Wednesday, February 24, 2010

Etika dan Protokol : cincin di jari Manismu ;)

Scene 1
Lokasi : Tempat kursus

Beliau : Fazi..u dah ada boyfriend ke?
Diriku : Erkk..Terbaik punya soalan. Kenapa??
Beliau : Saya tanya untuk kawan saya maaa.Kalau belum ada boyfriend jangan pakai cincin maa..nanti takde orang ngorat.
Diriku : Uhuk uhuk.. (pura-pura batuk..selamba je cakap camtu.huh!). Sudah ada la sebab tu pakai cincin. See..see..(sambil poyo tayang cincin). Ini cincin cop, tau!!;p
Beliau : OooooOo..(Hahaha..guling2)

Scene 2
Lokasi : Kedai percetakan

Mr. M : Eh, u dah tunang ke?
Diriku : Hah? (Aku nak tempah carta office je. Relevankah soalan?)
Mr. M : Tu..Dah pakai cincin
Diriku : Hehe..Ni cincin cop la Mr. M... Nah CD carta untuk print
Mr. M : Wah, dah engaged! Congrats!
Diriku : Err..Thanks!hee..



Okey, first of all, Let me make myself clear. I'm not engaged..yet!!yay!Ramai yang telah tertifu dengan sengaja..heheh

Mesti korang pun pernah berhadapan dengan situasi lebih kurang kan? Tak pun, ada yang main belasah je pakai cincin without really know and understand erti pemakaian cincin atau simbolik disebalik seni pemakaian cincin itu sendiri;p (Ewah..ewah)

Maka,

Memetik serba sedikit ilmu protokol yang pernah saya belajar semasa kursus Pengurusan Majlis Rasmi 2 tahun yang lepas (haha..nampak sangat tak praktik), biasanya lelaki akan check jari tangan kiri perempuan untuk tau status seseorang. Yelah, nak tengok line clear ke tak untuk ngorat kan?hahah :D


 -Tangan kiri-

  • Jari manis + cincin belah rotan = sudah bertunang
  • Jari manis + cincin berbatu = sudah berkahwin
  • Jari hantu + cincin berbatu = sudah kahwin menjanda (dibolehkan ngorat nih!Silakan ngorat...hee)

Sesiapa yang suka pakai cincin kat tengah tu..ha...jaga-jaga..ayokkkk!!hehee

Seposhen-dua : Kalau yang pakai cincin kertas cam kat gambar tu maknanya suka main kawin-kawin masa kecik la tuh gamaknye Suka tak?? www.tips-fb.com

Monday, February 22, 2010

You know you are a women when..

Hello everyone!! Have you check CLEO, March edition?? With stunning Rihanna as the cover girl, and the front page is so00oOo striking yellow..(i think it's orange..no!!yellow!!no!!..wuteva!), who won't noticed it on the shelf, aite?? I saw the mag in Petronas Kedai Mesra yesterday while my actuall plan is just to buy junk food in the shop to increase fat and calorie level in my body for dinner..(ok, siapa percaya??Sila angkat dagu!haha)..Without thinking any further, I just grab the mag and head to the cashier (yes..yes..I am a spontanious shopper..i dont even flip through the mag nor read the highlited issues. Say bye bye to money easily,huh? Buwek!)

I found this interesting article and think that i could share it online. So, here it is.. Owh..owh!!Special thanks to CLEO for the free sabun-cap-PROTEX..ngeee..


You know you are a women when...

1.As a girl you used to dress for the boys. As a woman you will dress for other women
2. As a girl you used to look for a job that will make you happy. As a woman you will find happiness in your work, whatever it is.
3. As a girl you used to go for the cutest guy a girl like you could find. As a woman you will go for the smartest guy a woman like you can find.
4. As a girl you used to get by fast food, slimming belts and four hours of sleep. As a woman you will watch your diet, exercise regularly and make sure you rest well.
5. As a girl you used to shop, shop and, er, shop. As a woman you will earn, budget, shop and save.
6. As a girl you used to argue or give in; bluster and fight. As a woman you will speak up or compromise; listen and apologise. Suka tak?? www.tips-fb.com

Saturday, February 20, 2010

11 Keistimewaan wanita :)

Sumber dipetik daripada artikel Berita Harian

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal itu, jawab Baginda SAW, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan daripadanya 1,000 kejahatan.
3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
5. Apabila lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
7. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
8. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menggembirakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
10. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dulu.
11. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Suka tak?? www.tips-fb.com

Tuesday, February 16, 2010

Peria Terhebat

Wahwah tajuk entry poyo je. Mahu bercerita tentang pakwe kah??Heh! Sila kecewa..(-_-")

Bukan apa, tengahari tadi saya merajinkan diri membantu emak menyediakan menu tengahari. Saya berkerut dahi mengangkat kening bila emak kata nak masak peria. Dalam hati terdetik, 'mesti pahit buwek takmo den makan aih..'

Waktu memasak seperti biasa emak akan bercerita tentang khasiat makanan dan tatacara kebersihan. Emak juga membebel tentang perbezaan rasa masakan sekiranya menggunakan minyak jagung atau minyak biji matahari (amboi mak melupai minyak sawit tengahri tadi..hihi). Saya anggukan sahaja tanda paham, tapi termangu-mangu juga memikirkan hebat tu lidah emak boleh differentiate rasa makanan berdasarkan minyak masak yang diguna!!ahaaha..Emak memang awesome!

Dipendekkan cerita, sewaktu makan saya cuba-cuba juga merasa menu peria masakan emak..Uish, ngapain xpahit?? Lantas(sila abaikan jika penanda wacana tersebut tak sesuai ye..ahaha), saya pun korek la petua dapur daripada emak. Boleh juga dipraktik nanti kot-kot suatu hari saya teringin pula masuk pertandingan memasak peria (apa punya melalut daa..)

Kata emak,

Senang je nak bagi peria tak pahit. Kakak rendam dalam air garam. Dalam 10 minit dah cukup pastu bilas. Dalam masa yang sama nanti peria kita ni xkeras kejung. Tengok mak masak, peria dia lembut kan?

Wahwah emak, sempat lagi masuk bakul angkat sendiri sewaktu memberi petua.Hihi..

Apa-apapun, peria tengahari tadi memang terhebat!!:)



seposhen-dua : Sambal belacan tomato yang emak sediakan memang bestt sehingga saya tak boleh berhenti makan dedaun ulam pegaga dan ulam raja. Mungkin ini rahsia emak kurus dan awet muda. Boleh tiru nih kawan-kawan;p Suka tak?? www.tips-fb.com

Monday, February 8, 2010

Sayang awak beribu-ribu limau, tahu??


Ahaa, akhirnya berjaya juga saya membuat blog untuk diri sendiri sempena tahun harimau belang. Sayugia diingatkan bukan harimau bintang atau harimau jadian mahupun hari-mau-hujan ye. Harimau lain tiada kaitan dengan Kalender Cina pun.hihi.. Kebetulan, siap sahaja memilih templat, terus sahaja kedengan mercun berdentam dentum di rumah jiran turut meraikan kejayaan..Semua, sila tepuk tangan!!;)
heh..(xboleh blah betul..nak perasan jugak)

Okay, selain berjaya menyiapkan entry pertama, harini iaitu hari pertama Chinese New Year memberikan satu lagi pengalaman baru. Saya dan adik perempuan turut terlibat secara paksa rela untuk join geng khatam Quraan di kenduri rumah jiran belakang rumah yang baru diperkenalkan oleh emak tercinta (spesifik betul saya ni..). Melihatkan pengantin perempuan begitu nervous sehingga banyak kali tersasul serta bermandi peluh membuatkan saya kecut perut juga..urm, cmnola kalo den yang kena ngaji depan geng makcik otai nanti..pegang mikrofon pulak tuh!! Pasti terkeluar suara chipmunk nanti (ok semua, mari berangan tentang majlis perkahwinan sendiri yang lambat lagi..haha..apekah??)

RAya CIna kali ni istimewa kerana disambut serentak dengan Hari Memperingati Kekasih a.k.a Hari Velentine. Pasti rakan-rakan di luar sana sedang berhappenning menyambutnya..Bertukar hadiah, makan malam romatik, pandang memandang sambil kira jerawat masing-masing.. Bagi saya, tak perlu hari tertentu untuk merakamkan cinta dan mempamerkan kasih sayang. Setiap hari adalah hari kasih sayang tanpa ada off day..365 hari setahun gitu! Kasih sayang tidak terhad kepada kekasih sahaja ya tetapi meliputi semua hidupan di muka bumi termasuk lah haiwan belaan kamu ye..(hamster saya sedang membuat bising berjogging roda..ingin kurus seperti tuannya mungkin..wakaka..muntah hijau!) Dalam hati berkata-kata, shadap u wahai haiwan berbulu!!eh, bukan2..saya ingin katakan yang saya sayang kat kamu!!hee..sayang beribu-ribu limau (lemon diketepikan kerna harini Gong Xi Fat Chai ye..)



seposhen-dua: Tiba-tiba teringat lagu Kau Kunci Cintaku dalam Hatimu..Ye, saya tahu! Mari rolling on the floor sekarang. haha~ Suka tak?? www.tips-fb.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails