Tuesday, June 15, 2010

Cereka tahi dan lalat menjadi tahi lalat

Ini adalah entry emosi..
Saya tak suka lalat. Sebab lalat sinonim dengan bau busuk dan kotor.
 
Lalat juling dalam mimpi ngeri

Tak suka! Tak suka! ;p

Tapi..kata orang jangan terlalu membenci sesuatu, kelak yang dibenci itulah akan hadir dalam hidup kita.
Untuk kes saya, kehidupan saya telah diselubungi dan dihantui oleh perkara yang dibenci berkaitan lalat juga iaitu tahi lalat!
ArghhhHhhhhhhHHHH!!! Neeeehhhhiiiiiiiii inspektor sahab!!
kawe kecek industan pulok deh. Hehe..

Kamu nak tahu tak?
Bulan Jun 2010, muka saya yang sedia ada 8 tahi lalat kini telah bertambah lumayan menjadi 11. 
Syabas lalat!!
Menteri lalat happy dengan pencapaian KPI menambah 3 tahi baru

Sebab lalat la kehidupan persekolahan saya dibayangi oleh artis-artis glamer seperti Siti Nurhaliza dan Syarifah Aini. Ketika audition untuk  malam bakat semasa bersekolah di JB, saya diminta menyanyikan lagu nyanyian Siti Nurhaliza dan ianya berakhir dengan 'kehilangan' saya. Hehe..Menyorok la beb, selamatkan diri.  Malah ustaz di MRSM pun lebih suka memanggil saya Syarifah berbanding nama betul saya. Mungkin x-makwe ustaz nama Syarifah ataupun ustaz minat giler dengan Kak Pah. Haha ;p

Waktu comel-comel darjah 6, guru kelas iaitu Cikgu Yawahir pula suka bergurau senda mempelawa saya jadi isteri nombor dua beliau disebabkan tahi lalat.
Takmo..Takmo! Cekgu botak!  
(Hai cekgu!.Saya paling ingat cekgu sebab cekgu suka rotan saya walaupun saya jadi Pen. Ketua Darjah yang baik dan cekgu pernah minum bekal air pink saya waktu ajar BM. Sesungguhnya cekgu, waktu rehat hari itu saya sanggup tak minum air sebab takut cekgu jampi saya).
Hehehe..

Selepas merujuk kepada Prof. Google, baru saya tahu nama ilmiah untuk tahi lalat ialah nevus pigmentosus. Tiada kaitan langsung dengan taksonomi nama genus dan spesies lalat yang saya belajar dahulu iaitu Musca Domestica
Orang Melayu sahaja yang bubuh nama tahi lalat merujuk kepada tompok hitam di muka untuk tujuan rebranding mungkin.
Ambil gambar goyang-goyang supaya tak nampak tahi lalat

Baiklah, lain kali mahu cerita pasal lalat lagi.
Babai


Suka tak?? www.tips-fb.com

2 comments:

  1. leban chondong?

    ReplyDelete
  2. visit us here ^^

    http://www.facebook.com/pages/Anies-collection/195773270517860


    http://ani-craft.blogspot.com/

    thank you :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails