Tuesday, February 16, 2010

Peria Terhebat

Wahwah tajuk entry poyo je. Mahu bercerita tentang pakwe kah??Heh! Sila kecewa..(-_-")

Bukan apa, tengahari tadi saya merajinkan diri membantu emak menyediakan menu tengahari. Saya berkerut dahi mengangkat kening bila emak kata nak masak peria. Dalam hati terdetik, 'mesti pahit buwek takmo den makan aih..'

Waktu memasak seperti biasa emak akan bercerita tentang khasiat makanan dan tatacara kebersihan. Emak juga membebel tentang perbezaan rasa masakan sekiranya menggunakan minyak jagung atau minyak biji matahari (amboi mak melupai minyak sawit tengahri tadi..hihi). Saya anggukan sahaja tanda paham, tapi termangu-mangu juga memikirkan hebat tu lidah emak boleh differentiate rasa makanan berdasarkan minyak masak yang diguna!!ahaaha..Emak memang awesome!

Dipendekkan cerita, sewaktu makan saya cuba-cuba juga merasa menu peria masakan emak..Uish, ngapain xpahit?? Lantas(sila abaikan jika penanda wacana tersebut tak sesuai ye..ahaha), saya pun korek la petua dapur daripada emak. Boleh juga dipraktik nanti kot-kot suatu hari saya teringin pula masuk pertandingan memasak peria (apa punya melalut daa..)

Kata emak,

Senang je nak bagi peria tak pahit. Kakak rendam dalam air garam. Dalam 10 minit dah cukup pastu bilas. Dalam masa yang sama nanti peria kita ni xkeras kejung. Tengok mak masak, peria dia lembut kan?

Wahwah emak, sempat lagi masuk bakul angkat sendiri sewaktu memberi petua.Hihi..

Apa-apapun, peria tengahari tadi memang terhebat!!:)



seposhen-dua : Sambal belacan tomato yang emak sediakan memang bestt sehingga saya tak boleh berhenti makan dedaun ulam pegaga dan ulam raja. Mungkin ini rahsia emak kurus dan awet muda. Boleh tiru nih kawan-kawan;p Suka tak?? www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails