Thursday, March 25, 2010

You are what you eat... :)

Yuhuuu,


Oleh kerana saya baru sahaja menikmati makan tengahari bersama geng makan, so, entry kali ini mahu cerita pasal makan bagi mengekspresikan mood kenyang ini..hehe : )


Sebelum itu, saya mau bagi soalan lah..(nak bagi pantun tak reti ye..heh!)


Apa menu yang anda rasa geli-geli Mat nak makan, tetapi anda cuba telan juga?Yang anda fikir, tak masyuk dengan tekak anda tapi sekali cuba pasti nak lagi?? Jangan kata nak makan oink oink pulak ye, den tempeleng kang..hihi (^_^)
Belaian penuh kasih sayang..;p
..
...
....

Oleh kerana saya ini jenis suka mencuba (yang halal sahaja ye), saya pun nak la kongsikan menu-menu makanan yang jarang orang tempatan nak makan dengan pembaca blog sekalian. Walaupun anda tak kenyang di perut, tapi kenyang di mata kerana melihat gambar-gambar yang terhidang..kan??kan?




Mempersembahkan!..Tadaaa...!!



Tiram mentah fresh berais dangan hirisan salad segar..Haha.. Maaf saya lupa apa nama menu ini. Order dibuat pun kerana pengaruh nak tiru orang Perancis...Delicious!! Kena makan sekali ngap dan kunyah dan pipi akan kembung dan wajah tidak lagi kelihatan comel dan muka mulai bertukar warna hijau kerana mahu tahan muntah..Hahaha~

Menu ni complimentary dengan menu tiram. Ulam daun tu macam daun rumput  yang saya gunakan untuk mainan pondok masak-masak dahulu sahaja..Rasa daun agak kelat. Bila makan, saya terbayang kambing meragut rumput, tak tipu!!hehe.. Saya tak faham kenapa chef tu nak suruh saya makan bawang putih cicah sambal...errkk!



Telur belangkas masak blackpaper. Mulanya, saya pun tak tahu telur ni boleh makan. Menu ini dimasak dengan cengkerang belangkas yang dah dipotong. Jangan ngengada nak tengok kaki dan ekor belangkas dalam pinggan ye! Telurnya berwarna oren berbentuk bulat bersaiz macam biji sagu. Di Kota Tinggi ada 1 kedai famous dengan menu ni dan biasanya tak sempat tunggu pukul 1 petang sudah habis. Lepas ni saya teringin nak makan telur tembakul pula macam dalam filem Batu Belah Batu Bertangkup tu. Kat mana ada jual ye??Hehe..


Selepas ini, encik pakwe mencadangkan saya untuk cuba menu di bawah. Pensyarah tempat dia belajar kata rasanya seperti udang..Huhuhu


Ulat mulong yang gebuuuuuuu~
...
...
Errr...Nanti saya fikirkan (-_-")
Suka tak?? www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails