Hi all!
Bengkel ISP yang bosan tahap gaban |
Saat entry ini ditulis, saya sudah menghabiskan dua bar coklat dengan lahapnya sebelum ditegur oleh rakan sekerja yang baik hati.
'Mana tak sakit kepala asik makan coklat je. Ya ampun tengok stok cokelat diaaaa..!'
...cengkerik.... cengkerik... cengkerik...
'saya stress kak', jawab dengan skema. Hehehe
Kebelakangan ini kerja begitu menimbun-nimbun. Semua mahu segera. Deadline kerja boleh dikatakan tiada logika. Tapi kan udah namanya kerja.. Kerja itu tanggungjawab.. Haruslah buat sehabis baik.
Bila stress, ramai yang beri nasihat.. 'take it easy'.. 'semua ni dunia je'
Tapi semalam, semasa on the way menghadiri wedding rakan di Penang, a very good friend of mine yang kerja hakikinya dok cari kawasan untuk menggali minyak telah sedikit sebanyak membuka minda yang dah hampir-hampir sempit kerana motivasi yang merudum ini.. Katanya,
'Memang kerja ni dunia je, tapi kerja ni kan ibadah.. Apa yang di dunia ni yang kita nak bawa ke akhirat. Ko patut fikir bekerja ni bukan untuk kepuasan orang lain atau atas suruhan orang lain. Bukan semata-mata untuk duit atau pangkat. Kerja untuk kepuasan sendiri lebih best dari nak pleased orang sekeliling'
Fiu~ Fiu~
Terima kasih rakan! ;)
Kamilah duta pau..thee hee hee |
No comments:
Post a Comment