Tuesday, July 5, 2011

Apa itu KPF

Hallow~ ;p

Oh lama betul telah meninggalkan penulisan blog..

Hampir terlupa ada blog sampai la x-housemate sms tanya resepi kek coklat dan mintak blog address minggu lepas.. Hihi ;p

Baru sat tadi ayahanda menelepon membagitau deviden KPF dah keluar dan harus segera pegi semak (terkejut melihat beberapa misscalled dan sms memandangkan ayahanda jarang teruja menelefon kecuali bila anak dara dia drive balik kampung seorang diri) Saya sebagai anakanda yang blur dan sedang sibuk baru keluar mesyuarat akur jelah..cuma..cuma..cuma..

KPF tu apa? Awatnya abah aku sebok2 ni. Abah kau ada sibuk pasal KPF? KPF dan EPF tu ada bau-bau bacang ke? Haha.. Ini semua soalan lazim oleh orang yang cetek ilmu. So oleh sebab nak dalamkan ilmu tanak bagi cetek dah... Waktu rehat hari ini dihabiskan dengan membuat sedikit reseach bersama pakcik Google. Takdelah kang melopong ajo bila abah tepon lagi  :)

Hasil daripada bacaan ringkas tengahari ini, sedikit sebanyak persoalan dapatlah dijawab seperti berikut:

Apa itu KPF? 
KPF  merupakan singkatan kepada KOPERASI PERMODALAN FELDA yang telah ditubuhkan pada 1 Julai 1980 di bawah Ordinan Koperasi 1948. Bertujuan untuk menjadikan KPF sebagai wadah simpanan dan pelaburan anggota Felda. 

Apa faedah menjadi anggota KPF?
  1. Elaun kedatangan Mesyuarat Agung
  2. Dividen
  3. Pinjaman
  4. Bantuan musibah
  5. Hadiah kecemerlangan peperiksaan anak
  6. Khairat kematian

P/s : Baru-baru ini, Pengarah Besar FELDA, Datuk Dzulkilfi Abd Wahab telah mengumumkan dividen bagi tahun 2010 adalah 15% pada Mesyuarat Agung KPF di Dewan Perdana Felda. Boleh baca berita penuh di sini

Siapakah yang layak menjadi anggota?
  1. Peneroka-peneroka Felda, isteri dan anak-anak mereka yang warganegara Malaysia dan berusia tidak kurang daripada 18 tahun dan berkelakuan baik.
  2. Koperasi-koperasi peneroka Felda.
  3. Kakitangan-kakitangan Felda yang sedang bertugas dan isteri.
  4. Kakitangan-kakitangan Felda yang sudah bersara yang warganegara Malaysia dan sudah menjadi ahli Koperasi sebelum bersara.
  5. Koperasi-koperasi kakitangan Felda
Apakah Keistimewaan melabur didalam KPF? 
  1. Pulangan stabil dan menguntungkan menerusi pelaburan dalam aktiviti syarikat-syarikat kumpulan Felda yang berkembang pesat.
  2. Pelaburan selamat kerana dikendalikan oleh tenaga pengurusan profesional.
  3. Pelaburan mudah dan boleh dibuat melalui potongan paysheet, potongan gaji dan pembelian tunai.
  4. KPF membayar zakat perniagaan.

seposhen-dua: eh ermm.. abah bape ek elaun datang Mesyuarat Agong dengan hadiah kecemerlangan peperiksaan anak? Dulu beli hadiah kat kami adik beradik dapat video game hebakk pakai duit ni ke abah? Hikhik ;p

Terima kasih abah!! ;D

Suka tak?? www.tips-fb.com

1 comment:

  1. nk tya.. adakah warga FELDA PLANTATION layak untuk menjadi anggota KPF?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails