Wednesday, March 24, 2010

Route to LCCT


Allohaa..

Dah lama berhajat nak buat entry ini, tapi hari ini baru gigih nak buat lah ye..hehe

Memandangkan bandar halaman i di Bandar Penawar, Kota Tinggi kat Johor nun (sebab tu tak boleh panggil kampung walaupun banyak munyett buat sarkis tepi jalan), so i jaranglah dapat balik selalu menjenguk ibu bapa tersayang. Kasihan mak abah sunyi kitorang dah takde untuk buat bising mintak makan macam masa kecil-kecil comel dulu...hehe

Kalau ada kesempatan dan wang lebih, semestinya saya akan cuba juga untuk ziarah mak abah dan pengangkutan yang dipilih pastinya kapal terbang lah. Tak larat drive sorang walaupun jiwa kental kerana  perjalanan 9 jam itu akan membuat i mengantok dan terlelap dan hampir melanggar besi penghadang jalan sebelum dihon kuat-kuat oleh lori..huhu..Okay, fobia kejadian tersebut hanya sementara :) Jiwa mesti kental. Emak abah tidak tahu pasal ini :)

Sebelum melalut lebih, i sudah ringkaskan cara-cara nak pergi LCCT untuk pedoman rakan pembaca..Hekss

  • Korang boleh drive sendiri dan park dekat LCCT tu kerana ada  1100 lot parking untuk direbut. Pastu sudi-sudilah membayar caj parking harian bermula dengan RM 36.50 sehari. Jadual harga boleh tengok sini http://www.lcct.com.my/parking.php
 
  • Mintak tolong saudara mara rakan taulan hantarkan ke airport dengan seikhlas hati..hehe
 
  • Boleh naik bas kuning dari Tg. Malim yang berhenti kat Puduraya pastu kena berjalan keluar terminal untuk cari bas ke LCCT (i tak suka cara ni!) 

  • Tumpang bermalam di rumah saudara mara rakan taulan yang terdekat dengan LCCT dan naik cab dan harga bergantung kepada jenis cab serta pemandu teksi yang bertugas. Biasanya memang pakai meter lah ye. Tapi i pernah negotiate dengan encik pemandu nak bayar RM50 je please please please dari Putrajaya. Iye, waktu keberjayaan itu adalah ketika saya berseorangan. Bila balik dengan abanglong, memang kena RM 55-RM75 tanpa diskaun. Cis!!
 
  • Jika jadual penerbangan bersesuaian, i lebih suka parking kereta di Putrajaya Central (free dan tidak berbumbung), kemudian naik Express Rail Link (ERL) ke LCCT dengan bayaran RM5.50 sehala untuk dewasa dan RM 4.00 untuk kanak-kanak. Kalau cara ini, korang dah diberikan 2 tiket iaitu 1 tiket wayang train dan 1 tiket bas. Jangan hilang salah satu sebab tiket tidak dijual berasingan. kalau nk, hilangkan dua-dua tiket terus. Haha!! Korang naik ERL pastu berhenti di stesen Salak Tinggi untuk menaiki bas yang sedia menuggu. Tidak pasti mengapa warga tempatan kurang menggunakan kemudahan ini. Biasanya bas transit Salak Tinggi-LCCT memang tak penuh dan ada la muka-muka asing yang kacak dengan bagasi-bagasi besar. Best!! Rasa macam kita pulak tourist.Hehe.. Nak tau lebih lanjut tengok sini http://www.kliaekspres.com/erlsb/LCCT/LCCTFares/tabid/213/Default.aspx

Sekian sahaja, toceh!! ;)
Suka tak?? www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails