Friday, January 7, 2011

Resepi kek coklat paling senang nak buat

Pada suatu hari... ada orang tu kan..

*Buat muka serius sambil tahan nafas*

*Pandang-memandang muka teman serumah*

*Angkat kening sebelah*

sebelum berkata..

' Apa? Apa? Berat aku naik 3 kg. Penimbang ni salahhhhh! Shame on u penimbang!  '
T_T

Haha.  What a drama.. Mana tak menggebu kalau asik nak mengunyah. 

Bila lapar semua benda mahu dimakan ;p

Lepas ni i boleh bagi tips cara menambah berat badan dengan efektif n efisien. Sebab tu entry kali ni i nak share resepi kek coklat paling senang untuk meningkatkan tahap kegebuan masing-masing ;)

Resepi Kek coklat

Bahan-bahan untuk kek

1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk coklat
1 tsp soda bicarbonate
1 tsp vanilla essence
secubit garam
2 cawan gula
3 biji telur
1 1/4 cawan susu segar
1 1/2 cawan minyak jagung
1 1/4 cawan air panas 

Cara-cara

1.  Bahan (1) : Ayak tepung, soda bicarbonat, serbuk koko, dan garam
2.  Bahan (2) : Pukul gula, telur,susu,minyak dan vanilla essence
3. Campur bahan (1) dan (2) dan kacau rata.
4. Akhir sekali tambah air panas sambil adunan di kacau.
5. Masuk adunan ke dalam loyang.
6. Bakar dlm oven pada suhu 180'C selama 45-50 minit. 

p/s: I suka tambah hazelnut atau badam kisar dalam adunan sebelum masukkan air panas.  Terpulang kalau nak ubahsuai ikut selera masing 

Kek yang sangat moist n yummy!

Suka tak?? www.tips-fb.com

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails