Sunday, June 20, 2010

Saya Sokong : Mengamalkan Pengurusan Kewangan Berhemah Sebagai Budaya Hidup

Ahemm..
Saya sedang membaca artikel-artikel tentang kewangan peribadi dan perumahan.
Niatnya mahu mengisi masa sebelum tidur. Tapi sekarang jadi tak boleh tidur pula. Kalau baca buku biologi, 5 minit bersamaan dengan sudah menguap 5 kali.
Huhuhu..


Bercerita pasal pengalaman mengurus kewangan peribadi, saya telah dididik dan dibudayakan oleh ibu bapa supaya bersederhana dan sentiasa berjimat. Hasil daripada didikan itu, saya berjimat dalam menentukan perbelanjaan sewaktu belajar di matrikulasi dan universiti dengan bergantung penuh dengan duit biasiswa kementerian serta biasiswa JPA bagi memastikan selepas habis belajar, baki duit masih ada untuk saya berjoli sakan. Hasilnya, berbaloi-baloi! Selain dapat berjoli, saya turut menggunakan baki duit biasiswa untuk meneruskan kelangsungan hidup sebelum mendapat gaji pertama tanpa perlu minta pada pama. 
*tepuk tangan*

Ahemm lagi..

Budaya vs Pengurusan Kewangan

Budaya kita membentuk pemikiran dan tingkah-laku kita. Manusia mahukan duit kerana budaya kita memberitahu bahawa: Duit menjadikan anda penting. Duit adalah keyakinan diri. Anda adalah pendapatan anda.



Mari kita lihat apa yang duit boleh buat dan tidak boleh buat:
“Ia boleh membeli sebuah rumah, tetapi bukan keselamatan.
Ia boleh membeli sebuah katil, tetapi bukan tidur.
Ia boleh membeli sebuah jam, tetapi bukan masa.
Ia boleh membelikan anda buku, tetapi bukan ilmu pengetahuan.
Ia boleh membelikan anda kedudukan, tetapi bukan penghormatan.
Ia boleh membelikan anda ubat, tetapi bukan kesihatan.
Ia boleh membelikan anda darah, tetapi bukan nyawa.”


Kesimpulannya yeop, duit bukanlah segalanya..



Seposhen-dua: Siapa yang blur macam saya dan mahu tips untuk membeli rumah, sila klik sini.


Suka tak?? www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails