Selamat Hari Wanita untuk semua wanita-wanita seluruh dunia;)
Apa yang korang buat untuk treat diri sendiri hari ini?? (ni soalan untuk wanita je ye..hee..lelaki jangan nyebok!)
As for me, takde buat sesuatu yang special pun. Sebaik bangun tidur, saya cuba berbuat sesuatu yang di luar rutin kebiasaan harian.. Hehe, iye iye..memang tak spesel! Hari ini saya pergi kerja membawa bekal tupperware bertutup hijau berisi roti sapuan mentega dan kaya. Hikhikhik..Teringat zaman sekolah bawak bekal cekodok..;p Gigih tu bangun awal untuk bersiap dan prepare bekal memandangkan perlu bertolak dari Putrajaya ke Tg. Malim. Sempat makan sekeping roti kerana tak tahan dengan temptation yang akhirnya membuatkan perut saya memulas sepanjang sejam setengah perjalanan. huhu..Cobaannn.. Abanglong pula sangat baik hati hari ini. Mimpi apekah dia malam tadi sebab dia bangun pukul 5 a.m dan makan cereal seterusnya menghantar saya sehingga ke muka pintu jam 6.20 pagi untuk say bye bye diikuti pesanan 'drive bebaik!'..Selalunya time nak keluar umah dan saya jerit 'kakak dah nak balikkkk!!!', time tu la dia baru bangun tido buat muka penyu..hehe
Sempena hari wanita, perasaan saya meronta-ronta inginkan sesuatu!! Baju kurung putih bermanik yang saya ushar di kedai menjadi senarai pertama dalam wishlists saya..Haha..Rahsiakan ini daripada encik pakwe...Senarai lain xboleh reveal lagi..hehe..Gediks!!
Eh eh korang,
Jangan lupa telefon wanita paling berjasa dalam hidup korang iaitu emak, mama, ibu, ummi, bonda dll gelaran agung dan ucapkan terima kasih atas jasa membesarkan kita. Jangan jadi si Tenggang pulak. Kelak tertonggeng di kemudian hari..
Seposhen-dua : Kenapalah dah 2 minggu berturut aku asik terserempak lembu kat highway..Minggu lepas berjaya mengelak lembu berlari-lari girang dari arah bertentangan di lane paling kiri.. pagi tadi pulak, perlu melepasi kawasan insiden lembu dilanggar kereta..Kasihan lembu dan mangsa kemalangan, ingatlah orang dan lembu tersayang~
Suka tak??
haah la..lembu tersebut sgt kiut..hehe
ReplyDeleteHehehe..tuan punya blog lagi kiut dr lembu kot. heee ;p
ReplyDelete