklah keluarga sendiri terasa hati kerana tak sempat puas merasa ampau dari eddjiela sebelum disebarluas kepada orang lain. Hihi




Kalau disenaraikan semua rasanya tak habis-habislah.Sememangnya saya kagum dengan rakan-rakan perempuan yang berkahwin dalam usia muda. Mereka memang cepat matang dan gagah dalam serba serbi. Tabik spring 8 kali kat diorang.


Pada korang yang muda mudi dan bersemangat mau kawen, saya suggest untuk baca buku ini:

Buku ni diperkenalkan oleh adik saya. Isi kandungannya bagus sebab merupakan catatan nasihat dan pengalaman seorang suami iaitu Ustaz Hasrizal yang beristerikan seorang doktor. Penulisannya mudah difahami, sedikit lucu tetapi penuh dengan mesej tentang pengertian cinta dan perkahwinan. 

 Yang paling menarik bagi saya  beliau turut mengulas perbezaan lelaki dan wanita yang sebahagian besar inspirasi beliau adalah dari buku ‘Men are from Mars, Woman From Venus’. Beliau secara jelas menggambarkan bagaimana menjadikan perbezaan itu sebagai rahmat, dan bukan alasan untuk berperang sesama suami isteri.


seposhen-dua: Currently busy memikirkan hal dan masalah orang dari hal sendiri. Owh, btw encik pakwe dah nak grad next month! Yay! Tahniah sayang! ;)

Encik pakwe buat perangai sebelum kena paksa buat muka gembira sebab dapat hadiah 'Nini Cokolat Celup' sempena konvokesyen (kat Indonesia depa panggil wisuda) beliau bulan depan.  Haha.. Sorry dear me  tak dapat pi. Huhu ;p
Suka tak?? www.tips-fb.com

5 comments:

  1. hehe..nice entry..
    cinta jrk jauh la paling indah.. ;)

    ReplyDelete
  2. dalink- ai mcm terenagt lect kite dlu yg kawen dgn dokter jugek- still remember-??

    ReplyDelete
  3. sama!!oh hye!

    situation kita sama.baik kampung msti tya boifren org mana.keja apa.dah tau keja.nak tau pangkat apa.dah tau pangkat,tya "tak nak cari yg lain"?~_~"..semua gara fb.now dh restrict fb kat certain people saja..

    ReplyDelete
  4. lepas nie, kena keluar copy CD special edition utk jawab segala soklan yg datang... takde la nnt jadi radio bergerak.. :)

    visit my latest entry:

    Sehari Berdansa Kara'Oke...
    http://aidyshahiezad.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Khumaera Ismail: so true! ;)

    hida.hadi: lecturer yg mana weh? huhu..hilang ingatan

    momoc: Hihi..Hai awak. Kadang-kadang mereka bertanya sebab concern. Tapi ada sesetengah pertanyaan yg memang melemaskan kan?

    Aidy Shahiezad: Nice knowing u. ok jgk cadangan buat CD tu. Hehe. Your blog is awesome! Keep it up ;)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails