Wednesday, March 24, 2010

Pernahkah ini terjadi kepada anda??

Pada suatu hari, anda sedang leka di pejabat dan tiba-tiba anda dikejutkan oleh bunyi perut anda sendiri yang mengalunkan irama Kitaro minta diisi kerana tidak lunch tenghari tadi..Bila pandang jam baru buat-buat terkejut dan tepuk dahi yang berjerawat dan berkata dalam hati "owh, dekat pukul 6 lah!!kena cabut lari ni.." hehe:P

Anda pun menutup notebook dan berkemas-kemas serta membetul-betulkan tudung yang dah senget dengan kadar segera..Hati berbunga mau pulang ke rumah.
Sebaik sahaja keluar bilik dan menutup pintu, anda baru tersedar air-cond masih belum ditutup dan terpaksa masuk semula ke bilik. Haiyaa!! Tepuk dahi lagi kali ke-2.

Keluar sahaja dari pejabat, anda pun beramah tamah serta bertukar senyuman dengan kakitangan yang kebetulan ingin 'togethet-gether' puch-out kad pekerja. Ayat yang suka digunakan ketika ini, "oit, jangan lupa push!!" hahaha..Ada kisah disebalik ayat itu \(-_-")/

Dengan lemah gemalai anda pun berjalan menuju ke kereta sambil bernyanyi riang dalam hati dengan lirik yang berkisar tentang menu pilihan untuk mengalas perut dan lokasi kedai yang dipilih. Sempat juga anda melambai kepada kenalan yang dah masuk ke kereta sambil mendoakan keselamatan perjalanannya pulang ke rumah.

Tiba-tiba, selepas jauh berjalan anda dikejutkan oleh ketiadaan kereta anda di lokasi parking kegemaran anda. Anda pun berdiri tegak tanpa bergerak-gerak di suatu sudut bangunan umpama menyanyi Lagu Kebangsaan tanpa menghiraukan orang-orang yang memandang ekspresi muka cuak anda ketika itu. 

5 minit kemudian, barulah anda menangguk-angguk geleng-geleng kan kepala kerana sesunguhnya anda telah nyanyuk untuk kali ke-3 petang ini. Rupanya anda parking dekat sahaja di belakang bangunan pejabat.

Baru beberapa langkah anda berjalan, anda tepuk dahi berjerawat  lagi kerana rupanya kereta anda tiada di belakang bangunan tetapi di bawah pokok nun jauh dari lokasi kegemaran.. Dalam hati membebel sendiri dan bertanya-tanya, "apa kena dengan diri kamu hari ini eddjiela oiiiii"

Hehehehhe...Anda simpulkan :)



daaaaa~ Suka tak?? www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails