Tuesday, January 11, 2011

Apa Tugas Seorang Pegawai Tadbir ?

 Ahem,

Entry kali ni berbentuk formal sikit sebab ada kaitan dengan kerja. Idea untuk menulis ni pun timbul sebab dah ramai kawan-kawan menghantar sms bertanyakan tentang perincian tugas seorang Pegawai Tadbir. Kebanyakannya bertanya untuk persediaan temuduga. Dalam sms xpuas nak taip kan? Hehe. Ilmu yang baik kena la kita kongsi-kongsikan. Jadi saya rasa elok juga kalau saya tulis di blog. Kalau ada tersilap tolong sama betulkan ye ;)

Oleh sebab saya bekerja di Universiti, maka jawatan ini lebih dikenali sebagai Pegawai Tadbir Universiti (PTU). Untuk pengetahuan kawan-kawan yang keliru, memang ada perbezaan antara tugas seorang Pegawai Tadbir Universiti, Pegawai Tadbir & Diplomatik (PTD) serta Pegawai Tadbir Negeri (PTN).

Di Universiti, Pegawai Tadbir di kategorikan sebagai Kumpulan Pengurusan & Profesional (Bukan Akademik) dan digelar sebagai Penolong Pendaftar memandangkan kemajuan kerjaya yang paling tinggi sekali untuk seseorang Penolong Pendaftar ialah menjadi seorang Pendaftar Universiti.

Ianya berbeza daripada Pegawai Tadbir dan Diplomatik yang digelar sebagai Penolong Pengarah kerana aspek kemajuan kerjaya seorang PTD adalah untuk menjadi Pengarah sesuatu bahagian di mana-mana kementerian. PTD juga berpeluang menjadi Ketua Setiausaha Negara, Duta Kerajaan Malaysia di mana-mana negara Komanwel, Pegawai Daerah (District Officer), Setiusaha Politik kepada mana-mana menteri dan sebaginya. 

Pegawai Tadbir Negeri pula mempunyai laluan kemajuan kerjaya untuk menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri dan Ketua Jabatan di Unit Perancang Ekonomi Negeri dan sebagainya.

 
Haha..nampak tak penulisan eden yang skema tuh. Cegitu la ayat hari-hari buat laporan. Bagi yang nak interview tu, make sure korang susun laras bahasa seformal mungkin masa jawab soalan. Bahasa yang baik mencerminkan cara penulisan yang baik. Jangan takut kalau tak pandai buat laporan dan penulisan. Saya pun tak pandai dalam sehari sebab saya tak bela jin toncet. So, usaha kena lebih! Hehe ;)

Antara tugas am saya sebagai seorang Pegawai Tadbir di Pusat Tanggungjawab (PTj)
Terlibat dalam pengurusan projek atau kerja. Idok ler sampai kena bina bangunan. Tapi Pegawai Tadbir turut dipanggil oleh bahagian projek untuk mendapatkan feedback dan info/data tentang keperluan sesuatu projek. Haaa..tula bangunan baru yang kami nak kena pindah nanti. Pindah memindah ni pun Pegawai Tadbir kena uruskan sampai sakit otak. Huhu..
 
 
Acara berpindah yang tenang lagi menenangkan sebab orang dah balik. Lagipun dah malam sape la nak stay kecuali beberapa orang yang dipaksa OT oleh bos kecik. Bos kecik jugak tak dapat OT walau kerja rajin cemana pun. Hee ;p



Urusetia mesyuarat, penyedia minit mesyuarat.. dan ada kalanya jadi bidan terjun tukang amik gambar, tukang tuang air, tukang angkat fail dan tukang pemberi cenderhati. Ada sesetengah orang emosi kalau perlu buat kerja-kerja staf bawahan ni. Tapi saya tak kisah sebab setiap kerja adalah pengalaman. Sebagai Pegawai Tadbir, korang adalah ketua kepada anak-anak buah. Kalau tak pernah buat kerja-kerja  tu cemano la nak guide anak-anak buah-buahan korang ye tak. Sebab ada orang lebih cepat belajar daripada pemerhatian daripada guidance dalam bentuk lisan. Yang penting, pikir positif ;)

Urusetia jamuan mesyuarat. Oleh sebab jamuan ni melibatkan kos dan bersangkut-paut dengan pengendalian mesyuarat. So, sudah terang lagi bersuluh, kerja ni bawah kawalan Pegawai Tadbir. Err.. Tu menu brunch i.. Sedap woh ulam cicah smbah belacan. Saja nak tunjuk. Hehe     
Menghadiri mesyuarat-mesyuarat dan taklimat berkaitan pengurusan & pentadbiran serta kewangan. Ambil gambar sendiri tidak termasuk dalam tugas ye. Hehe

Menguruskan belanjawan/kewangan  jabatan dan terlibat dalam proses pembelian/perolehan. Tu brader kontraktor tu tengah ukur kaunter sebab my bos sudah bising mau buat devider segala bagai. Maka tugas PTU adalah untuk menyempurnakan cetusan ilham bos dengan sebaik mungkin based on peruntukan sedia ada. Untuk itu, perlulah sediakan justifikasi pembelian, laporan, dapatkan spesifikasi teknikal, cari kontraktor, uruskan aset dan inventori bla..bla..bla.. ;p 

Pegawai Tadbir perlu merancang perjawatan dan dapatkan keperluan perjawatan daripada unit-unit lain. Tak terhad disitu, nak minta perjawatan pun korang kena pikir staf baru nanti nak duduk dekat mana. Tak kan korang nak susun duduk bersila macam budak tadika  ye. Nak beli perabot baru, perlu fikir berapa peruntukan yang diluluskan pulak. Bagi staf yang dah senior, mesti la perlu ada jawatan kenaikan pangkat. So, Pegawai Tadbir perlu berfikir melebihi jangkaan semasa ;p

Kerja-kerja juga. Perut kena jaga. Kita minum dulu! eh?


Terlibat sebagai urusetia / pengendali majlis atau program. Untuk adik-adik, kalau korang selalu aktif sebagai exco/AJK untuk buat program di IPTA/IPTS, skills tu sangat-sangat berguna untuk digunakan waktu-waktu kerja nanti. So sila mengaktifkan diri anda di universiti sekarang sebab untuk fresh grad cam saya, waktu interview dulu memang diorg tanya aktiviti-aktiviti berbentuk leadership yang disertai.

Menghadiri kursus, seminar, persidangan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan khususnya berkaitan kemahiran komunikasi, pentadbiran, bahasa, kewangan etc

seposhen-dua : Gud luck pada kawan-kawan yang nak temuduga ;)




Suka tak?? www.tips-fb.com

Monday, January 10, 2011

Khasiat buah Markisa aka passion fruit

Hai ;)

Pasti ramai antara korang suka makan buah-buahan. Bagi saya pula, buah-buahan dan eddjiela umpama lagu dan irama..bagai aur dengan tebing..bagai isi dengan kuku.. bagai sate dengan kuah kacang (eh? merepek sudaaa..) ;p

Minat kepada buah ni lebih kepada pengaruh dan didikan emak. Dolu-dolu mak selalu cerita, waktu mengandungkan saya, mak suka minum susu, makan buah durian belanda dan pisang. Tu semua petua orang dulu-dulu untuk dapat anak comey putih melepak gebu gedebuss. Waktu mengandungkan adik, mak kata beliau ada tabiat buruk suka meratah serbuk kopi. Sebab tu adik tak berapa nak cerah waktu lahir. Logik jugak teori ni..Hehe. Kalau difikir-fikir, mungkin mak patut makan banyak-banyak kacang panjang masa mengandungkan saya. Nescaya, tidak lah saya ketot bagai pohon bongsai seperti hari ini ;p

Kudapan dikala boring


Ingat lagi waktu saya kecik saya tak berapa suka makan. Tapi suka sangat makan buah terutamanya betik dan pisang. Segala produk daripada pisang tu memang saya suka giler. Dan lagi teruk saya tak suka beli makanan di kantin sekolah dan tetap dengan pendirian membawa bekal ke sekolah. Mak baik sangat memenuhi permintaan saya buat aneka kuih muih sampai la ke menu pasta goreng untuk buat bekalan. Paling syok mak buatkan cekodok, lempeng pisang, pisang goreng dan kuih lepat pisang (Macam hantu kg pisang je aku ni. Err..). Owho, semangat giler pegi sekolah bawak bekal. Waktu kelas tak sabar nak tunggu bunyi loceng rehat. Haha!
Apa pandang-pandang? Nak kena buat cekodok?


Bekal membekal ni berlarutan sampai la saya darjah 5. Tu pun darjah 6 tak bawa bekal sebab setiap kali ujian bulanan, setiap subjek yang dapat A akan diberi kupon kantin sebanyak seringgit oleh Guru Besar kesayangan iaitu Cikgu Taslim. Oleh sebab setiap bulan saya asyik dapat kupon RM4 - RM5 (makcik kantin benci dengan saya dulu..ampun makcik ;p ), so tak baik membazir. Dapat la mak berehat untuk tak menyiapkan bekalan anak sebab anak dia dah berjimba makan di kantin sekolah macam orang kaya baru. Haha ;p

Waktu bercuti di kampung tahun lepas, mulut ni gatal sangat tanya kepada mak abah tentang rupa dan rasa buah markisa atau buah susu. Waktu tu ala-ala jakun jugakla.  Tu pun sebab terpengaruh tengok rancangan masak-masak mat saleh kat astro tuh. Alih-alih, waktu sebelum saya bertolak untuk balik ke Perak, tengok-tengok abah menghulur 1 plastik dengan buah bulat yang berkedut-kedut.

Abah: Nah buah markisa. Abah beli kat kedai buah nun
Saya: Hah? Abah beli? Susah-susah je. Macehhh! *terharu* ;)
 (Oh abah saya nampak garang, tapi hati bagai cinderella)
(^_^)

Mak dan abah saya ni jenis tak boleh diam kalau anaknya sebut pasal makanan.. Diceruk mana pun cuba digagahkan untuk dicari. Bimbang kempunan. 

Ni dia rupa buah markisa..

 Rasanya masam-masam manis


Markisa kaya dengan dengan pro-vitamin A, vitamin C, niasin (Vitamin B3) dan riboflavin (Vitamin B2). Vitamin A untuk mata manakala vitamin C baik untuk kulit dan untuk elak selsema. Vitamin B kompleks baik untuk mata, hati, kulit dan jantung


Ingin kan yang lebih segar? Kupas la sendiri. Eh, macam iklan air buah pulak. Hehe ;p

Suka tak?? www.tips-fb.com

Friday, January 7, 2011

Resepi kek coklat paling senang nak buat

Pada suatu hari... ada orang tu kan..

*Buat muka serius sambil tahan nafas*

*Pandang-memandang muka teman serumah*

*Angkat kening sebelah*

sebelum berkata..

' Apa? Apa? Berat aku naik 3 kg. Penimbang ni salahhhhh! Shame on u penimbang!  '
T_T

Haha.  What a drama.. Mana tak menggebu kalau asik nak mengunyah. 

Bila lapar semua benda mahu dimakan ;p

Lepas ni i boleh bagi tips cara menambah berat badan dengan efektif n efisien. Sebab tu entry kali ni i nak share resepi kek coklat paling senang untuk meningkatkan tahap kegebuan masing-masing ;)

Resepi Kek coklat

Bahan-bahan untuk kek

1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk coklat
1 tsp soda bicarbonate
1 tsp vanilla essence
secubit garam
2 cawan gula
3 biji telur
1 1/4 cawan susu segar
1 1/2 cawan minyak jagung
1 1/4 cawan air panas 

Cara-cara

1.  Bahan (1) : Ayak tepung, soda bicarbonat, serbuk koko, dan garam
2.  Bahan (2) : Pukul gula, telur,susu,minyak dan vanilla essence
3. Campur bahan (1) dan (2) dan kacau rata.
4. Akhir sekali tambah air panas sambil adunan di kacau.
5. Masuk adunan ke dalam loyang.
6. Bakar dlm oven pada suhu 180'C selama 45-50 minit. 

p/s: I suka tambah hazelnut atau badam kisar dalam adunan sebelum masukkan air panas.  Terpulang kalau nak ubahsuai ikut selera masing 

Kek yang sangat moist n yummy!

Suka tak?? www.tips-fb.com

Tuesday, January 4, 2011

Cara pengiraan dividen ASB

Hi ;)
 
Rasanya ramai dah tahu tentang peratusan dividen ASB untuk tahun 2010 iaitu 7.5 % dan bonus sebanyak 1.25%.

Tapi...

Mesti ramai tak tahu cara pengiraan dividen dan pemberian bonus ni kan 
(sama la macam sang penulis blog ni..)

(^^,) Hehhee..

Gambar yang tiada kaitan.. ;p


So, dalam usaha mencari jawapan saya terjumpa dengan 1 laman web yang bagus dan perlu dikongsikan dengan semua. Sebelum ni ada juga jumpa penerangan tapi susah nak faham.. Yelah, bahasa  orang bank n pakar ekonomi.. Kami ni budak bioteknologi yang sesat dalam dunia admin.. kawe dok pehe bahsa deme.. Hehe.

 Korang tahu tak, pengiraan dividen ASB adalah berdasarkan pada setiap bulan keatas baki minimum dalam sesuatu bulan? Aha..Buat-buatla terkejut kalaupun dah tahu ye ;p

Untuk penerangan serta contoh yang lebih jelas moh pegi melawat laman web http://perjalananku.com/?p=2119

Semoga beroleh manfaat.

Tata~
Suka tak?? www.tips-fb.com

Monday, January 3, 2011

Jom bercuti naik bas ke Singapura

Hi there! Happy new year to all :)


Hujung minggu yang lepas - lepas (double lepas coz waktu cuti krismas. Hehe), me and boyfiey bercuti2 johor. Seronoklah dapat menghabiskan baki cuti tahun yang tinggal dua hari yang patutnya disimpan untuk menghantar my mum pergi umrah tahun 2010.. Unfortunately, umrah ditunda ke tahun 2011. So, dapatlah melapangkan diri menghadiri beberapa kenduri kawen di johor termasuklah kenduri my x-roomate mase kat UKM. Beriya dia susah-susah call dan sms plus pos kad kawen dengan setem 6posen (mahal setem sekarang ye..huhu). Selamat Pengantin Baru Kak Azrin dan moga berbahgia selalu!



Kali ni Cik eddjiela mahu stori-mori pasal short trip ke singapura.. Oleh sebab tak rajin nak menulis sangat, jom kita layan gambar. Let the pictures tell u d story eaa.. I buh caption jugak untuk guide u all kot-kot ada yang nak buat trip ala koboi cam kami buat ni.. hehe :)

Trip ke Singapura ni asalnya tak plan pun, so memang agak kelam kabut. Tapi, at the end of the trip, rasa puas banget sebab berbaloi lah dengan bajet yang tak berapa lumayan serta masa yang terhad.. Hehe. I kan the only girl in group, so ada termaktub perintah berkurung (curfew) disitu.. Kena rush-rush pulak kang ayahnda murka. Hihi
 

Pukul 12.30 tengahari lepas balik kenduri, still gigih menunggu bas di Terminal Larkin, JB. Asalnya nak naik bas kuning, tapi hampes.. Lambat macam siput tak muncul-muncul. Last-last kami pilih bas tong tong ni.. Tadaaa..~


 Naik bas SBS Transit nombor 170 dan beli tiket ke Queen Street dengan harga RM2.40 = SGD 1. Tiket beli dalam bas je. Simpan tiket sampai la korang jejak ke Singapura ye. Jangan buang sebab kena turun naik bas untuk urusan imigresen di tambak johor dan woodlands, singapura.




 

Masa menunggu secara berduet.. ;p





 Daripada Larkin bas akan jalan sampaila ke JB Sentral (tambak Johor) untuk urusan imigresen Malaysia. Untuk urusan imigresen ni macam acara berlumba pun ada sebab orang ramai sangat rebut-rebut nak naik eskelator nak mintak cop pasport. Ish..ish..ish..






 Lepas setel naik bas yang sama (SBS no. 170) dan tunjuk tiket tadi, untuk bergerak ke Woodlands Terminal untuk urusan imigresen Singapura pulak.




 Pemandangan di Terminal Woodlands. Spot the yellow 'siput' bus .. Kami setia dengan SBS transit lepas cop pasport di Woodlands ;)

Tempat-tempat yang kami sempat pergi haritu, 
  1. Little India - Rasa cam kat Bombay.. hehe
  2. Orchard Road - Banyak shopping complex tengah sale
  3. Raffles place - River cruise, Merlion
Nak gerak dari 1 tempat ke tempat lain guna je kemudahan public transport MRT.

Beli kad dan top up ikut destinasi yang dipilih.












Jom lepas ni ke Universal Studio pulak ;D
Suka tak?? www.tips-fb.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails