Monday, February 8, 2010

Sayang awak beribu-ribu limau, tahu??


Ahaa, akhirnya berjaya juga saya membuat blog untuk diri sendiri sempena tahun harimau belang. Sayugia diingatkan bukan harimau bintang atau harimau jadian mahupun hari-mau-hujan ye. Harimau lain tiada kaitan dengan Kalender Cina pun.hihi.. Kebetulan, siap sahaja memilih templat, terus sahaja kedengan mercun berdentam dentum di rumah jiran turut meraikan kejayaan..Semua, sila tepuk tangan!!;)
heh..(xboleh blah betul..nak perasan jugak)

Okay, selain berjaya menyiapkan entry pertama, harini iaitu hari pertama Chinese New Year memberikan satu lagi pengalaman baru. Saya dan adik perempuan turut terlibat secara paksa rela untuk join geng khatam Quraan di kenduri rumah jiran belakang rumah yang baru diperkenalkan oleh emak tercinta (spesifik betul saya ni..). Melihatkan pengantin perempuan begitu nervous sehingga banyak kali tersasul serta bermandi peluh membuatkan saya kecut perut juga..urm, cmnola kalo den yang kena ngaji depan geng makcik otai nanti..pegang mikrofon pulak tuh!! Pasti terkeluar suara chipmunk nanti (ok semua, mari berangan tentang majlis perkahwinan sendiri yang lambat lagi..haha..apekah??)

RAya CIna kali ni istimewa kerana disambut serentak dengan Hari Memperingati Kekasih a.k.a Hari Velentine. Pasti rakan-rakan di luar sana sedang berhappenning menyambutnya..Bertukar hadiah, makan malam romatik, pandang memandang sambil kira jerawat masing-masing.. Bagi saya, tak perlu hari tertentu untuk merakamkan cinta dan mempamerkan kasih sayang. Setiap hari adalah hari kasih sayang tanpa ada off day..365 hari setahun gitu! Kasih sayang tidak terhad kepada kekasih sahaja ya tetapi meliputi semua hidupan di muka bumi termasuk lah haiwan belaan kamu ye..(hamster saya sedang membuat bising berjogging roda..ingin kurus seperti tuannya mungkin..wakaka..muntah hijau!) Dalam hati berkata-kata, shadap u wahai haiwan berbulu!!eh, bukan2..saya ingin katakan yang saya sayang kat kamu!!hee..sayang beribu-ribu limau (lemon diketepikan kerna harini Gong Xi Fat Chai ye..)



seposhen-dua: Tiba-tiba teringat lagu Kau Kunci Cintaku dalam Hatimu..Ye, saya tahu! Mari rolling on the floor sekarang. haha~ Suka tak?? www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails