Sunday, March 7, 2010

Emosi vs Rasional

Ahemmm..

Serius je tajuk tu...Seserius mood empunya belog. Eypp!!..Jangan tegur..Jangannnnnn!! (>_<)

Saya masih diselubungi emosi dengan perkara-perkara yang berlaku di tempat saya bekerja. Memandangkan esok hari Isnin. Maka, kenalah pandai-pandai positifkan diri. Jangan memanjakan emosi kamu!!sobs..sebs..

Apa boleh buat. Tidak semua yang kita harapkan dan percaya akan betul-betul terjadi. Benar kata orang, politik pejabat sangat-sangat menyakitkan. Bila kita diberi tanggungjawab sebagai ketua, kita laksanakan sungguh-sungguh dengan harapan dapat membuka mata orang sekeliling bahawasanya kecekapan dan kemahiran kerja boleh dipupuk jika kena cara serta tunjuk ajar yang betul. Tapi bila tiba masa kita mahukan sedikit pertolongan dan keadilan daripada orang di atas demi membela nasib diri dan menjaga motivasi pekerja bawahan kita, ada ketika kita dibiarkan sepi dan disepak berguling-berguling sahaja seolah tiada apa yang pernah berlaku. Ye, benar! Hati ini seperti ditikam-tikam dengan peniti..Ececeh..(dramatik betul ni..hehe)


Bukan mudah ye menjadi ketua pada usia muda. Ditekan oleh orang atas, perlu memahami orang yang di bawah. Sesungguhnya posisi saya umpama daging berger..Dihimpit oleh roti yang lazat. eh eh??(amboi, nak jugak pilih makanan sebagai analogi..haha)

Untuk rekod, saya terjebak dengan kerjaya ini ketika masih hingusan lagi naif..Fresh grad dari UKM berumur 22 tahun dengan degree yang tidak relevan pun dengan bidang tugas. Saya puas merasa dibuli, tidak didengari, dipandang sebelah mata dan lebih kijam ada yang mengata di belakang dan ada tukang lapor pulak kepada saya tuh. hahaha..Itu semua pengalaman yang mematangkan diri dan membentuk peribadi. Lagipun, episod setiap orang kan berbeza-beza. sO, tak perlu dikisahkan kerana ia proses pembelajaran subjek kehidupan.



Terima kasih kepada teman-teman yang sering memberikan kekuatan dan sudi mendengar luahan hati. Terima kasih kepada encik pakwe yang sudi bagi 'ceramah' free malam tadi walaupun via ym. Sesungguhnya saya tersedar, saya membesarkan perkara yang seciput je dibandingkan masalah inflasi negara atau peningkatan suhu global bumi atau peningkatan kadar jenayah dan penyeludupan di seluruh dunia..Err..:')

Baiklah,

Mari positifkan diri!! Hidup anda ditentukan oleh diri sendiri..Lantak pi dengan keadilan manusia, Allah Maha Adil. Saya percaya itu. Redha is the key~



Seposhen-dua : Kat mana ada kerja kosong??Seperti ingin tambah sesuatu dalam resume..hahaha Suka tak?? www.tips-fb.com

5 comments:

  1. aku ske post ni-like beribu2 lemon-mmuahhh!!

    ReplyDelete
  2. hai, salam ziarah..
    http://www.adarnadzmie.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. baru tau....muahahahaha....

    cari la keje kat jobsmalaysia.info...ehehe

    ReplyDelete
  4. sis, cabaran kerja tu ada di mana2..mungkin dpt bos tak bes..mungkin dpt anak buah tak bes..mungkin juga environment tak bes spt opis yg aircond slalu rosak n busuk atau pon takde teman yg sekepala yg boleh dibuat geng..ade juga segala2 nye bes tapi tang gaji plak tak bes..ade pulak yg gaji n lain2 sume bes tapi takde ms utk diri sendiri pula..sbb tu lah kite terpaksa tahan jek selagi kite ni mkn gaji..kalo rase tension share ngan kwn2..supaya kite tak jdk gile menjeruk rase setiap hari..hehe.

    ReplyDelete
  5. Betul tu. Nasib ada kawan2 yg membantu walaupun hanya sekadar mendengar luahan. sedikit sebanyak hati lebih tenang ;)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails